Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 30, 2011

Genap Setahun Hidup Berkomuniti ~ KKD Taman Indah Jaya

Indah Jaya, Sandakan - Sempena cuti umum, KKD Indah Jaya telah berkesempatan untuk mengadakan Misa Kudus Kesyukuran ulangtahun pertama pada Isnin, 28hb November 2011 bertempat di rumah sdra Jacius Kunching, disempurnakan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil selaku rektor Paroki Katedral St. Mary, Sandakan.



KKD Indah Jaya, dianggotai 38 keluarga ditubuhkan pada April 2010 dan berjaya di lancarkan secara rasmi pada 17hb November 2010. Pembetukan KKD tersebut merupakan sahutan kepada impian Diosis Sandakan menjadikan KKD sebagai teras pastoralnya.
Melalui Komuniti-Komuniti Kristian kecil seumpama ini, umat dapat saling mengongsikan Injil dan seterusnya mempraktikkan ke dalam kehidupan seharian mereka dengan mengamalkan sikap saling bantu membantu, berkerjasama, sehati dan sejiwa. Seluruh umat mempunyai ruang berperanan atau berpartisipasi, menjadikan KKD sebagai Gereja di sesebuah kejiranan.
Sebelum perayaan tersebut diadakan acara triduum selama 3 hari berturut-turut bermula 25hb November sehingga 27hb November, bertempat di Chapel St.Mary. Triduum dijalankan dengan baik dan berkesan sebagai persiapan rohani ahli-ahli menjelang perayaan ulangtahun pertama KKD Taman Indah Jaya.
Dalam homilinya, Fr Thomas mengucapkan tahniah kepada umat Taman Indah Jaya kerana berani, sanggup dan yakin menyahut cabaran Bapa Uskup Julius untuk hidup dan berjalan bersama sebagai satu komuniti. Perjalanan hidup berkomuniti selama setahun memberi peluang sesama menilai kebaikan serta kelemahan. KKD akan menjadi saluran pelayanan dan seterusnya dapat membuka ruang kepada 'melayani sesama dengan kasih Allah'. Ianya dapat juga mencungkil bakat-bakat terpendam khususnya pada para remaja. Karunia hendaklah digunapakai bagi manfaat bersama. Bagi mengakhiri homilinya, dia memetik dan menghuraikan 1 Kor 12 : 12 ~ 'Banyak anggota tetapi satu tubuh.' 
Misa Kudus Kesyukuran Ulang Tahun KKD Taman Indah Jaya menggunakan perubahan tatacara perayaan Ekaristi yang disah gunapakai pada hari pertama musim adven ini. Mengikut Fr Thomas, sesungguhnya tiada banyak perubahan, namun ia mengambil sedikit masa bagi semua umat membiasakan diri dengan perubahan tersebut.
Sdra Dominic Sintar, selaku pengerusi penganjur acara ulang tahun pertama mengajak semua umat di Taman Indah Jaya agar kekal berjalan bersama melayani Tuhan biar berhadapan dengan rintangan. Dia juga menyeru kepada semua ahli supaya sentiasa membantu dan menyokong sesama untuk mengekalkan KKD sejajar dengan petikan 1 Kor 3 : 10. 'supaya kamu seia sekata dan jangan ada perpecahan antara kamu, tetapi sebaliknya supaya kamu erat bersatu dan sehati sepikir.' Dia mengambil kesempatan untuk menerangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun yang meliputi aktiviti seimbang seperti pembentukan iman, pastoral dan rohani, menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, mengunjungi yang sakit, riadah dan sukan. KKD Indah Jaya juga terlibat di dalam semua aktiviti peringkat Paroki. Sempena hari Natal nanti, KKD Indah Jaya telah membentuk perkumpulan karoling dan seterusnya mengadakan lawatan rumah ke rumah.


Pengerusi Majlis Pastoral Paroki, sdra. Patrick Seah juga menjelaskan bahawa KKD dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan di kalangan umat setempat yang pilih untuk hidup berkomuniti. Ia dengan secara tidak langsung terpanggil untuk melayani di dalam Gereja. Inilah salah satu cara bagaimana semua peringkat umat mampu bersatu melayani di dalam Gereja. 




Sewaktu perasmian KKD 2010, KKD Taman Indah Jaya telah menyampaikan sumbangan RM2,900 (RM Dua Ribu Sembilan Ratus Sahaja) bagi kos pembinaan Diocesan Pastoral And Worship Centre dan menerusi majlis ini, ia sekali lagi menghulurkan bantuan RM2,100 (RM Dua Ribu Seratus Sahaja) untuk mengenapkan jumlah sumbangan sebanyak RM5,000 (RM Lima Ribu Sahaja) bagi projek yang sama. 

Milton Moses (MMY) Soccom St. Mary.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent