Chapel yang baru siap dibina dan diberkati di Kg. Pulau. |
Paitan: Lebih kurang 40 umat di Kampung Pulau, Sungai-sungai, Paitan hadir ke Misa Kudus pemberkatan bangunan Chapel yang baru siap dibina. Chapel ini belum mempunyai nama rasmi buat masa ini. Tarikh 25.10.2011 telah dipilih sebagai satu simpulan sejarah untuk Chapel ini bergerak lebih jauh dalam mengembangkan lagi misi dalam pelayanan gereja.
Paderi Paroki Katedral St Mary Sandakan, Rev Fr Thomas Makajil dalam ucapannya, menyatakan harapan agar umat di stasi luar ini terus bekerjasama antara satu sama lain dan teguh dalam iman serta berusaha membangunkan gereja.
Rev Fr. Thomas Makajil menjalankan Misa Kudus pemberkatan Chapel.
Disesuaikan dengan Bacaan Injil dalam Misa tersebut, Rev Fr Thomas Makajil menegaskan bahawa umat yang sudah dipilih Tuhan melalui pembaptisan perlu yakin dengan iman yang ada. Pengharapan dalam penyembuhan batin hanya dapat diperolehi dengan iman kepada Yesus Kristus.
Upacara pemberkatan Chapel dan umatnya.
Misa Kudus berjalan pada jam 11.00 pagi telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan kesyukuran di kalangan umat. Penduduk Kg. Pulau amat bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga Robin dan Katekis Alimin Jakub yang telah banyak membantu membangunkan Chapel ini. Majoriti umat Katolik di sana adalah berbangsa Sungai.
Rev Fr. Thomas Makajil bersama umat Kg. Pulau, Paitan. |
Menikmati jamuan selepas Misa di rumah Sdra Robin. |
Milton Moses
SOCCOM, Paroki Katedral St Mary, Sandakan
No comments:
Post a Comment