Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Saturday, November 19, 2011

YMG datang lagi...

TAWAU. Program Bulanan Belia ataupun lebih dikenali sebagai Youth Monthly Gathering oleh para belia di paroki Holy Trinity Tawau pada kali ini memilih “Christ’s Mother and Ours” sebagai tema mereka. Perkumpulan kali ke 4 ini telah diadakan pada 23 Oktober yang lalu di Dewan Paroki dan dianggarkan seramai 80 - 100 orang muda mudi yang  menyertai program ini setiap bulan. 

Objektif asal perkumpulan belia ini adalah untuk mengumpulkan semua belia dalam lingkungan 12 tahun dan ke atas untuk mengeratkan hubungan sesama dan bersama-sama bertumbuh dalam iman serta berkongsi pengetahuan terutamanya tentang iman dan ajaran gereja. 

Tim Kerasulan Belia Paroki (KBP) sedar akan pentingnya perkumpulan ini diteruskan dan diadakan setiap bulan agar perhubungan di kalangan mereka dapat diperkukuhkan dan berjalan bersama dalam pertumbuhan iman. Dalam masa yang sama, paderi, sisters, ibu bapa dan pemimpin-pemimpin gereja yang lain juga boleh berinteraksi secara langsung dengan mereka dan mengenali siapakah mereka melalui perkumpulan ini. 
Sempena bulan rosari, tema pada kali ini mengajar tentang siapakah Maria yang dianggap Bonda Allah dan peranannya serta mengapakah kita berdoa kepadanya. Pemahaman tentang rosari dan bagaimana cara berdoa rosari juga turut diterangkan oleh Sr Marysia fsic


Selepas sesi input, aktiviti diteruskan dengan permainan “passing the glass” yang menentukan peserta yang akan menjawab soalan tentang 20 peristiwa-peristiwa dalam doa rosari. Kegembiraan jelas dilihat pada wajah belia-belia yang hadir pada hari tersebut setelah menerima cenderahati iaitu rantai rosari dari tim KBP. 

Seterusnya, mereka memanjatkan doa permohonan dan doa spontan dan diakhiri dengan jamuan ringkas di kantin gereja. Mereka akan berjumpa lagi pada YMG bulan hadapan! 

Soccom Belia Tawau

No comments:

Post a Comment

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent