Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 17, 2010

Perayaan 3 dalam 1 Paroki Katedral St Mary


Sandakan – Perayaan 3 dalam 1 iaitu Misa Kenaikan Bonda Maria ke Syurga, Perayaan Hari Paroki dan Pesta Bazaar Paroki 2010 telah diadakan pada 15 Ogos 2010 bertempat di Katedral St. Mary, Sandakan.



Misa Kenaikan Bonda Maria ke Syurga yang dipimpin oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom pada 14 Ogos 2010 telah menyaksikan penyertaan hampir 1,500 umat beriman yang datang dari pelbagai tempat termasuk outstasi serta beberapa pelawat dari Jerman.

Peristiwa iman “Maria diangkat ke Syurga” ini dirayakan pada setiap tahun oleh Gereja untuk merenungkan perbuatan besar yang dikerjakan Allah bagi Maria, Bonda Kristus dan Bonda seluruh umat beriman.

Gereja percaya Maria telah dipilih Allah sejak awal mula untuk menjadi Bonda PuteraNya, Yesus Kristus. Untuk itu Allah menghindarkannya dari noda dosa asal dan mengangkatnya jauh di atas para malaikat dan orang-orang kudus.

Kebenaran iman ini telah dimaklumkan sebagai dogma dalam Konstitusi Apostolik Munificentissimus Deus oleh Sri Paus Pius XII (1939-1958) pada 1 November 1950.

Selesai Misa Kudus, satu jamuan makan malam telah diadakan di Bilik Kateketikal yang dihadiri oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius, Paderi Paroki, Fr. Thomas, ahli-ahli PPC, PPMC, PFC, staf Pejabat Diosis, beberapa perwakilan daripada Gereja Basel Christian Church of Malaysia serta pelawat-pelawat Jerman.

15 Ogos merupakan Hari Penaung bagi Paroki Sandakan, iaitu Santa Maria. Pada tahun ini, Komiti Penganjur mengadakan Pesta Bazaar yang bertujuan menjana dana untuk menampung keperluan-keperluan Paroki termasuklah aktiviti-aktiviti pastoral dan pembangunan fizikal.

Terdahulu, Pesta Bazaar dirasmikan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius, Paderi Paroki, Fr. Thomas Makajil, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk VK Liew dan isteri YBhg Datin Dr Linda serta Pengerusi Komisi Hartanah, En Anthony J. Wong.








Berikut adalah keputusan ‘Parish Bazaar Lucky Draw 2010’ dan ‘Wheel of Fortune’:

Parish Bazaar Lucky Draw 2010
No. Tiket
Pemenang
Pertama - 10365
Amy Wong
Ke-2 - 11608
Jenny Lu
Ke-3 - 10128
Johnny Lim
Ke-4 - 10526
Daniel Pang
Ke-5 - 10362
Jacob Chin
Ke-6 - 10240
Lee Nyuk Chaing
Ke-7 - 10516
Soo Tong
Ke-8 - 10798
Pan
Ke-9 - 10731
Tam Nyuk Ching
Ke-10 - 10151
Vincent Fung
Ke-11 - 10064
Augustine Chok
Kepada para pemenang, untuk tuntutan hadiah, anda boleh berhubung dengan Caroline Tai – 012 361 6706 sebelum atau pada 15 September 2010. Terima kasih atas sokongan anda.

WHEEL OF FORTUNE
Draw No.
Winning No.
Prize
A
A47
Hair dryer/Iron/Wall clock
B
B50
Jet pump
C
C46
Adidas shoes
D
D07
Vacuum cleaner
E
E19
Elle watch
F
F13
Elba convection oven
G
G22
Rice cooker/Stand fan
H
H16
Crocodile watch
I
I13
Pensonic electric oven
J
J29
Ionic air-cooling fan
Winners please contact Mr. Philip Wu (019-813-7843) to arrange for redemption of your prizes on or before 15/9/2010. We would also like to take this opportunity to thank you all for your support.


Soccom Paroki Katedral St. Mary, Sandakan






No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent