Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 2, 2010

Perlantikan dan Pengutusan 'Extraordinary Minister of Holy Communion' Paroki Katedral St. Mary, Sandakan

Sandakan – Seramai 41 ahli ‘Extraordinary Minister of Holy Communion’ Paroki Katedral St. Mary, Sandakan telah memperbaharui komitmen mereka di hadapan Paderi dan Gereja pada 31 Julai lalu. Empat daripadanya merupakan calon yang telah dilantik dan diutus bersama-sama dengan ahli lama.

Pada 27 hingga 29 Julai 2010 lalu, Program Penerangan Singkat untuk ‘EM’ yang baru telah diadakan di Bilik Kateketikal Katedral St. Mary.

Diakon David semasa menyampaikan ceramahnya

Dalam program tersebut beberapa sesi telah diadakan bagi membantu calon terpilih ‘EM’ yang baru memahami peranan mereka sebagai ‘EM’. Antaranya ialah ‘Mengapa Harus Mengambil Tanggungjawab Ini – Bagaimana Komuni Membantu Kita’, ‘Kepada Siapa Kita Memberi Komuni? – Ekaristi di dalam Aspek Komuniti’, ‘Membersihkan Sibori – Ekaristi dan Penderitaan Manusia’, ‘Pelbagai Masalah dalam Memberikan Komuni kepada Orang Sakit – Ekaristi dan Penggenapan Akhir Dunia’ dan ‘Kerjasama antara ‘EM – Ekaristi dan Cara Hidup ‘EM’’.

Topik-topik ceramah telah disampaikan oleh Fr. Thomas Makajil, Diakon David A. Garaman dan Sr. Appollonia Gumpu, fsic.

Seorang ‘EM’ diperbolehkan memberi Komuni, sama ada dalam Perayaan Ekaristi atau membawa Komuni Kudus tersebut kepada orang sakit; sekiranya Uskup, Paderi atau Diakon tidak berkesempatan berbuat demikian.

‘An extraordinary minister of Holy Communion in the Catholic Church is, under the Code of Canon Law, "an acolyte, or another of Christ's faithful deputed", in certain circumstances, to distribute Holy Communion. The term "extraordinary" distinguishes such a person from the ordinary (normal, regular) minister of Holy Communion, namely a bishop, priest or deacon.

Canon law permits that "[w]here the needs of the Church require and ministers are not available, lay people, even though they are not lectors or acolytes, can supply certain of their functions, that is, exercise the ministry of the word, preside over liturgical prayers, confer baptism and distribute Holy Communion, in accordance with the provisions of the law." The term "lay people" does not distinguish between men and women.’

Dalam sesi berkaitan, Rekoleksi sehari yang telah dihadiri seramai 41 ahli ‘EM’ (baru dan lama) telah diadakan pada 31 Julai baru-baru ini.

Kelihatan para peserta mendengar dengan teliti semasa penerangan disampaikan oleh penceramah

Sesi dimulai dengan Pentakhtaan Alkitab. Kemudian diikuti dengan sesi ceramah berkenaan ‘GIRM’, ‘Spirituality of EM’ dan Sesi Perkongsian antara ‘EM’.

Dalam rekoleksi ini, Sesi Adorasi dan Renungan telah diadakan di Chapel St. Mary dipimpin oleh Diakon David dan Sr. Appollonia.

Rekoleksi sehari diakhiri dengan acara bergambar beramai-ramai semasa upacara perlantikan dan pengutusan dalam Misa Kudus Petang di Katedral St. Mary.

Bergambar bersama Paderi Paroki, Fr. Thomas, Diakon David, para religius serta ahli 'Extraordinary Minister of Holy Communion' yang baru dan lama


Soccom St. Mary

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent