Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 27, 2020

MENJADI DUTA - DUTA KECIL YESUS SEMASA PKP - Bahagian 1

TUHAN ITU SETIA, TUHAN ITU BAIK, TUHAN ITU BERSAMAKU, TUHAN ITU ADALAH UNTUK KU

KEUSKUPAN SANDAKAN - Dikala negara kita diselubungi dengan pandemik Covid - 19, pihak Kerajaan berusaha untuk memerangi virus yang dikatakan sebagai 'musuh yang tidak kelihatan' melalui peringatan yang berulang - ulang kepada rakyat Malaysia untuk terus mematuhi arahan - arahan yang dikeluarkan. Dengan pematuhan arahan - arahan ini maka, negara kita pada tarikh 21 Mei 2020 ini berada ditangga yang ke - 41 dunia dengan kadar kesembuhan sebanyak 81.41%. (Maklumat diambil dari CPRC KKM - 21 Mei 2020)

Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020 sebagai salah satu langkah mengurangkan penyebaran virus Covid - 19 dan arahan ini telah dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Ini merupakan satu pengorbanan yang harus dilakukan meskipun ada golongan - golongan tertentu yang akan terjejas ekoran dari PKP ini. Namun Tuhan itu baik. Dia tidak akan meninggalkan anak - anak kesayangan-Nya terbiar begitu sahaja. Tidak kira siapa, apa bangsa atau darjat, asal mereka seorang manusia , mereka adalah anak - anak yang dikasihi Tuhan. Dalam keadaaan ini, Tuhan menghantar orang-orang untuk membantu dan Dia telah menghantar ramai orang untuk 'turun padang' membantu dan berjuang bagi keselamatan kita semua. Meskipun ini akan membahayakan diri mereka sendiri.

Ikutilah perkongsian beberapa anak muda kita ketika berada dalam situasi pandemik Covid - 19 ini. Inilah kisah mereka.


Hello gais! Nama saya Valentine tapi orang biasa panggil Ojoe saja. Saya berasal dari Telupid dan berkacukan Dusun Labuk + Dusun Liwan (Ranau dan Tambunan).

Saya menyediakan perkhidmatan Charter/Runner dan sudah melakukannya hampir setahun. Sebelum ini saya aktif dengan memberikan perkhidmatan sebagai seorang pengacara/juruacara Majlis sekitar Sabah namun terpaksa dihentikan seketika disebabkan oleh pandemik ini. Saya mula melakukan khidmat runner kerana amat memerlukan pendapatan lebih sebab ada komitmen besar yang perlu saya perlu tanggung.

Di Telupid ini mula-mula dulu saya yang start guna nama Runner. Ada juga individu lain tapi mereka cuma charter for person sahaja. Saya melakukan khidmat ini dengan membuat iklan "Perkhidmatan Charter dan Ambil/Hantar Barang". Lepas tu baru saya perkenalkan kepada kawan-kawan lain untuk buat juga begini, dan tidak lama selepas itu ada lagi muncul runner lain. Mungkin ada juga yang lebih dulu buat, tapi saya tidak tahu. Selain itu saya juga buat perkhidmatan "Grocery Shopping" atau dalam kata lain, menolong orang beli barang dapur atau keperluan harian. Itu antara fungsi - fungsi seorang runner. Selalunya collect parcel atau post parcel di mana - mana logistik (pejabat pos, ABX, Gdex, dan lain-lain).

Masa PKP diumumkan rasa cuak jugalah. Sebab tahun ini kira ramai sudah yang booking date untuk hire saya jadi emcee majlis kahwin mereka. Ada yang dari Lahad Datu, Sandakan, Tawau, Ranau, Kota Kinablu, Telupid dan beberapa tempat lagi. Terus saya bingung dan sedih, sebab pendapatan tiada. Berfikir juga mau buat runner atau tidak? Bolehkah ber-runner sekarang? Tengok SOP dan SJR yang ketat masa tu, saya segera minta nasihat dari kawan Polis dan petugas - petugas frontliners di PKOB Daerah. Syukur, kerana dibenarkan juga. Mulai masa itu saya mula buka iklan runner semasa PKP.

Perasaan takut, memang takut. Apa lagi bila nampak masih ramai orang tidak peka dan buat endah tak endah pasal isu COVID-19 ini. Keluar - masuk kereta tidak pakai mask dan sanitizer. Tapi saya teruskan juga, lawan perasan sebab saya tidak ada pendapatan lain, saya perlu buat untuk saya cari makan dan tanggung keperluan harian. Saya tidak tinggal sama family, saya tinggal sendiri dan sewa tempat tinggal sendiri. Kalau saya tidak buat apa-apa, saya mau makan apa? Itu ja yang saya fikir dan dalam masa yang sama saya boleh tolong encourage orang lain untuk "stay safe, stay at home". Tidak payah keluar rumah, sebab runner kan ada.

Bagi saya yang paling mencabar adalah sikap orang sekeliling. Banyak yang masih tidak patuh dengan arahan pihak yang berkawal untuk menjaga Daerah. Seram tengkuk kadang - kadang melihat masih ada yang relax pulang kampung jalan ramai-ramai. Bila ada kes kena tangkap baru mahu diam. Ada juga beberapa customer yang marah, sebab pesanan mereka lambat sampai walaupun sudah beberapa kali saya jelaskan, sebab masa itu PKP masih ketat. Barang akan lewat sampai. Kos duit jadi runner ini pun ada, biarpun minyak turun mendadak tapi masa PKP demand untuk runner sangat tinggi. Jadi hampir tiap minggu perlu beli mask dan sanitizer. Kadang- kadang dapat murah, kadang-kadang, aduh, harga 3 kali ganda. Tapi terpaksa, sebab sangat perlu. Cabaran lain, of course tenaga. Setiap hari start jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang, non-stop bergerak ambil dan hantar barang serta beli barang. Saya tidak pernah terlepas untuk tolong orang beli barang dapur. Ini pun cabaran juga. Bayangkan kalau senarai barang penuh satu lembar, lepas itu ada spesifik brand apa dia mahu, jenis macam mana dia mau. Kalau yangg boleh tolerate okay sikit, tapi kalau memang jenis teguh pada pendirian, nah pusing satu pekan cari sampai jumpa barang dia.

Masa PKP ini, ada badan-badan NGO dan individu-individu yang bermurah hati menyalurkan bantuan untuk keluarga-keluarga yang putus pendapatan, tidak dapat kerja dan tiada sumber pendapatan yang lain. Jadi mereka suruh saya cari keluarga yang memerlukan. Selalunya mereka yang akan siasat dan suruh saya beli barang-barang keperluan keluarga - keluarga yang memerlukan. 

First family saya hantar bantuan, honestly hampir-hampir saya pecah air mata depan mereka. Bayangkan ah, anak-anak kecil tepuk - tepuk tangan nampak saya bawa plastik beg besar dari kereta. Lepas memberi bantuan itu dan cakap sikit - sikit, saya jalan masuk kereta. Sempat saya jenguk sekejap di rumah tu, astaga... melompat girang yang teeerrrrrrlampau gembira mereka nampak itu makanan. Itu anak pegang tin sardin macam dia pegang harta yang paling berharga sama dia. Ramai orang mengeluh susah masa PKP tapi masih mampu makan ayam goreng siap post-post di media sosial. Ada yang dapat bantuan dari kerajaan tapi komplen sana sini viral sebab dapat beras 5kg sahaja. Tapi banyak keluarga yang lebih daif, lebih susah tapi sangat-sangat bersyukur dapat sedikit makanan untuk tolong mereka carry on for the next few days.

Saya amat bersyukur untuk segala pengalaman yang saya dapat masa PKP dan pendapatan juga. Walaupun risau dan takut, tapi bagi saya ada hikmah dalam ini isu COVID-19. Hanya perlu buka mata dan buka hati untuk belajar, sambil berjaga-jaga dan bersyukur yang masih ada orang diluar sana yang perlukan kita dan kita perlukan mereka. Banyak orang juga yang peka sama kita seperti apabila saya keluar menjalankan khidmat runner:

"Eh bro kenapa tidak pakai mask, pakai. Bahaya nanti kalau kau kena."

"Kamu saja harapan ini masa PKP, nah ambillah ini sanitizer, saya ada lebih. Sanitizer kau saya tengok macam mau habis sdh tu"

Dan banyak lagilah yang saya bersyukur. Syukur juga ada lebih sikit income masa PKP ni. Bulilah simpan sikit untuk tambah simpanan buat hari besar saya (Perkahwinan), Amen. 

Harapan saya agar kita semua, dapat sama-sama berdoa dan tidak pernah putus harapan untuk lawan keadaan sekarang. It's a challenging time, teringat satu joke dari seorang kawan, "Kita hanya mampu merancang tapi Covid yang menentukan." Haha... Joke aside, saya yakin kita semua mampu putuskan rangkaian ini dan terus kuat untuk survive for the next, next year, new era, new norm and new life. In the name of the Father, Son and the Holy Spirit. Amen.

Apakah jemputan Tuhan bagi kamu sebagai runner, as a human being dalam situation ini?
Honestly, saya tidak tahu macam mana mau jawab ni. Tapi kalau saya mahu cakap jujur, Tuhan bagi saya rahmat untuk bagi inspirasi sama orang lain. Sebab bila saya start buat runner dulu, banyak yang bertanya, macam mana buat runner? Macam mana mau letak caj (harga)? Dimana mahu ambil ini, beli itu beli ini?  Sekarang, ada beberapa sudah ikut cara saya untuk berusaha survive dalam masa - masa mencabar ini. Sy tidak melihat mereka ini sebagai saingan, tapi sebagai kawan yang bergerak bersama-sama. Rezeki masing-masing atau rezeki ditangan orang, selagi berusaha, hard work dan ada determination, rezeki sentiasa ada. Saya rasa Tuhan panggil saya untuk bantu orang lain dan kasih tunjuk yang walaupun ujian yang Dia bagi ini berat, tapi Tuhan tidak pernah lupa sama saya, sama kita. Tuhan seolah-olah sentuh itu hati, supaya ada rasa rindu mahu melayani. Supaya ada kasih, untuk bagi suntikan sama semangat untuk embrace Dia dan memang betul, ada rasa rindu. Kadang - kadaang sampai jatuh air mata kerana kerinduan yang sangat besar. All I do, all I have, all of it because Him. Amen.

===============================================================


Shallom, saya Susan Petrus dan berasal dari Tambunan tapi sekarang bekerja di daerah Sandakan. Saya bekerja di salah satu farmasi di Sandakan selama 1 tahun 5 bulan sebagai seorang staf.

Sejak PKP diumumkan pada 18 Mac 2020, semua orang diminta untuk duduk di rumah. Namun saya tetap menjalankan tugas sebagai staf. Sebenarnya saya sangat takut untuk turun kerja sepanjang PKP ini. Saya tidak menyangka apa yang saya lihat di kaca television, terutama sekali keadaan di negara China, terjadi di negara Malaysia. Namun apa yang membuatkan saya untuk terus bertugas adalah yang pertama sudah semestinya untuk menjalankan kewajipan saya sebagai staf, yang kedua adalah untuk membantu rakan sekerja saya. Sebab sejujurnya kami kekurangan staf. Tipulah sekiranya saya cakap tidak takut dengan keadaan ini. Lebih-lebih lagi bila ditugaskan di bahagian depan pintu untuk periksa suhu pelanggan sebelum masuk farmasi. Tapi sebagai staf saya tetap dan harus menjalankan tanggungjawab saya.

Apa yang paling mencabar bagi saya masa itu adalah masa untuk pergi dan balik kerja. Saya terpaksa request perkhidmatan GRAB. GRAB adalah salah satu pengangkutan awam yang boleh digunakan semasa PKP. Saya tidak tahu berapa orang yang sudah menaiki kereta tersebut dalam satu hari, dan saya tidak tahu sama ada orang itu sihat atau tidak sihat. Sebab seperti yang sudah sedia maklum yang virus Covid - 19 ini boleh melekat di mana-mana sahaja. Cabaran yang kedua semasa ditugaskan untuk periksa suhu badan pelanggan adalah apabila mesin pemeriksaan suhu bermasalah, menyebabkan keadaan lambat sehingga ada pelanggan yang marah.  

Perkara yang paling menyentuh hati saya masa bertugas apabila ada pelanggan yang berumur lingkungan 70-an ke atas datang untuk membeli face mask. pelanggan ini tidak dibenarkan masuk hospital kerana tidak ada face mask, namun kebetulan pada masa itu pihak farmasi kehabisan stok.  Keadaan ini telah membuat senior staf saya secara tidak kelihatan memberikan dia face mask yang sepatutnya disediakan untuk staf. Saya sangat bersyukur sebab dapat bertugas semasa PKP ini dan dapat membantu orang awam yang memerlukan dan saya berharap sangat supaya keadaan seperti ini tidak akan berulang dan semoga semua cepat kembali seperti asal supaya kita semua boleh hidup seperti sedia kala.

Ini adalah pengalaman pertama saya dan saya tidak akan melupakannya. Saya sangat bersyukur sebab dapat bertugas semasa PKP ini, bukan semua orang dapat laluinya, saya juga merasa yang ini adalah satu panggilan dari Tuhan untuk saya bertugas semasa PKP ini, kerana saya dapat membantu rakan-rakan seiman terutama sekali untuk mendapatkan face mask dan hand sanitizer, sebab semua tahu yang face mask dan hand sanitizer sangat  susah diperolehi terutama sekali masa PKP fasa pertama dan kedua, jadi asal ada stok face mask dan per sampai saya cepat-cepat simpan stok untuk mereka yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent