Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Friday, October 10, 2014

PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA - Kenyataan Akhbar

CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA

PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA

26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Telefon   / Faks  :  + 60 3 7957 1457


9hb Oktober 2014  

KRISTIAN MARAH MENTERI BERKATA TIADA PENDAKWAAN TERHADAP IBRAHIM ALI ATAS KENYATAANNYA MAHU MEMBAKAR ALKITAB

Kami merujuk kepada kenyataan bertulis yang dibuat oleh de facto Menteri Undang-Undang di Parlimen semalam yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan terhadap Ibrahim Ali berhubung kenyataannya mahu membakar Alkitab kerana dia "hanya mempertahankan kesucian Islam".

Persekutuan Kristian Malaysia bagi pihak Kristian di Malaysia sangat marah bahawa ancaman untuk membakar Kitab Suci kami di anggap satu tindakan untuk mempertahankan Islam.

CFM sangat yakin bahawa pendirian seperti  ini adalah tidak bertanggungjawab kerana ia  memberikan kuasa penuh atau kebebasan untuk pelampau yang lain berbuat demikian, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada mana-mana komuniti agama bukan Islam.

Tidak masuk akal atau rasionalisasi dan di bawah apapun keadaan jua boleh mengancam atau ajakan bertindak ganas, penodaan Kitab Suci bagi warganegara Malaysia dianggap mempertahankan.

Kami membantah keras pendirian yang jelas diguna pakai oleh Kerajaan. Kami menyeru kepada semua ahli-ahli Parlimen yang berfikiran benar, tanpa mengira etnik mereka, latar belakang agama, fahaman politik untuk menyertai melulus usul mencela Menteri berkenan kerana membuat kenyataan skandal dan tidak bertanggungjawab.


Yang Benar,

Di tandatangani

Rev. Dr. Eu Hong Seng,
Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif

Persekutuan Kristian Malaysia  

No comments:

Post a Comment

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent