Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 15, 2014

BELIA ST. MARK DAN ST PETER MENGUNJUNGI RUMAH AMAL CHESHIRE, SANDAKAN

Oleh Eman Lee 
Sandakan : Seramai 12 orang belia Katolik St. Mark Batu 12 dan St. Peter, Sg. Manila telah mengadakan program pendedahan lawatan sambil belajar serta membuat kerja-kerja amal kebajikan di Rumah Amal Cheshire, Batu 5, Sandakan, Sabtu 4hb Oktober 2014.
Aktiviti tersebut merupakan sahutan peserta-peserta Unite Camp dari St Mark dan St Peter untuk menjangkau kepada orang yang kurang bernasib baik. Unite Camp yang baru saja dianjurkan pada bulan lalu di  Katedral St. Mary Sandakan bertemakan "..berbahagialah mereka yang murah hatinya, kerana mereka akan beroleh kemurahan.." (MT 5:7)  telah mendorong segolongan belia untuk  membuka hati membantu yang memerlukan.
Ketibaan belia telah disambut dengan mesra oleh penghuni-penghuni Cheshire Home dan saudari Cecilia Kimin, salah seorang petugas pusat tersebut. Saudari Cecilia memperkenalkan dan menerangkan latar belakang Chesire Home.
Cheshire Home adalah rumah Amal pertama di Malaysia ditubuhkan pada 16 Julai 1974. Cheshire home adalah rumah amal yang menjaga orang kurang upaya. Di Sabah Cheshire Home pertama di buka di Kota Kinabalu pada 29 Januari 1983, sekarang sudah berusia 31 tahun. Manakala di Sandakan ditubuhkan pada 8 April 2000 berusia 14 tahun. Seramai 19 orang warga kurang upaya adalah penghuni sepenuh masa di Chesire Home, Sandakan, manakala sebilangan kecil hanya berada di situ pada siang hari. Marilah kita yang banyak menerima berkat dari Tuhan, menghulurkan tangan, membantu mengurangkan beban mereka.
 
Acara yang dilakukan oleh belia semasa lawatan tersebut adalah membantu membersihkan persekitaran rumah seperti memotong rumput, menyapu, membersih bilik air,  dapur dan sebagainya. 
Warga Cheshire Home amat gembira dengan kehadiran para belia tersebut. Salah seorang peserta bersyukur dengan lawatan tersebut terutamanya membantu dalam kerja-kerja amal di persekitaran rumah tersebut. Melalui aktiviti ini belia mengalami kasih Tuhan dan sesama secara nyata. 
"Hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di surga (Matius 5:16)

1 comment:

  1. saya berikan 4 STAR untuk belia Katolik ini. sangat simple saja tetapi tersangat bererti... saya suka dengan tindakan kamu.

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent