Kiri - Kanan: Betram Lansing, Timoty P. Gorohom, George Lawadin, Cathrine John, Sarra Basas, Cecilia Chai, Miriam Lee, Shirley Joseph, Rodney R. Sining,
Franco Amigo, Freed Mejeh dan Bryan Anthony (mengambil gambar ini).
SANDAKAN: Komiti Komunikasi Sosial (KOMSOS) Paroki Katedral St Mary, Sandakan telah menganjurkan satu Kursus Asas Fotografi dan Penulisan yang dipanggil SOCCOM Campfire pada 25hb dan 26hb Oktober 2011. Tema anjuran tersebut ialah “To inspire and be Inspired”. Kira-kira 12 orang yang terdiri daripada pelbagai kumpulan di paroki ini telah menyertai program tersebut.
Penceramah
jemputan untuk Sesi Fotografi adalah Sdra. Timoty Pius Gorohom yang juga
sebagai Kordinator SOCCOM Campfire. Beliau mula menceburi bidang fotografi
sebagai minat dan hobi. Kini, Timoty merupakan seorang ‘freelance photographer’ secara sambilan. Beliau turut menyumbangkan banyak gambar
yang diambil semasa aktiviti gereja. Manakala
Sdri. Cecilia Chai pula dijemput untuk mengendalikan Sesi Penulisan. Beliau
merupakan Ketua Perpustakaan di Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Sandakan dan
mempunyai pengalaman menerbitkan majalah ‘RCIA
25th Anniversary’ untuk Paroki Katedral St Mary, Sandakan.
Airene Gumanas, Kordinator Komiti KOMSOS Paroki menyentuh tentang tema untuk program tersebut semasa menyampaikan kata-kata aluannya. “Kita masing-masing ada kebolehan, karunia dan bakat yang Tuhan berikan. Masing-masing ada kelemahan atau kelebihan. Kelebihan itulah yang ingin kita kongsikan kepada orang lain. Kita mengambil peluang ini untuk saling mempelajari pengetahuan dan kemahiran, saling melengkapi dengan mengongsikan kepada sesama. Maka, mereka yang 'berkelebihan' itu dapat memberi inspirasi bagi orang lain agar dapat membantu mereka mengembangkan bakat dan memajukan diri. Namun, yang menginspirasikan diri setiap manusia ialah ROH KUDUS. Segala pengetahuan, kebolehan diri itu datang daripada DIA.”
Timoty sewaktu sesi pertama.
Selesai sesi ceramah, hari pertama diakhiri dengan acara potluck BBQ fellowship. Acara tidak rasmi ini memberi peluang para peserta berkongsi secara bebas mengenai fotografi dan saling mengenali lebih dekat agar hubungan mesra dapat terjalin. Dengan ini, para peserta lebih mudah bekerjasama dalam membangunkan serta menggerakkan KOMSOS Paroki pada masa akan datang.
Cecilia sewaktu sesinya.
Kemudian, sesi bergambar bersama berjalan seterusnya bersambung ke sesi fotografi bahagian kedua bersama Timoty selepas rehat. Sesi ini yang juga sebagai sesi terakhir untuk program tersebut lebih santai dengan para peserta menggambil beberapa gambar di persekitaran untuk latihan praktikal tambahan. Para peserta kemudiannya berkongsi gambar-gambar yang telah diambil sepanjang program tersebut sambil diberi komen oleh Timoty. Beliau turut menunjukkan beberapa teknik asas bagaimana mengubahsuai gambar dengan menggunakan software Photoshop agar kesan gambar kelihatan lebih dramatik dan menarik. Timoty menawarkan untuk memberi khidmat nasihat dan perkongsian teknik-teknik yang lebih mendalam di laman sosial, Facebook.
Program SOCCOM Campfire berakhir dengan doa penutup dan makan tengahari.
-DSsj-
Berikut merupakan respon beberapa peserta program:-
(Soalan-soalan yang diajukan kepada mereka)
1- Apakah yang anda telah pelajari dalam program SOCCOM Campfire baru-baru ini?
2- Apakah harapan anda terhadap Komiti SOCCOM Paroki kita pada masa akan datang?
3- Jika anda diberi peluang untuk memberi cadangan tentang program anjuran SOCCOM pada masa akan datang, apakah ia?
1. Belajar RO3 (Rule of Third) dan cara pengambilan gambar yang betul.
2. Harapan saya ialah dapat anjurkan aktiviti berkaitan SOCCOM dan wujudkan majalah SOCCOM Paroki yang diterbitkan sekali dalam 2 bulan. Majalah yang terjual dapat menyumbang kepada tabung SOCCOM.
3. Cadangan: Menganjur aktiviti pertandingan fotografi dan gambar-gambar yang terpilih dijual untuk menambah wang tabung. Aktiviti seumpama 'campfire' dapat kerap dianjurkan.
--MiRiam Lee Su Sian, Majlis Pastoral Paroki (Belia)
1. Semasa SOCCOM Campfire, saya telah mempelajari teknik-teknik mengambil gambar dan merekod berita yang betul. Terima kasih kepada penceramah-penceramah.
2. Harapan saya ialah supaya tim Komiti SOCCOM Paroki akan semakin berkembang dan semakin banyak komponen komunikasi sosial dipraktikkan seperti peningkatan mutu media cetak, rakaman video dan rakaman radio.
3. Saya ingin mencadangkan supaya SOCCOM Paroki membuat sebuah website atau blog khas buat umat-umat (terutama daripada golongan remaja) yang berbakat dari segi seni lukisan (komik, potret dan lain-lain), muzik, klip video, animasi, foto dan lain-lain. Saya percaya dengan cara ini, mampu membuat SOCCOM Paroki mengenalpasti bakat-bakat terpendam yang sekarang masih ada perasaan segan serta kurang yakin untuk ditonjolkan. Thank you and God bless!
--Rodney Roger Sining, Youth Alpha Program (Penceramah)
1) Apa yang saya telah pelajari dalam program ini ialah mengetahui lebih mendalam tentang cara-cara mengambil gambar,menggunakan kamera dengan betul dan cara menulis sesebuah berita.
2) Harapan saya, semoga Komiti SOCCOM Paroki akan bertambah ramai ahlinya dan semakin ramai umat terbuka hati untuk menyertai aktviti-aktiviti yang akan datang.
3) Aktiviti SOCCOM diadakan di gereja-gereja outstasi agar lebih ramai umat setempat dapat hadir. Ini mungkin dapat menarik minat di kalangan mereka untuk menyertai SOCCOM.
--Freed Mejeh, KKD Merak (Belia)
Editor:
ReplyDelete‘RCIA 75th Anniversary’ ada kesilapan mohon pembetulan. Terima kasih.