Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 3, 2010

PESTA KOIR PAROKI KATEDRAL ST. MARY, SANDAKAN

Ahli jawatankuasa Pesta Koir sedang bermesyuarat.

Ahli Jawatankuasa Pesta Koir (Choir Festival 2010) Paroki St Mary, Sandakan yang diketuai oleh En. Michael Lai akan menganjurkan Pesta Koir peringkat Paroki bersempena dengan Sambutan Hari Paroki St Mary, Sandakan pada 15hb Ogos 2010. Tema yang dipilih pada tahun ini ialah “Melayani Sesama Dengan Kasih Allah”

Objektif utama Pesta Koir ini adalah untuk;

  1. Mencungkil bakat terpendam di kalangan umat di Paroki ini, khususnya golongan belia/beliawanis.
  2. Melalui bakat mereka ini, diharapkan dapat menyalurkan kepakaran mereka untuk mencipta atau mengubal lagu-lagu rohani bagi persembahan liturgi.
  3. Mengeratkan hubungan erat di kalangan kumpulan-kumpulan Koir yang terdapat di Paroki ini.
  4. Melahirkan individu-individu yang dapat menyumbangkan bakat, idea, dan tenaga kepada pembangunan Music Ministry di Paroki ini.

Pesta Koir ini akan melihat pertandingan kumpulan-kumpulan Koir yang dianggotai seramai 12 - 16 orang satu kumpulan. Dua kategori akan dipertandingkan iaitu Ciptaan Lagu (composition) dan Gubahan Lagu (non-composition). Bagi kumpulan Koir yang berjaya menjuarai pertandingan ini akan mewakili Paroki ini semasa Sambutan Hari Ulangtahun ke-3 Keuskupan Sandakan yang akan diadakan di Lahad Datu pada Oktober nanti.

Sehubungan dengan Pesta ini, pihak penganjur akan mengadakan sesi penerangan dan dialog kepada kumpulan-kumpulan Koir pada 8/8/10 jam 12.30 tengahari di Dewan Paroki Katedral St Mary. Untuk makluman, lanjut sila hubungi En. Michael Lai 019 8077539 atau En.Christopher Aban 013 8866019.

DaliusLL
Soccom Paroki St Mary Sandakan 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent