Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 23, 2011

KEM ROHANI JURURAWAT MASYARAKAT TAWAU 2011

TAWAU : Gereja Holy Trinity - 30 September hingga 2 Oktober 2011, satu aktiviti kerohanian telah diadakan di Gereja Holy Trinity yang melibatkan pelatih-pelatih Kristian Kolej Jururawat Masyarakat Tawau. Program Tahunan yang bertema : ‘Kuasa Kasih’ kali ini, bertujuan untuk membantu setiap pelatih untuk terus mengimani Tuhan, dekat dengan Tuhan dan mengenali Tuhan dengan lebih dalam lagi, selain daripada memenuhi markah ko-kurikulum yang membantu melayakkan pelatih menduduki peperiksaan kolej. Kebanyakan pelatih KJMT (Kolej Jururawat Masyarakat Tawau) berasal dari kawasan Pantai Barat Sabah dan pertama kali berada berjauhan dari keluarga. 

Kem rohani ini merupakan anjuran Persatuan Komiti Kristian (PKK) Kolej Jururawat Masyarakat Tawau dengan kerjasama pihak CCRBM Gereja Holy Trinity Tawau. 
Sepanjang kem rohani ini, ceramah-ceramah yang telah dimuatkan dalam setiap sesi, adalah sangat bersesuaian dengan tema, ‘Kasih’. Semua penceramah yang menyampaikan sesi, terdiri dari pelbagai dominasi, iaitu dari Gereja Sidang Injil Borneo, Gereja Calvary, Gereja Seventh-day Adventists dan juga dari Gereja Catholic.
Salah seorang penceramah yang telah mengisi sesi ceramah sempena kem rohani itu adalah Encik Francis Kamuntah. Di dalam sesi yang di berikan, beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Allah Adalah Kasih”. Kuasa kasih Allah adalah sangat besar, penuh dengan pengharapan, indah dan kerana kuasa kasihnya-lah dia telah mencipta manusia’. Itulah sebahagian kata-kata yang disampaikan oleh Encik Francis semasa sesi ceramah beliau. Beliau benar-benar mahu mengajak setiap peserta supaya sedar bahawa kasih Allah itu amat luar biasa, dan amat berbeza dengan kasih dunia.
Pada petang hari terakhir kem rohani ini dijalankan, satu sesi perkongsian atau kesaksian telah di buka bagi pelatih-pelatih yang ingin memberi kesaksian yang mereka dapat sepanjang mengikuti kem rohani ini. Adalah sangat memberangsangkan, semasa sesi ini ramai peserta yang tampil kehadapan untuk memberi kesaksian bahawa kem rohani pada kali ini benar-benar menyentuh hati mereka untuk mengenal erti kasih yang sebenar seperti kasih yang ditunjukkan oleh Tuhan sendiri terhadap umatnya.
Secara keseluruhannya, kem rohani kali ke-5 pada tahun ini berjalan dengan jayanya. Pihak penganjur amat beterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam menjayakan kem rohani ini. Diharapkan aktiviti seperti ini akan diadakan pada tahun-tahun seterusnya bagi membantu setiap peserta untuk lebih dekat dan lebih mengenal Tuhan .

Soccom Tawau

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent