"Sebab ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan; ketika Aku haus,
kamu memberi Aku minum; ketika Aku seorang asing, kamu memberi Aku tumpangan;
... Dan Raja itu akan menjawab mereka: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya
segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudara-Ku yang
paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku."
(Matius 25, Ayat 35 dan 40)
SANDAKAN: Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), misi bantuan kemanusiaan
fasa 1 telah dilaksanakan dengan jayanya hasil dari usahasama
antara Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP) Katedral St. Mary, Sandakan
dan Sandakan Rotary Club (NGO) pada 24 April 2020 lalu. 45 buah keluarga dalam
kesusahan telah dibantu dengan bekalan makanan asas.
Namun selepas itu, tim pelaksana menerima laporan dan mendapati bahawa
ada lagi keluarga-keluarga yang belum menerima bantuan dari mana-mana pihak.
Maka oleh demikian, misi bantuan fasa ke 2 dilaksanakan. Tambahan pula, PKP
telah dilanjutkan ke Fasa 4 iaitu pada 29 April sehingga 12 Mei 2020.
Tim Pelaksana telah mengenalpasti situasi dan keadaan, seterusnya
menetapkan bahawa terdapat 208 buah keluarga yang harus dibantu. Maka, tim
pelaksana telah memutuskan bahawa dengan jumlah dana yang ada, setiap keluarga
tersebut bakal menerima 10kg besar dan 1 kotak telur. Beberapa keluarga yang
mempunyai anak-anak yang berumur 1 bulan sehingga 3 tahun juga diberi bekalan
satu pek susu formula bayi dan ada juga menerima bekalan tambahan iaitu serbuk
kopi dan gula. Bantuan kemanusiaan yang disalurkan ini adalah terhad,
bergantung kepada dana semasa yang ada dan berdasarkan maklumat yang telah
diterima atau diberikan kepada tim pelaksana lebih awal. Bantuan diberikan
tanpa mengira agama, bangsa dan status kewarganegaraannya kerana semua orang
adalah karya indah dan disayangi Tuhan.
Tim Pelaksana kali ini dibahagikan kepada 5 kumpulan dan penghantaran
bantuan dilakukan di kawasan yang berlainan iaitu, Tim Pertama: Seminarian
Edward Yahan dan Sdra. Amado Degullacion - kawasan Kombo, Jambatan 20, Sim Sim
dan kawasan bekas Maktab Perguruan Sandakan (Bandar Sandakan hingga Batu 1
1/2), Tim Kedua: Sdri. Elizabeth De Guzman dan Sdri. Myrna Lyco - kawasan Batu
3, Tim Ketiga: Sdri. Mirasol Cordero, Sdra. Micheal Earnie dan Sdri.
Babylyn Baco - kawasan Sibuga hingga Taman Mawar (Batu 5), Tim Keempat: Sdri.
Anathasia Thomas, Romeo Francis Barintang dan Samuel Pilis Malim - kawasan Batu
7 hingga Batu 10 dan Tim Kelima: Sdri. Anna Teresa Peter Amandus, Sdri. Shirley
Joseph dan Rev. Fr. Christopher Ireneus (Pembantu Paderi Paroki Katedral St.
Mary, Sandakan) - kawasan Batu 12 hingga Batu 23.
Misi bantuan fasa 2 telah dilaksanakan pada 15 Mei 2020. Berikut
merupakan gambar-gambar semasa proses pengagihan bantuan dijalankan:
Paroki Katedral St. Mary, Sandakan bersyukur dan berbesar hati kerana
dapat menggunakan dana daripada Tabung Kebajikan Paroki untuk menampung
sebahagian besar dana misi bantuan kali kedua ini dan dapat membantu 208 buah
keluarga yang dalam kesusahan, amat terkesan oleh PKP. Tidak lupa juga kepada
Sandakan Rotary Club yang telah menyumbang sepenuhnya dana bagi bekalan bagi 58
keluarga yang memerlukan susu untuk bayi berumur 1 bulan sehingga 3 tahun.
Pihak Gereja Katolik di Paroki Katedral St. Mary, Sandakan dan Pejabat
Pastoral Keuskupan Sandakan juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima
kasih buat semua pihak lain yang telah menambah sumbangan bantuan serta mereka
yang terlibat secara langsung untuk menjayakan misi bantuan ini.
Ucapan terima kasih daripada salah
seorang penerima bantuan fasa 2
PKP Fasa 5 (kini Bersyarat sejak fasa 4) sedang berjalan di Negeri Sabah
setakat ini, dimulakan pada 13 Mei sehingga 9 Jun 2020. Sekiranya ada di
kalangan anda terbuka hati untuk menjadi penderma, silalah menghubungi Pejabat
Pastoral Keuskupan Sandakan di alamat emel: dospo1@gmail.com. Anda juga
boleh berhubung dengan Pejabat Paroki di mana anda berada sama ada di St.
Martin, Telupid, Our Lady of Fatima, Beluran, Katedral St. Mary, Sandakan, St.
Dominic, Lahad Datu, Holy Trinity, Tawau dan Misi Paitan. Sumbangan anda
pastilah amat bermakna dan Tuhan memberkati kebaikan dan kemurahan hati anda.
Pejabat Pastoral Keuskupan Sandakan juga menyeru kepada semua orang
terutamanya para umat Katolik di Keuskupan Sandakan untuk bersama-sama
memerangi penularan pandemik COVID-19 dengan mematuhi perintah yang telah
dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Vuvuta Digital
ReplyDeleteSundarban National Park
TAB Travel & Leisure
ReplyDeleteYuk Daftar & Main Di Situs Togel Terbesar Mbak4d
ReplyDeleteTogel TerpercayaTogel Jitu
Tersedia banyak game seperti :
- Sportbook
- Slot Game
- Casino
- Tembak Ikan
- Togel
- Dan masih banyak game lainnya
Memiliki Banyak Event Terbesar & Bonus Berlimpah Hanya Di Mbak4d
Sudah Support Dengan deposit E-Money & Bisa Deposit Via Pulsa
Min Deposit Rp 10.000
Min Tarik Dana Rp 30.000
Yuk Daftar Sekarang Juga dan Rasakan Seru nya Bermain Di Www, MbakAngka, Com
Untuk Info Lebih Lanjut Bisa Chat Costumer Service Di Live Online 24 Jam Setiap harinya atau bisa juga kontak di bawah untuk pendaftaran ya ^^
WhatsApp Resmi Mbak4D
WA : +855 719 806 15
Silahkan di Add Ya ^_^
Agar tidak melewatkan Info Menarik & Terupdate dari Mbak4D :)