TUHAN ITU SETIA, TUHAN ITU BAIK, TUHAN ITU BERSAMAKU, TUHAN ITU ADALAH UNTUK KU
Shalom, nama saya Daphney Vitalis berasal dari Ranau. Saya bertugas sebagai seorang jururawat sejak 2010 dan telah bertugas di kesihatan sektor swasta pada 2010 sehingga 2013 dan kemudiannya bertugas di Hospital Duchess of Kent Sandakan dari 2013 sehingga kini.
Sebagai seorang jururawat, adalah tanggungjawab saya untuk bekerja, berjuang dan memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh lapisan masyarakat. Namun, sebagai seorang manusia biasa yang juga mempunyai ibu bapa, adik dan keluarga terdekat, perasaan risau dan takut itu tetap ada. Tipulah kalau saya tidak takut dengan situasi kita yang bahaya sekarang. Kami lagi banyak terdedah kepada virus ini dan risiko untuk mendapat jangkitan Covid-19 sangat tinggi. Melihat ramai frontliner yang terkena jangkitan sehinggakan ada anggota kesihatan yang meninggal dunia akibat jangkitan virus ini, membuatkan saya bertambah takut dan tertanya bagaimana sekiranya saya sendiri terkena dengan penyakit ini. Andai saya diberikan pilihan, saya rela untuk duduk diam dirumah saja daripada mempertaruhkan nyawa saya sendiri tapi, saya gagahkan juga diri supaya kuat menggalas tanggungjawab sebagai seorang jururawat.
Perkara yang paling mencabar apabila saya dipilih untuk menyertai tim Covid-19 dalam jabatan saya. Perasaan risau, takut, tertekan, serba salah, beban kerja, tanggungjawab semuanya bercampur baur. Virus ini sesuatu yang baharu yang kita semua tidak pernah hadapi. Ada banyak persoalan yang timbul di fikiran. Tetapi, saya kena sentiasa peka dan tidak boleh cuai. Kena sentiasa bersiap sedia 24/7 dan kuatkan mental dan fizikal.
Ada banyak perkara yang menyentuh hati saya yang bertugas di barisan hadapan semasa PKP. Antaranya, di tempat kerja, semangat kerja berpasukan yang tinggi walaupun ada antara rakan- rakan yang terpaksa meninggalkan anak dan suami dirumah, ada yang sedang mengandung malah ada yang kurang sihat tapi tetap datang bekerja. Pesakit di wad Covid-19 yang tidak kenal antara satu sama lain, menjadi 'keluarga' sementara di kuarantin. Mereka berdoa, makan bersama-sama dan masih mampu tersenyum walaupun berada di wad.
Saya sangat bersyukur kerana keluarga dan sahabat - sahabat semua sentiasa mendoakan keselamatan dan kesihatan saya sebagai seorang yang bertugas sebahagian dari frontliner. Saya juga bersyukur kerana keluarga, rakan-rakan seiman dan juga rakan-rakan sekerja sentiasa dilindungi. Paling penting, saya lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang saya terima setiap hari. Saya amat berharapan, agar virus Covid-19 ini cepat ditemukan penawarnya, dapat diatasi dengan segera, semoga seluruh rakyat Malaysia dapat bersatu hati dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Walaupun saya berasa takut dan gentar untuk menghadapi keadaan global sekarang namun saya tahu Tuhan itu sentiasa ada bersama saya di setiap waktu. Dialah yang sentiasa menguatkan saya untuk terus bersemangat bekerja dan membimbing saya walaupun ada masanya saya berasa 'down'. Menjadi seorang jururawat bukanlah satu pekerjaan yang mudah dan remeh tapi syukur, Yesus berkata “So do not fear, for I am with you; do not be dismayed, for I am your God. I will strengthen you and help you; I will uphold you with my righteous right hand.”Isaiah 41:10 Inilah yang sentiasa menguatkan saya dalam melakukan jemputan-Nya sebagai seorang jururawat dan juga sebagai manusia biasa.
===============================================================
Shalom, Saya Rozaliana, berasal
dari penampang dan telah berkhidmat dalam bidang kejururawatan selama 7 tahun.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi pengalaman saya sebagai seorang jururawat yang di tugaskan
untuk menjaga pesakit Covid-19.
Sebelum memulakan perkongsian, saya ingin berkongsi sedikit informasi tentang Covid-19 atau di kenali sebagai Novel Coronavirus. Seperti yang kita ketahui Novel Coronavirus ini ada salah satu virus yang telah merebak ke seluruh dunia dan telah meragut ribuan nyawa manusia. Agen perpindahan virus ini adalah melalui titisan air dan cara penyebaran virus ini berlaku melalui seorang pembawa virus dan terkena orang lain melalui sentuhan, bersin, dan batuk.
Sebelum memulakan perkongsian, saya ingin berkongsi sedikit informasi tentang Covid-19 atau di kenali sebagai Novel Coronavirus. Seperti yang kita ketahui Novel Coronavirus ini ada salah satu virus yang telah merebak ke seluruh dunia dan telah meragut ribuan nyawa manusia. Agen perpindahan virus ini adalah melalui titisan air dan cara penyebaran virus ini berlaku melalui seorang pembawa virus dan terkena orang lain melalui sentuhan, bersin, dan batuk.
Malaysia telah mengishtiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 kerana jumlah pesakit disahkan positif covid-19 dan jumlah ini semakin hari semakin meningkat. Melihat kepada situasi ini maka, pihak Kementerian Kesihatan telah memberi
arahan siapsiagan pada seluruh hospital di Malaysia bagi membenteras wabak yang
semakin merebak.
Pada mulanya, apabila nama saya telah di pilih
untuk menjaga pesakit covid - 19, perasaan saya bercampur baur. Ada perasaan takut, gementar dan ketika itu kalau boleh saya ingin mengelak dan rela menjaga pesakit yang biasa. Namun pada masa itu saya berdoa kepada Tuhan agar memberikan saya kekuatan dan perlindungan sepanjang bertugas. Saya juga berdoa memohon kesembuhan kepada pesakit-pesakit yang akan
masuk dalam wad Covid-19 nanti. Di sini saya menerima tugasan dan cabaran
yang di berikan kepada saya kerana percaya Tuhan itu ada untuk saya dan
atas dasar tanggungjawab saya kepada komuniti.
Antara cabaran-cabaran yang saya telah lalui
sepanjang bertugas di dalam wad Covid
-19 ialah semasa proses rhesusitasi pesakit
dengan memakai full PPE (personal protection equipment), di mana doktor perlu
melaksanakan proses intubasi bagi membantu pesakit itu bernafas mengunakan
mesin ventilator, procedure ini di lakukan di dalam bilik khas isolation, dan hanya satu staf jururawat serta dua doktor sahaja yang akan masuk di dalam bilik tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan lebih staf terdedah kepada virus tersebut. Keadaan ini sangat
mencabar bagi saya kerana situasi yang sangat berbeza dengan keadaan di wad biasa. Sekiranya ada pesakit rhesus di wad biasa, ramai staf dan doktor lain akan membantu
dalam proses rhesusitasi.
Pemakaian penuh PPE menjadikan segala pergerakkan
terbatas dan melambatkan sesuatu
prosedure, seperti memasang cannulation
kepada pesakit yang memerlukan fluid rhesus, di mana kami akan memakai tiga lapis
set glove tidak seperti sebelum Covid - 19, kami hanya pakai satu lapis set glove sahaja. Ini sangat menyukarkan kami untuk melaksanakan rawatan yang di perlukan
oleh pesakit. Selain daripada itu, memakai PPE dalam masa yang lama dan aktif
management akan menyebabkan staf itu sendiri akan rasa panas, sesak nafas,
gelisah, dan pitam, dan dalam masa yang
sama akan menganggu konsentrasi staf dan doktor dalam sepanjang proses
menyelamatkan nyawa pesakit.
Perkara yang menyentuh hati saya sebagai jururawat ialah ketulusan hati
pesakit itu sendiri. Mereka tidak putus-putus berterima kasih dan mendoakan
kami agar kami sentiasa sihat dan tabah dalam menjalankan tugas yang di
berikan. Bayangkan perasaan pesakit yang risau, stres dan gelisah apabila
mengetahui virus itu ada dalam badan mereka, tetapi mereka masih memikirkan
tentang kesihatan orang lain dan mendoakan mereka. Selain daripada itu,
team work dan keprihatinan di kalangan staf yang sangat mantap di masa musim
wabak covid-19 sangat memberi semangat dan kekuatan.
Setelah hampir dua bulan bertugas dalam wad Covid-19, sekarang ini saya boleh
katakan saya bersyukur kerana di berikan peluang dan terpanggil untuk menjaga
pesakit covid-19, kerana banyak perkara yang terjadi, mengajar dan mengubah saya
menjadi insan yang lebih baik dari hari 'kelmarin'. Bukan itu sahaja malah saya lebih percaya bahawa Tuhan itu
sentiasa ada, menjaga dan melindungi kita semua, dan harapan saya agar kita
semua teguh bersama-sama membenteras dan bebas dari wabak covid-19.
Jemputan Tuhan datang dalam pelbagai cara, melalui seseorang atau pun
secara lansung kepada kita sendiri. Bagi saya, Tuhan telah memanggil saya untuk
lebih teguh dalam iman, doa dan percaya kepada-Nya. Ini adalah kerana apabila kita berdoa dengan penuh keimanan,
percaya dengan iman kita, maka kita akan percaya bahawa tidak ada yang mustahil bagi Tuhan.
Ingin saya kongsikan cerita ini kepada kamu. Saya menerima satu pesakit yang muda
dan bed ridden suda beberapa bulan. Pesakit ini adalah dari Kota Kinabalu dan telah dihantar ke
Hospital Beluran untuk meneruskan rawatan dan nursing care beliau di hospital
tersebut. Tidak lama sejak penghantaran itu, kami mendapat berita bahawa pemandu dan staf jururawat yang menghantar pesakit tersebut adalah positif Covid-19, risiko pesakit ini
untuk mendapat virus tersebut adalah sangat tinggi berbanding orang yang biasa,
kerana tahap ketahanan antibodi beliau adalah rendah. Risiko untuk mendapatkan
jangkitan paru-paru juga sangat tinggi.
Pada masa itu simptom yang di
tunjukkan ialah kadar oksigen dan tissue beliau adalah rendah,
keadaan ini sangat merisaukan kami kerana menjangkakan bahawa virus Covid-19 kini mula menyerang bahagian paru-paru beliau. Pada masa itu
saya menjaga pesakit secara berseorangan, saya ambil kesempatan untuk berdoa dan
menopang tangan saya agar dia di berikan kesihatan dan kesembuhan. Satu minggu kemudian rakan-rakan memberitahu saya bahawa pesakit itu telah discaj daripada wad
dan dipindahkan ke wad biasa kerana keputusan untuk Covid -19 adalah negatif.
Apa
yang menjadi perbualan rakan-rakan saya ialah Tuhan memberikan dia perlindungan
dan ia adalah suatu keajaiban bagi mereka. Ini adalah kerana dengan keadaan dia pada masa itu yang terdedah, memang amat berisiko tinggi untuk mendapatkan jangkitan tersebut. Kejadian ini memberikan saya peneguhan untuk lebih percaya dan berdoa kepada
Tuhan, kerana Tuhanlah yang menjadikannya segala sesuatu mustahil bagi-Nya.
No comments:
Post a Comment