Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 25, 2010

Retret Katekatikal Paroki Telupid





TELUPID – Pengalaman yang diperolehi semasa mengikuti retret selama 2 hari merupakan satu peluang yang dinanti-nantikan oleh para pembimbing  Komiti Katekatikal Paroki Telupid.

Retret yang bermula 20 Ogos lepas dan berakhir pada Ahad, 22 Ogos menerima penyertaan 25 pembimbing terdiri dari luar stasi.

Paroki Telupid mempunyai  5 Zon dengan  22 luar stasi. Terdapat 40 peratus jalan raya stasi  ini tidak berturap dan sukar dilalui apabila musim tengkujuh. 

Program pembuka tirai retret ini adalah membawa para peserta mendalami pertanyaan ‘apakah realiti Katekatikal di Paroki dan stasi’ yang mengupas persoalan setiap pembimbing dalam bengkel pertama.


Pada hari kedua, ceramah bertajuk ‘Panggilan Seorang Katekis dan Kepentingannya di dalam Pelayanan Gereja’ telah disampaikan oleh Sr. Appolonia Gumpu, fsic.

“Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) dan contoh Katekesis’ yang disampaikan oleh Sr. Veronica Kanduang, fsic, dan seterusnya membawa kepada ‘Perkongsian Laporan Hasil Mesyuarat Komisi Katekatikal Malaysia di Sibu, Sarawak sebelum ‘Perbincangan Katekesis Pertemuan IKD', selepas itu.

Dalam ucapan perasmian pembukaan di hari pertama, Fr. Marcellinus Pongking selaku Paderi Paroki turut bangga dengan komitmen yang diberikan oleh para peserta yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu mendalami ilmu dan pengetahuan pelaksanaan tugas dan peranan sebagai pembimbing.

Kordinator Komiti Katekatikal Paroki, Richard Lobinjang turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Kordinator Katekatikal Keuskupan Sandakan kerana sudi menemui para pembimbing dan memberi semangat baru terutama kepada pembimbing baru.

Oleh:
Lawrence M.
SOCCOM Paroki

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent