Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 17, 2011

KKD Merak Anjur Program Asian Integral Pastoral Approach (AsIPA)


SANDAKAN - Pada 7 November 2011, Komuniti Kristian Dasar (KKD) Merak telah berjaya menganjurkan Program Asian Integral Pastoral Approach (AsIPA) sehari suntuk bertempat di Gereja St Mark, terletak hampir 20 km dari bandar. Program ini menggabungkan 51 orang peserta yang terdiri dari beberapa kumpulan iaitu KKD Merak, Pasukan Gerak Am Batu 10, KKD Sepilok dan Keluarga Besar Katolik Indonesia (KBKI) yang bermula pada jam 7.30 pagi hingga 7.00 malam.

Leonnie Degullacion, Pius Gorohom dan Franco Amigo dari Tim Pembentukan KKD Pusat Katedral, memudahcarakan bengkel tersebut. Mereka membantu para peserta memahami proses-proses pembentukan Komuniti Kristian Dasar (KKD) sebagai pendekatan sebenar hidup menggereja di kalangan tetangga yang terdekat dan juga pengisian dalam setiap pertemuan.
Topik-topik bengkel meliputi asal-usul KKD, pelaksana KKD, struktur dan konsep KKD, peranan  KKD ke arah 'sebagai persatuan antara komuniti-komuniti' dan sifat KKD. Selain itu, program AsIPA ini juga telah memberi banyak ilmu pengetahuan tentang tatacara perkongsian Kitab Suci menurut pendekatan '7 langkah' dengan betul. Ini merupakan satu sifat KKD yang utama iaitu umat membaca Kitab Suci dan saling mengongsikan pengalaman iman.

Para peserta juga berasa amat gembira dengan hati yang penuh rasa syukur kerana melalui Program AsIPA ini, peserta dapat berkumpul dalam satu keluarga yang besar. Para peserta berharap agar program AsIPA ini akan berterusan dan disebarluas kepada semua umat.

Freed Mejeh (Sam Edesius)
SOCCOM, KKD Merak

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent