Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 30, 2011

Genap Setahun Hidup Berkomuniti ~ KKD Taman Indah Jaya

Indah Jaya, Sandakan - Sempena cuti umum, KKD Indah Jaya telah berkesempatan untuk mengadakan Misa Kudus Kesyukuran ulangtahun pertama pada Isnin, 28hb November 2011 bertempat di rumah sdra Jacius Kunching, disempurnakan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil selaku rektor Paroki Katedral St. Mary, Sandakan.



KKD Indah Jaya, dianggotai 38 keluarga ditubuhkan pada April 2010 dan berjaya di lancarkan secara rasmi pada 17hb November 2010. Pembetukan KKD tersebut merupakan sahutan kepada impian Diosis Sandakan menjadikan KKD sebagai teras pastoralnya.
Melalui Komuniti-Komuniti Kristian kecil seumpama ini, umat dapat saling mengongsikan Injil dan seterusnya mempraktikkan ke dalam kehidupan seharian mereka dengan mengamalkan sikap saling bantu membantu, berkerjasama, sehati dan sejiwa. Seluruh umat mempunyai ruang berperanan atau berpartisipasi, menjadikan KKD sebagai Gereja di sesebuah kejiranan.
Sebelum perayaan tersebut diadakan acara triduum selama 3 hari berturut-turut bermula 25hb November sehingga 27hb November, bertempat di Chapel St.Mary. Triduum dijalankan dengan baik dan berkesan sebagai persiapan rohani ahli-ahli menjelang perayaan ulangtahun pertama KKD Taman Indah Jaya.
Dalam homilinya, Fr Thomas mengucapkan tahniah kepada umat Taman Indah Jaya kerana berani, sanggup dan yakin menyahut cabaran Bapa Uskup Julius untuk hidup dan berjalan bersama sebagai satu komuniti. Perjalanan hidup berkomuniti selama setahun memberi peluang sesama menilai kebaikan serta kelemahan. KKD akan menjadi saluran pelayanan dan seterusnya dapat membuka ruang kepada 'melayani sesama dengan kasih Allah'. Ianya dapat juga mencungkil bakat-bakat terpendam khususnya pada para remaja. Karunia hendaklah digunapakai bagi manfaat bersama. Bagi mengakhiri homilinya, dia memetik dan menghuraikan 1 Kor 12 : 12 ~ 'Banyak anggota tetapi satu tubuh.' 
Misa Kudus Kesyukuran Ulang Tahun KKD Taman Indah Jaya menggunakan perubahan tatacara perayaan Ekaristi yang disah gunapakai pada hari pertama musim adven ini. Mengikut Fr Thomas, sesungguhnya tiada banyak perubahan, namun ia mengambil sedikit masa bagi semua umat membiasakan diri dengan perubahan tersebut.
Sdra Dominic Sintar, selaku pengerusi penganjur acara ulang tahun pertama mengajak semua umat di Taman Indah Jaya agar kekal berjalan bersama melayani Tuhan biar berhadapan dengan rintangan. Dia juga menyeru kepada semua ahli supaya sentiasa membantu dan menyokong sesama untuk mengekalkan KKD sejajar dengan petikan 1 Kor 3 : 10. 'supaya kamu seia sekata dan jangan ada perpecahan antara kamu, tetapi sebaliknya supaya kamu erat bersatu dan sehati sepikir.' Dia mengambil kesempatan untuk menerangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun yang meliputi aktiviti seimbang seperti pembentukan iman, pastoral dan rohani, menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, mengunjungi yang sakit, riadah dan sukan. KKD Indah Jaya juga terlibat di dalam semua aktiviti peringkat Paroki. Sempena hari Natal nanti, KKD Indah Jaya telah membentuk perkumpulan karoling dan seterusnya mengadakan lawatan rumah ke rumah.


Pengerusi Majlis Pastoral Paroki, sdra. Patrick Seah juga menjelaskan bahawa KKD dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan di kalangan umat setempat yang pilih untuk hidup berkomuniti. Ia dengan secara tidak langsung terpanggil untuk melayani di dalam Gereja. Inilah salah satu cara bagaimana semua peringkat umat mampu bersatu melayani di dalam Gereja. 




Sewaktu perasmian KKD 2010, KKD Taman Indah Jaya telah menyampaikan sumbangan RM2,900 (RM Dua Ribu Sembilan Ratus Sahaja) bagi kos pembinaan Diocesan Pastoral And Worship Centre dan menerusi majlis ini, ia sekali lagi menghulurkan bantuan RM2,100 (RM Dua Ribu Seratus Sahaja) untuk mengenapkan jumlah sumbangan sebanyak RM5,000 (RM Lima Ribu Sahaja) bagi projek yang sama. 

Milton Moses (MMY) Soccom St. Mary.

Sunday, November 27, 2011

KATEDRAL SANDAKAN MULAKAN ADVEN DENGAN TATA MISA KUDUS YANG BARU

Uskup Julius menyampaikan mesej Adven 'berjaga-jaga, kita tidak faham bila kedatangan Tuhan'
KATEDRAL ST. MARY SANDAKAN. Mesej dari Bapa Uskup jelas dalam homilinya mengajak umat Katolik bersama menerima perubahan tatacara perayaan Ekaristi. Sahutan umat dalam Misa Kudus kini menggunakan terjemahan asli dari Bahasa Latin.

Dialog yang jelas ada perubahan adalah seperti sebutan "Tuhan bersama mu" akan di sahut oleh jemaat "dan bersama rohmu". Sahutan tersebut mempunyai maksud mendalam yang merujuk kepada pekerjaan Roh Kudus yang sama di dalam upacara Sakramen Pentahbisan, Pembaptisan dan Penguatan" jelas bapa uskup.
Misa Kudus Adven pertama dengan tatacara yang baru
"Kita mulakan penggunaan ini dalam masa adven yang merupakan tahun baru bagi Gereja", katanya. "Kita bermula dengan pusingan liturgi tahun B, sebaik saja perayaan Kristus Raja". Peristiwa ini bermesejkan Kristus sebagai Tuhan semesta alam raya.

Masa Liturgi Adven menandai masa persiapan rohani umat beriman sebelum Natal. Adven dimulai selepas Minggu Kristus Raja. Masa Adven berlangsung selama empat hari Minggu sebagai persiapan. Kata ‘adven’ berasal dari kata Latin ‘adventus’ yang bererti kedatangan Tuhan Yesus.  

Uskup Julius menyalakan lilin Adven. 
Lingkaran Adven yang melambangkan Tuhan yang abadi, tanpa awal dan akhir
Jemaat Katolik Katedral Sandakan menggunakan tata perayaan Ekaristi yang baru
di Minggu Adven yang pertama.
Bacaan Pertama ~ Kitab Yesaya 63: 16-17, 64: 1, 3-8
Bacaan Kedua ~ 1 Korintus 1: 3-9
Perwartaan INJIL. Markus 13: 33-37
Pelayanan koir Misa Kudus dengan imej dan jubah yang baru. Warna ungu menandakan warna Adven yang bermaksud penantian.
Musim adven membawa kita ke arah ulangtahun tentang kelahiran Yesus di Hari Raya Natal, dan kedatangan Yesus keduakalinya serta menanti Kristus di akhir hayat. 

"Maka itu, penantian kedatangan Kristus harus dilakukan dengan bijak dan kreatif. Ia adalah musim bagi umat memantapkan diri dari segi rohani, lebih mendekati Kristus. Sebelum ini, Gereja mengingatkan umat melalui pembacaan INJIL berkaitan dengan perumpamaan talenta. Semasa penantian, umat harus produktif, menggunakan anugerah masing-masing bagi kebaikan bersama' ,tegasnya.

Bapa Uskup mengakhiri homilinya, "penantian harus berjaga-jaga dengan bijak, kita tidak faham kedatangan Tuhan." katanya.

ds

Saturday, November 26, 2011

CONFIRMATION AT HOLY TRINITY CHURCH TAWAU

Bishop Julius and Fr David with the Bahasa confirmands 
Tawau : Having completed the children's initiation classes, some 99 confirmands received their confirmation on Sunday, 20th November 2011, the Solemnity of Christ the King, last Sunday in ordinary time before the week of Advent, 27th November , 2011. The Eucharistic celebration was presided over by Bishop Julius, con celebrated by Fr David Garaman, the assistant rector.


The confirmands were mainly from the Bahasa, English and Chinese sections of the Sunday School, Holy Trinity Church with others coming from out stations including St. Jude's Semporna. The Sacrament of Confirmation was conferred by Bishop Julius Dusin Gitom, assisted by Fr David Garaman, .

In his homily, the prelate shared about the gifts of the Holy Spirit that strengthen and empower us to have faith, hope and love in spreading and defending the faith as true witnesses. It is to perfect in us that which was begun in the Sacrament of baptism.

The confirmands and the congregation at large were called to reflect on the contribution in full and active mission of service to the Church. Each should strive to utilize one's talents, time and treasure in serving Christ through direct involvement in any spiritual activity, service to the poor and marginalized as a sign of living the wonderful gifts of the Holy Spirit.
'Be sealed with the gifts of the Holy Spirit'
The prelate urged all members to place more effort in evangelization in fulfilling our mission by sharing the Good News with others. We are to be caring and responsible to one another,  as well as our eagerness to  grow and experience God’s love  that we may be more obedient and submit to the Spirit, the ruler of our lives.
He concluded his homily by saying, “ by receiving the power of the Holy Spirit during Confirmation, I hope that you  will continue to live in the love of  God our  eternal King, live in communion with all brothers and sisters moving forward to Him and acknowledging Him as our King"
With confirmands from out station
With confirmands from out station
With the Chinese confirmands
With the confirmands from St Jude, Semporna
Proceeding to  the Parish Hall, L-R : Bishop Julius, Mario, the PPC Chairman and Fr David
After the prayer after Communion, Bishop Julius continued with the ceremony of decommissioning  of the Sacramentary which was to be used for the last time. It had served the community well for many years. Fr David Garaman will commission the new Sacramentary (the Third Edition of the Roman Missal) on the first Sunday of Advent.
Bishop Julius with Sunday School teachers
A memorable occasion
The celebration ended at 10.45am followed by light refreshment with Bishop Julius, all the newly confirmed, parents and all Sunday School teachers.


JCK –Tawau SOCCOM

Friday, November 25, 2011

Confirmation - Holy Trinity Church, Tawau



(斗湖讯) 圣三天主堂将近99位包括6位来之华文主日学学生于1120日普世君王节领受坚振圣事。当天只举行一台早上9时的国语弥撒。由余廉主教为我们主持并由David Garaman神父公祭。主教在讲道时说:耶稣贵为普世的君王甘愿受苦受难为了我们赎罪,他是为了服务人群而来的,教导我们去爱人。我们对每一位周围所认识的人是我们的责任应照顾的范围之内。所以,藉着对所有领受坚振圣事的学生们,应负起天主的使命,于坚强的信德好好去为一位小兄弟所付出一切。

弥撒大约在11时左右结束并与主教合照

Thursday, November 24, 2011

UMAT PAITAN RAYAKAN KEPADERIAN REV. FR. THOMAS MAKAJIL YANG KE 33 TAHUN

PAITAN MISSION. Buat pertama kalinya umat Katolik Paitan merayakan ulangtahun ke-33 pentahbisan Rev. Fr. Thomas Makajil sebagai paderi bertempat di St. Clarie, Kg. Dalamas dan di St. Francis Asissi, Kg. Koiboton Sukang, Paitan sempena lawatan pastoralnya baru-baru ini.
Fr. Thomas bersama kanak-kanak Katolik Paitan dan para pemimpin agama Katolik Paitan.
Sambutan anniversari yang ke 33 tahun  Fr. Thomas Makajil sebagai paderi dirayakan bersama  penduduk Katolik Kg. Dalamas, Paitan dengan pukulan gong mengiringi tari-tarian tempatan.
Seperti biasa setiap lawatan pastoral Fr Thomas Makajil dimulakan dengan perayaan Ekaristi.
Sebelum majlis anniversari, umat Katolik terlebih dahulu menyertai ibadat Misa Kudus.  Fr. Thomas dalam homilinya mengajak umat berusaha mengembangkan 'talenta' pemberian Tuhan dan mengongsikan juga kepada orang lain.


Lawatan pastoral pada 14 -16 November 2011 di empat buah Chapel iaitu St. Francis Sukang, St. Clare Dalamas, Kampung Tawanan dan Rakanan telah disertai oleh dua orang doktor dari Sandakan iaitu Dr. Francis Chung dan Dr. Hendry Ong berserta rombongan. Dr Chung dan Dr Ong terlibat dalam pelayanan membantu penduduk kampung dengan memberi rawatan kesihatan dan rawatan pergigian. Turut serta bersama ialah beberapa ahli Kerasulan Wanita Katolik (CWA), Secular Franciscan Order (SFO) dan juga belia-beliawanis dari Sandakan. 
Kelihatan gambar di atas para sukarelawan sedang melayani dan  gambar kenangan Claire Andrew mewakili Belia Katolik, Dr. Henry, Fr. Thomas, Katekis Dominic dan Dr. Francis 
Suasana majlis selepas ibadat
Dalam setiap lawatan pastoral, kehadiran umat  ke Misa Kudus sentiasa memberangsangkan dengan jumlah hampir 100 orang. Mereka bukan sahaja dari chapel setempat yang dilawati malah dari chapel-chapel yang berdekatan. 
Misa Kudus di Chapel St. Francis Asissi Kg. Koiboton, Sukang, Paitan 
Suatu upacara penyampaian cenderakenangan di Chapel St. Francis Asissi Kg. Koiboton, Sukang, Paitan berupa penghargaan dan terima kasih kepada para sukarelawan
Album kenangan Fr. Thomas Makajil bersama dengan umat Katolik St.Francis Asissi sempena perayaan anniversari.
Fr. Thomas dalam homilinya di Chapel St Francis Asissi berkata, “Kita perlu menggunakan bakat-bakat dan kebolehan yang dianugerahkan Tuhan dengan penuh tanggungjawab demi kemuliaan nama Tuhan bagi kebaikan bersama dan berjalan bersama serta mengongsikan iman di dalam keluarga dan kepada orang lain."


"Berdoalah juga untuk panggilan-panggilan khusus seperti paderi dan juga religius terutamanya dari tempat sendiri”, tambah beliau lagi.

Selesai sahaja Misa Kudus, majlis ulang tahun pentahbisan Fr. Thomas yang ke-33 dirayakan secara “potluck” oleh penduduk Katolik Paitan. Majlis ini mulakan dengan upacara pemotongan kek dan diserikan dengan persembahan kebudayaan kaum Sungai. Majlis ini disambut secara sederhana namun meriah.


SOCCOM Katedral St. Mary
Foto oleh PC

Wednesday, November 23, 2011

KEM ROHANI JURURAWAT MASYARAKAT TAWAU 2011

TAWAU : Gereja Holy Trinity - 30 September hingga 2 Oktober 2011, satu aktiviti kerohanian telah diadakan di Gereja Holy Trinity yang melibatkan pelatih-pelatih Kristian Kolej Jururawat Masyarakat Tawau. Program Tahunan yang bertema : ‘Kuasa Kasih’ kali ini, bertujuan untuk membantu setiap pelatih untuk terus mengimani Tuhan, dekat dengan Tuhan dan mengenali Tuhan dengan lebih dalam lagi, selain daripada memenuhi markah ko-kurikulum yang membantu melayakkan pelatih menduduki peperiksaan kolej. Kebanyakan pelatih KJMT (Kolej Jururawat Masyarakat Tawau) berasal dari kawasan Pantai Barat Sabah dan pertama kali berada berjauhan dari keluarga. 

Kem rohani ini merupakan anjuran Persatuan Komiti Kristian (PKK) Kolej Jururawat Masyarakat Tawau dengan kerjasama pihak CCRBM Gereja Holy Trinity Tawau. 
Sepanjang kem rohani ini, ceramah-ceramah yang telah dimuatkan dalam setiap sesi, adalah sangat bersesuaian dengan tema, ‘Kasih’. Semua penceramah yang menyampaikan sesi, terdiri dari pelbagai dominasi, iaitu dari Gereja Sidang Injil Borneo, Gereja Calvary, Gereja Seventh-day Adventists dan juga dari Gereja Catholic.
Salah seorang penceramah yang telah mengisi sesi ceramah sempena kem rohani itu adalah Encik Francis Kamuntah. Di dalam sesi yang di berikan, beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Allah Adalah Kasih”. Kuasa kasih Allah adalah sangat besar, penuh dengan pengharapan, indah dan kerana kuasa kasihnya-lah dia telah mencipta manusia’. Itulah sebahagian kata-kata yang disampaikan oleh Encik Francis semasa sesi ceramah beliau. Beliau benar-benar mahu mengajak setiap peserta supaya sedar bahawa kasih Allah itu amat luar biasa, dan amat berbeza dengan kasih dunia.
Pada petang hari terakhir kem rohani ini dijalankan, satu sesi perkongsian atau kesaksian telah di buka bagi pelatih-pelatih yang ingin memberi kesaksian yang mereka dapat sepanjang mengikuti kem rohani ini. Adalah sangat memberangsangkan, semasa sesi ini ramai peserta yang tampil kehadapan untuk memberi kesaksian bahawa kem rohani pada kali ini benar-benar menyentuh hati mereka untuk mengenal erti kasih yang sebenar seperti kasih yang ditunjukkan oleh Tuhan sendiri terhadap umatnya.
Secara keseluruhannya, kem rohani kali ke-5 pada tahun ini berjalan dengan jayanya. Pihak penganjur amat beterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam menjayakan kem rohani ini. Diharapkan aktiviti seperti ini akan diadakan pada tahun-tahun seterusnya bagi membantu setiap peserta untuk lebih dekat dan lebih mengenal Tuhan .

Soccom Tawau

Merayakan Ulang Tahun Ke-45 Gereja St Martin, Telupid



Telupid: “Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaatKu,” (Matius 16:18)  Adalah ucapan pembuka Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dalam buku perayaan Ulang Tahun Gereja Santo Martin yang ke-45 yang dirayakan pada 13 November 2011.
“Perayaan hari ulang tahun adalah penting dan pasti kita menjadikannya yang terbaik antara ulang tahun yang sudah berlalu. Bagaimanapun, yang lebih penting ialah proses mengumpulkan para umat bersama untuk membuat persiapan dan mengelolakan acara berkenaan. Ia memberi banyak ruang dan peluang untuk umat bergerak bersama sebagai satu komuniti yang teguh dan mampu mewujudkan susana yang mesra”, jelasnya.
Hampir 500 orang umat dari sekitar paroki hadir dalam perayaan liturgi yang bermula 9 pagi. 
Bapa Uskup Julius sambil diiringi  oleh Majlis Pastoral sedang melawat gerai-gerai Komuniti Kristian Kecil yang menghidangkan makanan dan minuman kepada jemaat yang hadir ke perayaan Ekaristi sempena Pesta Santo Penaung Gereja Katolik St. Martin Telupid.
Hari Paroki juga dirayakan sempena kesyukuran atas beberapa penerima pengurapan Minyak Krisma dalam upacara Sakramen Penguatan oleh Bapa Uskup. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan berbagai persembahan pentas seperti paduan suara, tarian tradisional setempat serta majlis jamuan. 

Seramai 48 calon Sakramen Penguatan yang menerima minyak krisma dari Bapa Uskup.
Bapa Uskup turut mengimbas jasa para pengasas gereja setempat yang telah banyak berjasa dalam membantu membangunkan Gereja setempat.
“Mereka telah membaktikan banyak usaha dalam misi penginjilan Gereja dan kini tibalah giliran bagi kita meneruskan usaha mereka dalam kerja-kerja menyemai benih-benih iman bagi generasi akan datang,” ujarnya.
Menurut Bapa Uskup, ulang tahun ini juga adalah satu masa bagi menoleh ke belakang bagi menilai perkara lepas, mempertimbangkan kekuatan dan kelemahannya.
“Kita akan terus bekerja dan bergerak bersama buat masa kini dan melihat pada masa depan dengan penuh iman dan harapan.
Sebagai pengikut Kristus yang setia, masing-masing mempunyai misi. Kita akan menyaksikan iman kita dengan keyakinan dan menyertai secara aktif dalam semua aktiviti Gereja untuk kebaikan bersama,” jelasnya.
Bapa Uskup seterusnya menyeru kepada semua umat agar membantu dalam membina komuniti-komuniti melalui KKD serta pembaharuan Gereja dan masyarakat dengan keberanian dan kesetiaan. 
Sementera itu, Paderi Paroki Rev. Fr. Jasery Gabuk menjelaskan bahawa perayaan ini merupakan perayaan bersama sebagai ungkapan rasa syukur kepada Tuhan yang telah menganugerahkan gereja tempatan (St. Martin) kepada kita. 
“Kita harus sedar bahawa gereja yang sebenar ialah kita sendiri sebagai umat Allah dan kita haruslah berjalan bersama untuk membangunkan gereja tempatan kita,” jelasnya.
Terdahulu, Pengerusi Perayan Sdra Herman Soibun, turut mengimbas kembali komitmen dan tanggungjawab umat. Beliau menyifatkan setiap lapisan umat mempunyai peranan masing-masing untuk menjayakan perayaan seperti ini.
“Secara peribadi saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan, sumbangan saudara dan saudari serta para penderma sama ada dalam bentuk idea, wang ringgit, tenaga, material dan sebagainya  demi menjayakan perayaan ini. Apa yang baik yang kita lakukan selama ini, haruslah kita pupuk dan pertahankan demi kemajuan komuniti umat di paroki kita,” katanya.
Selesai Perayaan Liturgi, acara makan bersama menjadi sangat menarik dimana Bapa Uskup berkesempatan melawat dan melihat sendiri komitmen yang diberikan oleh setiap KKD di Paroki ini dengan menyediakan hidangan percuma berasaskan makanan tradisi.
Fr. Jasery menyampaikan cenderahati kepada Uskup Julius
Acara pemotongan kek perayaan dan persembahan pentas juga menjadi tarikan kepada umat yang sanggup berpanas kerana diadakan dikawasan terbuka.

Lawrence Matusin, Soccom Telupid

Tuesday, November 22, 2011

Social Immersion ~ a sharing by Aleona Natalio


“Why do you look down on yourself believing that you cannot do, where in fact you have all the potentials as a promising young missionary" ~ a comment by my mentor.

Mount Mayon (Volcano) in the province of Albay, Luzon, Philippines
This was one negative thought that had been bothering me when I had my 2 week Social Immersion in Sto. Domingo in the province of Albay, Luzon from 20th Oct till 2nd November. I was hoping to find an answer to this question. Is it personal or some thing related to my background? I lived with a simple family and community. During the immersion period with my new found community and my encounter with my foster family, I reflected deeply on my root. It was like returning to my source.  I was born and raised in a poor family in the province. We live a simple life just like the people there. The people are hospitable, generous, humble, joyful, approachable, family-oriented, hardworking and etc. They possess good qualities which is common among the people in the province.  In a world prone to accumulating, they remain faithful and accepting living for less. 
Aleona squatting 1st from left (in pink blouse)

I noticed that each time we went into their house, they would offer us food. They would always say “Please bear with our situation. This is the only thing we can offer because we are poor.” In fact, they had given us too much. Whenever I heard those words, it saddened me because it reminded me of my situation, being poor and lacking in education. It is always in my mind that, to be respected, one needs to have good education and wealth. This seemed to be my thought as I label myself as such. It was a great awakening for me, for now I realized that it is not so.

Most of the barangay (village) officials here did not even complete elementary school yet they are serving deligently in their barangay. Lack of higher education  is not a barrier to be a leader, serving the people. As an intern in IFFAsia, my biggest challenge is none other than myself. 

Aleona front row 2nd left
I had been thinking of how I could be a leader to this group of upcoming young leaders and young professionals. That was the biggest challenge.  I lacked  experience and skill. If I’m not confident of myself, how can I convince and lead others? I doubted my capabilities. I know there are people who believe in my abilities. I pray that God will continue to guide me in my journey as an intern.

I learnt how great God is. Though they may be materially poor but they are spiritually rich with big and welcoming hearts.  These positive attitudes they have is a treasure that money can’t buy. I, being poor need to know how to value and appreciate this blessing from God. I should learn to take hold of my own being. I also realized that I can serve and be respected by others as long as I maximize the use of my talents, skills and attitude. My mission is to empower my fellow poor. 
Aleona 2nd row 1st on the right with bath 5 students and interns during their mission project in Sandakan 

Reaching out and touching the hearts of the people seemed to be my gift  because I am like one of them ~ poor people serving the poor. It was simply amazing. I found beauty in the poor which is also a reflection of my own. 

“There is none who is too poor to give or too rich to receive" Bishop Baylon, Diocese of Legaspi Albay


Aleona Nataleo, a 5th batch student of IFFAsia of the Philippines, spend her one month mission project in Sabah, two weeks each in the Diocese of Keningau and Sandakan from 16th January till 14th February 2011. She graduated in March this year and is currently an intern in the same institute.


CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent