Gambar kenangan Tim Kerasulan Belia Paroki Lahad Datu |
Lahad Datu - Rekoleksi yang keempat dan juga terakhir bagi ahli Tim Kerasulan Belia Paroki St Dominic Lahad Datu dalam tahun 2011 telah diadakan pada 25 - 26 Okt 2011. Tema untuk rekoleksi pada kali ini adalah bertajuk "Disciple of Jesus " - "Para Rasul Yesus".
Rekoleksi pada kali ini terbahagi kepada lima sesi iaitu :-
Sesi 1 |
1) "Sign of God's Disciple" - Rev Fr Simon Kontou
Dalam sesi ini, para KBP diajak untuk merenungkan tentang tujuan hidup di dunia ini. Para belia diminta untuk mengenali dan menghargai tujuan hidup masing-masing dan hanya dalam Allah, kita temui erti, tujuan dan arah hidup melalui perhubungan dengan Yesus. Rev Fr Simon turut memperkongsikan kisah tentang panggilan dalam bacaan Injil Yoh 1:35-51. "Apakah yang kamu cari?" Yoh 1:37 dijadikan sebagai renungan kepada ahli KBP dalam menyahut panggilan Yesus. Mengikuti Yesus seperti para rasulNya menggambarkan persekutuan rohani yang luar biasa akrabnya dan untuk menjadi murid Yesus, perlu memenuhi satu syarat iaitu menjadi intim denganNya. Keintiman ini diperolehi tahap demi tahap.
Sesi 2 |
2) "Our Identity-Why Apostolate" - Rev Fr Marcellinus Pongking
"Semua orang dibaptis dalam gereja diutus untuk menjadi rasul" kata Rev Fr Marcellinus dalam sesinya ini. Dalam bacaan Mat 28:19-20, dengan jelas menerangkan mengapa kerasulan dipilih untuk menjadi identiti para belia KBP kerana itulah tim KBP telah dipanggil dan diutus. Fr Marcellinus turut menerangkan bahawa Gereja adalah bersifatkan misionaris dan injil bukan untuk mereka yang diutus tetapi dikongsikan juga kepada semua orang. Maka dengan itu tim KBP haruslah mempunyai "iman beralaskan batu" Mat 7:24-26 dan Luk 6:47-49, dan iman yang ditunjukan dengan perbuatan, Mat 25:31-46 danYak 2:14-17. Untuk menjadi rasul, perhubungan peribadi bersama Yesus adalah penting iaitu melalui doa. Fr Marcellinus turut menerangkan bahawa apa yang dituntut oleh Yesus bukanlah kejayaan tetapi kesetiaan melakukan tugas itu yang dilihatNya.
Sesi 3 |
3) "I am a Servant Leader" - Sr Rusiah Garuk fsic
Servant (Hamba) dan Leader (Pemimpin) merupakan dua perkataan yang unik disatukan untuk digunakan dalam pelayanan di gereja. Seperti yang termulia Yesus tunjukkan ialah melalui pembasuhan kaki para murid Nya. Dalam sesi ini, Sr Rusiah telah memberi setiap ahli tim KBP petikan-petikan Alkitab untuk direnung dan dikongsikan bersama. "Walaupun berbeza, kita tunjukkan cintakasih dan kerendahan hati dalam pelayanan kita. Dengan ini, kita dapat membaptis melalui hati dan perasaan orang dan bukan dengan air" kata Sr Rusiah fsic. Sr Rusiah turut menerangkan bahawa panggilan dari Tuhan itulah yang membentuk diri kita.
Sesi 4 |
4) "Aku Haus" - Yakobus Palea (Pak Yakobus)
Gereja menggunakan air sebagai lambang pembebasan melalui pembaptisan. Yoh19:28 "Aku Haus" boleh difahami dengan tiga maksud iaitu Yesus terseksa oleh dahaga, Yesus haus akan kewujudan kerajaan Bapa di dunia dan Yesus haus akan cintakasih umat manusia manakala Yoh 19:30 "Sudah Selesai" bermaksud Yesus sudah selesai melaksanakan misiNya di dunia, jelas Pak Yakobus. Beliau turut menerangkan bahawa manusia kehausan rohani yang terbahagi kepada lima bahagian iaitu tatapan Ekaristi, sakramen Tobat, doa (peribadi, liturgi dan devosi), aktiviti gereja dan cinta.
Sesi 5 |
5) "God's Call" - Teodulfo Rosalia Jr
Dalam sesi terakhir ini, saudara Teodulfo menerangkan bahawa panggilan merupakan satu perjalanan. Apabila Tuhan memanggil, kita haruslah berdoa, mendengar dan lakukan seturut kehendakNya seperti mana ada tertulis dalam 2 Pet 1:10. Tujuan hidup di dunia adalah untuk memuliakan Tuhan dalam apa situasi pun. Para ahli tim KBP turut diberi petikan dari Mat 22:1-14, Yes 6:1-13 dan Yoh 6:44 sebagai renungan akan bagaimana Tuhan memangil.
Action song |
Makanan disediakan oleh Kerasulan Wanita Katolik Paroki Lahad Datu. |
Setelah selesai kelima-lima sesi ini, saat perdamaian turut dilaksanakan yang dipimpin oleh saudara Teodulfo di mana setiap ahli tim KBP memohon kemaafan di antara satu sama lain. Tayangan slide gambar-gambar ahli KBP dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di paroki ini dari mula ditubuhkan sehinggalah ke saat ini turut ditayangkan. Rekoleksi ini diakhiri dengan gambar beramai-ramai, nyanyian lagu tema SYD3 dan doa penutup yang dipimpin oleh saudara Teodulfo.
SOCCOM
Lahad Datu
No comments:
Post a Comment