Ditulis oleh Lawrence Matusin
TELUPID-Perayaan Hari Paroki yang ke 48 Paroki
Telupid telah berlangsung di Gereja Santo Martin Telupid pada 16 November lalu
yang diselebrankan oleh Uskup Datuk Julius Dusin Gitom.
Seluruh stasi luar Paroki Telupid telah diwakili untuk menghadiri perayaan
tersebut. Tema perayaan pada tahun ini adalah “Setia Bekerja Di Ladang Tuhan
(Mat 25:19-21).”
Uskup dalam homilinya menekankan kepada umat khususnya Komuniti Kristian
Dasar (KKD) untuk terus berusaha bekerja di ‘ladang’ Tuhan yang berperanan
menjadi pembangun semangat kekeluargaan, kegerejaan dan kemasyarakatan.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para penerima sakramen
penguatan dan berharap agar mereka akan terus melibatkan diri di dalam
pelayanan.
Paderi paroki, Fr. Jasery Gabuk dalam ucapannya berkata semangat bersatu
padu, iman yang tumbuh, persekutuan yang erat dan cintakasih jelas ditunjukkan
oleh semua pihak terutama sekali KKD di dalam persiapan perayaan ini. Menurut
beliau perayaan pada tahun ini berjaya atas bantuan dan kerjasama sepenuhnya
daripada KKD.
SELEPAS MISAKUDUS BEBERAPA ACARA MENARIK
SELEPAS MISAKUDUS BEBERAPA ACARA MENARIK
Sementara itu, Pengerusi Perayaan Sdra. Roger Sebastian Enty mengucapkan
berbanyak terima kasih kepada Uskup
Julius kerana hadir pada perayaan kali ini. Beliau juga turut merakamkan
penghargaan dan terima kasih kepada umat yang menghulurkan derma dan sokongan
untuk menjayakan perayaan ini.
Selepas Perayaan Kesyukuran, acara pentas telah diadakan di perkarangan Asrama Pride yang turut menyaksikan persembahan dari pelbagai komuniti sekitar paroki.
No comments:
Post a Comment