Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 30, 2020

MENJADI DUTA - DUTA KECIL YESUS SEMASA PKP - Bahagian 4

TUHAN ITU SETIA, TUHAN ITU BAIK, TUHAN ITU BERSAMAKU, TUHAN ITU ADALAH UNTUK KU


Salam damai dan terima kasih atas jemputan untuk memberi perkongsian di ruangan ini. Nama saya Airene A. Gumanas @ Anne (Nama Sakramen Penguatan). Tempat lahir di Sandakan. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan di Telupid dan melanjutkan pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan di Sandakan. Setelah tamat Tingkatan 5, saya melanjutkan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta dalam jurusan Sains Komputer dan Perniagaan. Tahun ini merupakan tahun yang ke 10 bertugas di Paroki Katedral St. Mary, Sandakan.

Sejak PKP diannounce pada 18 Mac, semua orang diminta duduk dirumah. Namun, Ko tetap menjalankan tugasan sebagai staf. Apa yang membuat Ko untuk meneruskan tugasan sebagai staf? Ko tidak takut dengan keadaan pada masa itu?

Kalau boleh, saya mahu ‘stay’ di rumah sahaja #stayathome #staysafe. Namun, ada tugasan dan pelayanan yang perlu saya jalankan. Berbekal dengan doa, harapan dan fikiran positif, saya kuatkan hati dan semangat, percaya Tuhan Yesus menyertai dan melindungi saya dari segala bahaya terutama sekali ‘musuh yang tidak kelihatan’ ini. Saya berdoa Rosari, memohon bantuan doa daripada Bonda Maria agar Bonda Maria menyertai, melindungi dan mendoakan saya serta orang-orang di sekitar saya.

Apa yang paling mencabar bagi Ko?

Perkara paling mencabar bagi saya ialah ketika sumber makanan berkurangan dan harus keluar untuk membeli barang-barang keperluan. Setelah sebulan menjalani PKP, perasaan ketika keluar dari rumah, perasaan takut yang mencurah-curah. Seolah-olah ‘the unseen enemy’ itu ada di kiri dan kanan, depan dan belakang saya. Sebelum keluar dari rumah, saya berdoa agar pergi dan kembali dengan selamat. Perasaan seperti pergi berperang. Ketika tiba di ‘supermarket’, saya menjalani proses seperti yang saya lihat di media elektronik. Saya seperti tidak percaya bahawa saya melalui semua itu. Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Saya juga takut tidak dibenarkan masuk untuk mendapatkan bekalan keperluan, takut-takut sahaja kalau suhu badan melebihi dari paras normal. Doa, doa dan doa, itulah yang saya bawa setiap saat.

Apa yang paling menyentuh hati Ko semasa menjalankan staff semasa PKP?

Sepanjang tempoh PKP/PKPB, Rumah Ibadat pada ketika ini ditutup bagi umat awam. Oleh itu, tidak ada Misa Kudus mahupun aktiviti kerohanian dijalankan. Perasaan ketika mengikuti ‘Online Broadcast Mass’ buat pertama kali, sangat berbeza sekali jika dibandingkan dengan menghadiri Misa Kudus seperti sebelum PKP. Rindu mahu hadir ke Gereja dan menerima Tubuh Kristus. Suatu pengalaman dan perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Terdahulu, Paderi Paroki memaklumkan dengan saya bahawa saya dikehendaki untuk bersedia untuk ‘handle’ hal-hal teknikal ‘Online Broadcast Mass’ untuk ‘Easter Triduum’. Sesuatu yang baharu bagi saya. Hati saya berdebar dan risau, ‘Bolehkah saya lakukan ini?' Oleh sebab PKP, pergerakan yang amat terhad dan peralatan yang diperlukan tidak lengkap, saya merasa keseorangan pada masa itu dan sedikit ‘overwhelmed’. Setelah lama tidak mempraktikkan apa yang dipelajari, saya bermula dari ‘0’. Walaupun ‘struggle’, saya bersyukur dan menghargai pengalaman ini. Saya berdoa dan berharap, dengan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, saya dapat menjalankan tugasan ini dengan baik. Saya amat bersyukur dan berterima kepada DIA kerana berkat dan rahmatNya, beberapa orang rakan saya, dekat dan jauh, banyak membantu dalam membuat ‘setup’ sehinggalah ‘Online Broadcast Mass’ dapat dijalankan. ‘May God bless each and everyone of you abundantly.’ Setelah itu, satu lagi 'mission impossible' saya terima iaitu ‘Listen Live’ Internet Radio Rohani Paroki; juga bermula dari '0'. Proses penyediaan memakan masa hampir seminggu. Hampir 'give up', namun atas dorongan dan kata-kata semangat daripada sahabat handai, semuanya dapat diatasi dengan baik.

Saya merasa lega kerana dapat menyudahkan kedua-dua ‘mission impossible’ ini. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan juga ‘rooms for improvement’. Pepatah mengatakan 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.' ‘It is never too late to learn something new’.

Saya juga merasa bersyukur kerana adanya Gereja yang mengambil berat akan umat sejagat; ‘regardless of’ agama, bangsa dan negara. Melalui ‘Parish Human Development Ministry’/Pelayanan Pembangunan Insan Paroki dan pihak NGO, saya amat tersentuh dengan rakan-rakan sepelayanan yang berusaha untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Dalam perkara ini, saya mempelajari sesuatu; pelayanan seperti ini amat baik, namun harus mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Gereja dan pihak Penguatkuasa Tempatan agar penyelarasan misi bantuan dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Saya berdoa untuk semua rakan sepelayanan agar mereka diberikan perlindungan semasa membuat misi. Begitu juga dengan mereka-mereka yang ‘dilayani’ (‘I have come to serve, not to be served’ - Matthew 20:28).

Apa yang Ko syukuri Dan harapan Ko? 

Saya rasa bersyukur atas segala apa yang saya ada pada saat ini. Walaupun berjauhan dengan ahli keluarga, dapat berhubung melalui panggilan telefon mahupun ‘video call’ serta pesanan teks melalui aplikasi ‘Whatsapp’, cukup untuk mengubati perasaan rindu dengan mereka. Semoga doa dan harapan saya dikabulkan oleh Tuhan Yesus terutama sekali di masa pandemik ini, semua ahli keluarga saya sihat dan diberkati selalu. Begitu juga dengan rakan-rakan sekerja dan sepelayanan - ahli-ahli Tim DYA dan PYA dan juga semua belia di Paroki. Saya amat merindui suasana pelayanan sebelum pandemik. Keadaan masa kini tidak lagi sama seperti dahulu. Begitu juga dengan pelayanan. Dengan norma baharu ini, marilah kita gunakan kecanggihan alat komunikasi/media sosial yang ada dengan baik demi kemuliaanNya dan mengamalkan SOP yang disaran oleh pihak berkuasa untuk kebaikan diri dan juga orang lain. Saya juga berdoa agar para Saintis dapat menemukan vaksin dan kehidupan kembali seperti biasa.

Apakah jemputan Tuhan untuk Ko sebagai staf, as a human being dalam situation ini?

‘I am the servant of the Lord. May it be done to me according to your word’ - Luke 1:38.

MENJADI DUTA - DUTA KECIL YESUS SEMASA PKP - Bahagian 3


TUHAN ITU SETIA, TUHAN ITU BAIK, TUHAN ITU BERSAMAKU, TUHAN ITU ADALAH UNTUK KU


Shalom, nama saya Daphney Vitalis berasal dari Ranau. Saya bertugas sebagai seorang jururawat sejak 2010 dan telah bertugas di kesihatan sektor swasta pada 2010 sehingga 2013 dan kemudiannya bertugas di Hospital Duchess of Kent Sandakan dari 2013 sehingga kini.

Sebagai seorang jururawat, adalah tanggungjawab saya untuk bekerja, berjuang dan memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh lapisan masyarakat. Namun, sebagai seorang manusia biasa yang juga mempunyai ibu bapa, adik dan keluarga terdekat, perasaan risau dan takut itu tetap ada. Tipulah kalau saya tidak takut dengan situasi kita yang bahaya sekarang. Kami lagi banyak terdedah kepada virus ini dan risiko untuk mendapat jangkitan Covid-19 sangat tinggi. Melihat ramai frontliner yang terkena jangkitan sehinggakan ada anggota kesihatan yang meninggal dunia akibat jangkitan virus ini, membuatkan saya bertambah takut dan tertanya bagaimana sekiranya saya sendiri terkena dengan penyakit ini. Andai saya diberikan pilihan, saya rela untuk duduk diam dirumah saja daripada mempertaruhkan nyawa saya sendiri tapi, saya gagahkan juga diri supaya kuat menggalas tanggungjawab sebagai seorang jururawat.

Perkara yang paling mencabar apabila saya dipilih untuk menyertai tim Covid-19 dalam jabatan saya. Perasaan risau, takut, tertekan, serba salah, beban kerja, tanggungjawab semuanya bercampur baur. Virus ini sesuatu yang baharu yang kita semua tidak pernah hadapi. Ada banyak persoalan yang timbul di fikiran. Tetapi, saya kena sentiasa peka dan tidak boleh cuai. Kena sentiasa bersiap sedia 24/7 dan kuatkan mental dan fizikal. 

Ada banyak perkara yang menyentuh hati saya yang bertugas di barisan hadapan semasa PKP. Antaranya, di tempat kerja, semangat kerja berpasukan yang tinggi walaupun ada antara rakan- rakan yang terpaksa meninggalkan anak dan suami dirumah, ada yang sedang mengandung malah ada yang kurang sihat tapi tetap datang bekerja. Pesakit di wad Covid-19 yang tidak kenal antara satu sama lain, menjadi 'keluarga' sementara di kuarantin. Mereka berdoa, makan bersama-sama dan masih mampu tersenyum walaupun berada di wad. 

Saya sangat bersyukur kerana keluarga dan sahabat - sahabat semua sentiasa mendoakan keselamatan dan kesihatan saya sebagai seorang yang bertugas sebahagian dari frontliner. Saya juga bersyukur kerana keluarga, rakan-rakan seiman dan juga rakan-rakan sekerja sentiasa dilindungi. Paling penting, saya lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang saya terima setiap hari. Saya amat berharapan, agar virus Covid-19 ini cepat ditemukan penawarnya, dapat diatasi dengan segera, semoga seluruh rakyat Malaysia dapat bersatu hati dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.  

Walaupun saya berasa takut dan gentar untuk menghadapi keadaan global sekarang namun saya tahu Tuhan itu sentiasa ada bersama saya di setiap waktu. Dialah yang sentiasa menguatkan saya untuk terus bersemangat bekerja dan membimbing saya walaupun ada masanya saya berasa 'down'. Menjadi seorang jururawat bukanlah satu pekerjaan yang mudah dan remeh tapi syukur, Yesus berkata “So do not fear, for I am with you; do not be dismayed, for I am your God. I will strengthen you and help you; I will uphold you with my righteous right hand.”Isaiah 41:10 Inilah yang sentiasa menguatkan saya dalam melakukan jemputan-Nya sebagai seorang jururawat dan juga sebagai manusia biasa.

===============================================================


Shalom, Saya Rozaliana, berasal dari penampang dan telah berkhidmat dalam bidang kejururawatan selama 7 tahun. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi pengalaman saya sebagai seorang jururawat yang di tugaskan untuk menjaga pesakit Covid-19. 

Sebelum memulakan perkongsian, saya ingin berkongsi sedikit informasi tentang Covid-19 atau di kenali sebagai Novel Coronavirus. Seperti yang kita ketahui Novel Coronavirus ini ada salah satu virus yang telah merebak ke seluruh dunia dan telah meragut ribuan nyawa manusia. Agen perpindahan virus ini adalah melalui titisan air dan cara penyebaran virus ini berlaku melalui seorang pembawa virus dan terkena orang lain melalui sentuhan, bersin, dan batuk.

Malaysia telah mengishtiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 kerana jumlah pesakit disahkan positif covid-19 dan jumlah ini semakin hari semakin meningkat. Melihat kepada situasi ini maka, pihak Kementerian Kesihatan telah memberi arahan siapsiagan pada seluruh hospital di Malaysia bagi membenteras wabak yang semakin merebak. 

Pada mulanya, apabila nama saya telah di pilih untuk menjaga pesakit covid - 19, perasaan saya bercampur baur. Ada perasaan takut, gementar dan ketika itu kalau boleh saya ingin mengelak dan rela menjaga pesakit yang biasa. Namun pada masa itu saya berdoa kepada Tuhan agar memberikan saya kekuatan dan perlindungan sepanjang bertugas. Saya juga berdoa memohon kesembuhan kepada pesakit-pesakit yang akan masuk dalam wad Covid-19 nanti. Di sini saya menerima tugasan dan cabaran yang di berikan kepada saya kerana percaya Tuhan itu ada untuk saya dan atas dasar tanggungjawab saya kepada komuniti.

Antara cabaran-cabaran yang saya telah lalui sepanjang bertugas di dalam wad Covid 
-19 ialah semasa proses rhesusitasi pesakit dengan memakai full PPE (personal protection equipment), di mana doktor perlu melaksanakan proses intubasi bagi membantu pesakit itu bernafas mengunakan mesin ventilator, procedure ini di lakukan di dalam bilik khas isolation, dan hanya satu staf jururawat serta dua doktor sahaja yang akan masuk di dalam bilik tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan lebih staf terdedah kepada virus tersebut. Keadaan ini sangat mencabar bagi saya kerana situasi yang sangat berbeza dengan keadaan di wad biasa. Sekiranya ada pesakit rhesus di wad biasa, ramai staf dan doktor lain akan membantu dalam proses rhesusitasi. 

Pemakaian penuh PPE menjadikan segala pergerakkan terbatas dan melambatkan sesuatu prosedure, seperti memasang cannulation kepada pesakit yang memerlukan fluid rhesus, di mana kami akan memakai tiga lapis set glove tidak seperti sebelum Covid - 19, kami hanya pakai satu lapis set glove sahaja. Ini sangat menyukarkan kami untuk melaksanakan rawatan yang di perlukan oleh pesakit. Selain daripada itu, memakai PPE dalam masa yang lama dan aktif management akan menyebabkan staf itu sendiri akan rasa panas, sesak nafas, gelisah, dan pitam, dan dalam  masa yang sama akan menganggu konsentrasi staf dan doktor dalam sepanjang proses menyelamatkan nyawa pesakit.

Perkara yang menyentuh hati saya sebagai jururawat ialah ketulusan hati pesakit itu sendiri. Mereka tidak putus-putus berterima kasih dan mendoakan kami agar kami sentiasa sihat dan tabah dalam menjalankan tugas yang di berikan. Bayangkan perasaan pesakit yang risau, stres dan gelisah apabila mengetahui virus itu ada dalam badan mereka, tetapi mereka masih memikirkan tentang kesihatan orang lain dan mendoakan mereka. Selain daripada itu, team work dan keprihatinan di kalangan staf yang sangat mantap di masa musim wabak covid-19 sangat memberi semangat dan kekuatan.

Setelah hampir dua bulan bertugas dalam wad Covid-19, sekarang ini saya boleh katakan saya bersyukur kerana di berikan peluang dan terpanggil untuk menjaga pesakit covid-19, kerana banyak perkara yang terjadi, mengajar dan mengubah saya menjadi insan yang lebih baik dari hari 'kelmarin'. Bukan itu sahaja malah saya lebih percaya bahawa Tuhan itu sentiasa ada, menjaga dan melindungi kita semua, dan harapan saya agar kita semua teguh bersama-sama membenteras dan bebas dari wabak covid-19.

Jemputan Tuhan datang dalam pelbagai cara, melalui seseorang atau pun secara lansung kepada kita sendiri. Bagi saya, Tuhan telah memanggil saya untuk lebih teguh dalam iman, doa dan percaya kepada-Nya. Ini adalah kerana apabila kita berdoa dengan penuh keimanan, percaya dengan iman kita, maka kita akan percaya bahawa tidak ada yang mustahil bagi Tuhan. 

Ingin saya kongsikan cerita ini kepada kamu. Saya menerima satu pesakit yang muda dan bed ridden suda beberapa bulan. Pesakit ini adalah dari Kota Kinabalu dan telah dihantar ke Hospital Beluran untuk meneruskan rawatan dan nursing care beliau di hospital tersebut. Tidak lama sejak penghantaran itu, kami mendapat berita bahawa pemandu dan staf jururawat yang menghantar pesakit tersebut adalah positif Covid-19, risiko pesakit ini untuk mendapat virus tersebut adalah sangat tinggi berbanding orang yang biasa, kerana tahap ketahanan antibodi beliau adalah rendah. Risiko untuk mendapatkan jangkitan paru-paru juga sangat tinggi. 

Pada masa itu simptom yang di tunjukkan ialah kadar oksigen dan tissue beliau adalah rendah, keadaan ini sangat merisaukan kami kerana menjangkakan bahawa virus Covid-19 kini mula menyerang bahagian paru-paru beliau. Pada masa itu saya menjaga pesakit secara berseorangan, saya ambil kesempatan untuk berdoa dan menopang tangan saya agar dia di berikan kesihatan dan kesembuhan. Satu minggu kemudian rakan-rakan memberitahu saya bahawa pesakit itu telah discaj daripada wad dan dipindahkan ke wad biasa kerana keputusan untuk Covid -19 adalah negatif. 

Apa yang menjadi perbualan rakan-rakan saya ialah Tuhan memberikan dia perlindungan dan ia adalah suatu keajaiban bagi mereka. Ini adalah kerana dengan keadaan dia pada masa itu yang terdedah, memang amat berisiko tinggi untuk mendapatkan jangkitan tersebut. Kejadian ini memberikan saya peneguhan untuk lebih percaya dan berdoa kepada Tuhan, kerana Tuhanlah yang menjadikannya segala sesuatu mustahil bagi-Nya.

Wednesday, May 27, 2020

MENJADI DUTA - DUTA KECIL YESUS SEMASA PKP - Bahagian 2

TUHAN ITU SETIA, TUHAN ITU BAIK, TUHAN ITU BERSAMAKU, TUHAN ITU ADALAH UNTUK KU


Nama saya Chelsea Anselmus Bungkak dan berasal dara Kg. Notoruss, Penampang. Saya sudah berkhidmat 6 tahun sebagai seorang jururawat. Saya juga seorang ibu dan mempunyai seorang anak berusia 1 tahun lebih.

Sejak PKP diumumkan pada 18 Mac 2020 yang lalu, semua orang diminta duduk di rumah. Namun, selain diwajibkan hadir bertugas oleh pihak Kementerian Kesihatan, saya tetap menjalankan tugasan sebagai seorang jururawat sebab mahu membantu pesakit yang  memerlukan rawatan dalam situasi pandemik ini. Perasaan takut itu memang ada. Tetapi, itu merupakan salah satu cabaran yangg perlu dihadapi oleh saya apabila bergelar seorang  jururawat.

Perkara yang paling mencabar bagi saya semasa bertugas semasa PKP adalah apabila tiba masa untuk merawat pesakit. Hal ini kerana,  meskipun saya sudah memakai alat perlindungan diri yang lengkap semasa merawat pesakit, risiko untnk mendapat jangkitan Covid-19 itu tetap ada.

Perkara yang paling menyentuh bagi saya di sepanjang PKP ini, adalah mengenai seorang  pesakit yang tinggal jauh yang sanggup berjalan kaki dari rumah ke pusat rawatan sebab tiada kenderaan untuk dinaiki bagi mendapatkan rawatan di pusat rawatan. Selain itu ada jaga pesakit yang kehilangan punca pendapatan dan terpaksa meminjam wang dari orang lain semata - mata ingin mendapatkan rawatan di pusat rawatan. Mereka sanggup datang mendapatkan rawatan walaupun amat terkesan disebabkan musim PKP ini.

Sehingga ke hari ini, perkara yang saya amat bersyukur adalah diberikan kesihatan yang baik untuk memberi rawatan kepada pesakit dan balik ke rumah untuk bertemu dengan keluarga selepas pulang dari kerja.

Saya sungguh - sungguh berharap agar rantaian penyakit Covid-19 ini dapat diputuskan dan ubat/vaksin Covid-19 dapat dicipta tidak lama lagi untuk menyembuhkan penyakit ini.

Ada kalanya bekerja sebagai jururawat sungguh memenatkan apatah lagi semasa musim pandemik ini. Tetapi, itulah panggilan Tuhan dalam hidup saya. Dia mahu saya membantu pesakit dengan cara memberi rawatan kepada mereka, di samping saling mendoakan yang terbaik utk mereka terutama bagi mereka yang sedang melawan penyakit ini.

===============================================================




Nama saya Clement Simeon Linus dan berasal dari Sandakan, Sabah. Saya kini berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama setahun di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Sebagai seorang jururawat, sudah semestinya tugas saya adalah untuk membantu mereka yang memerlukan. Pertama sekali, perasaan takut memang ada terutama berhadapan dengan pesakit positif Covid-19, tetapi saya percaya dengan mengikuti SOP yang betul, semua akan berjalan lancar.

Perkara yang paling mencabar bagi saya adalah apabila saya diarahkan untuk menjaga pesakit Covid-19 selama satu bulan. Di sini saya perlukan kekuatan mental dan fizikal. Saya perlu memakai full Personal Protection Equipment (PPE)  selama 3 sehingga 4 jam dan membuat saya rasa kepanasan. Selain itu ada juga segelintir pesakit yang degil tidak ‘self quarantine’ sehingga menyebabkan pertambahan bilangan pesakit masuk ke wad.



Meskipun banyak perkara yang mencabar namun saya tidak lupa akan perkara yang paling menyentuh hati saya iaitu apabila ada pesakit memberi ucapan terima kasih sebagai tanda memahami dan menghargai kerja yang dilakukan. Saya sangat gembira melihat pesakit yang berjaya sembuh dan discaj untuk kembali ke rumah masing-masing. Saya juga terharu melihat rakan sekerja saya yang bertungkus lumus dalam meneruskan tugas dan ada yang tidak dapat bersama dengan keluarga demi tanggungjawab di Hospital.

Saya sungguh bersyukur atas berkat doa-doa dan sokongan dari ibu-bapa, keluarga, dan kawan-kawan saya. Tidak lupa juga kepada Tuhan yang sentiasa memberi perlindungan setiap masa dan memberikan saya tenaga untuk meneruskan tugas. Harapan saya agar semua orang mendapat kesihatan yang baik dan memberi kerjasama agar wabak Covid-19 ini dapat dipulih sepenuhnya.


Panggilan utama Tuhan bagi saya adalah LOVE (Cinta Kasih) dalam pelayanan melalui pekerjaan saya, Tuhan menggunakan saya untuk menyebarkan kasih kepada sesama terutama sekali dalam menjaga dan merawat mereka yang sakit.



MENJADI DUTA - DUTA KECIL YESUS SEMASA PKP - Bahagian 1

TUHAN ITU SETIA, TUHAN ITU BAIK, TUHAN ITU BERSAMAKU, TUHAN ITU ADALAH UNTUK KU

KEUSKUPAN SANDAKAN - Dikala negara kita diselubungi dengan pandemik Covid - 19, pihak Kerajaan berusaha untuk memerangi virus yang dikatakan sebagai 'musuh yang tidak kelihatan' melalui peringatan yang berulang - ulang kepada rakyat Malaysia untuk terus mematuhi arahan - arahan yang dikeluarkan. Dengan pematuhan arahan - arahan ini maka, negara kita pada tarikh 21 Mei 2020 ini berada ditangga yang ke - 41 dunia dengan kadar kesembuhan sebanyak 81.41%. (Maklumat diambil dari CPRC KKM - 21 Mei 2020)

Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020 sebagai salah satu langkah mengurangkan penyebaran virus Covid - 19 dan arahan ini telah dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Ini merupakan satu pengorbanan yang harus dilakukan meskipun ada golongan - golongan tertentu yang akan terjejas ekoran dari PKP ini. Namun Tuhan itu baik. Dia tidak akan meninggalkan anak - anak kesayangan-Nya terbiar begitu sahaja. Tidak kira siapa, apa bangsa atau darjat, asal mereka seorang manusia , mereka adalah anak - anak yang dikasihi Tuhan. Dalam keadaaan ini, Tuhan menghantar orang-orang untuk membantu dan Dia telah menghantar ramai orang untuk 'turun padang' membantu dan berjuang bagi keselamatan kita semua. Meskipun ini akan membahayakan diri mereka sendiri.

Ikutilah perkongsian beberapa anak muda kita ketika berada dalam situasi pandemik Covid - 19 ini. Inilah kisah mereka.


Hello gais! Nama saya Valentine tapi orang biasa panggil Ojoe saja. Saya berasal dari Telupid dan berkacukan Dusun Labuk + Dusun Liwan (Ranau dan Tambunan).

Saya menyediakan perkhidmatan Charter/Runner dan sudah melakukannya hampir setahun. Sebelum ini saya aktif dengan memberikan perkhidmatan sebagai seorang pengacara/juruacara Majlis sekitar Sabah namun terpaksa dihentikan seketika disebabkan oleh pandemik ini. Saya mula melakukan khidmat runner kerana amat memerlukan pendapatan lebih sebab ada komitmen besar yang perlu saya perlu tanggung.

Di Telupid ini mula-mula dulu saya yang start guna nama Runner. Ada juga individu lain tapi mereka cuma charter for person sahaja. Saya melakukan khidmat ini dengan membuat iklan "Perkhidmatan Charter dan Ambil/Hantar Barang". Lepas tu baru saya perkenalkan kepada kawan-kawan lain untuk buat juga begini, dan tidak lama selepas itu ada lagi muncul runner lain. Mungkin ada juga yang lebih dulu buat, tapi saya tidak tahu. Selain itu saya juga buat perkhidmatan "Grocery Shopping" atau dalam kata lain, menolong orang beli barang dapur atau keperluan harian. Itu antara fungsi - fungsi seorang runner. Selalunya collect parcel atau post parcel di mana - mana logistik (pejabat pos, ABX, Gdex, dan lain-lain).

Masa PKP diumumkan rasa cuak jugalah. Sebab tahun ini kira ramai sudah yang booking date untuk hire saya jadi emcee majlis kahwin mereka. Ada yang dari Lahad Datu, Sandakan, Tawau, Ranau, Kota Kinablu, Telupid dan beberapa tempat lagi. Terus saya bingung dan sedih, sebab pendapatan tiada. Berfikir juga mau buat runner atau tidak? Bolehkah ber-runner sekarang? Tengok SOP dan SJR yang ketat masa tu, saya segera minta nasihat dari kawan Polis dan petugas - petugas frontliners di PKOB Daerah. Syukur, kerana dibenarkan juga. Mulai masa itu saya mula buka iklan runner semasa PKP.

Perasaan takut, memang takut. Apa lagi bila nampak masih ramai orang tidak peka dan buat endah tak endah pasal isu COVID-19 ini. Keluar - masuk kereta tidak pakai mask dan sanitizer. Tapi saya teruskan juga, lawan perasan sebab saya tidak ada pendapatan lain, saya perlu buat untuk saya cari makan dan tanggung keperluan harian. Saya tidak tinggal sama family, saya tinggal sendiri dan sewa tempat tinggal sendiri. Kalau saya tidak buat apa-apa, saya mau makan apa? Itu ja yang saya fikir dan dalam masa yang sama saya boleh tolong encourage orang lain untuk "stay safe, stay at home". Tidak payah keluar rumah, sebab runner kan ada.

Bagi saya yang paling mencabar adalah sikap orang sekeliling. Banyak yang masih tidak patuh dengan arahan pihak yang berkawal untuk menjaga Daerah. Seram tengkuk kadang - kadang melihat masih ada yang relax pulang kampung jalan ramai-ramai. Bila ada kes kena tangkap baru mahu diam. Ada juga beberapa customer yang marah, sebab pesanan mereka lambat sampai walaupun sudah beberapa kali saya jelaskan, sebab masa itu PKP masih ketat. Barang akan lewat sampai. Kos duit jadi runner ini pun ada, biarpun minyak turun mendadak tapi masa PKP demand untuk runner sangat tinggi. Jadi hampir tiap minggu perlu beli mask dan sanitizer. Kadang- kadang dapat murah, kadang-kadang, aduh, harga 3 kali ganda. Tapi terpaksa, sebab sangat perlu. Cabaran lain, of course tenaga. Setiap hari start jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang, non-stop bergerak ambil dan hantar barang serta beli barang. Saya tidak pernah terlepas untuk tolong orang beli barang dapur. Ini pun cabaran juga. Bayangkan kalau senarai barang penuh satu lembar, lepas itu ada spesifik brand apa dia mahu, jenis macam mana dia mau. Kalau yangg boleh tolerate okay sikit, tapi kalau memang jenis teguh pada pendirian, nah pusing satu pekan cari sampai jumpa barang dia.

Masa PKP ini, ada badan-badan NGO dan individu-individu yang bermurah hati menyalurkan bantuan untuk keluarga-keluarga yang putus pendapatan, tidak dapat kerja dan tiada sumber pendapatan yang lain. Jadi mereka suruh saya cari keluarga yang memerlukan. Selalunya mereka yang akan siasat dan suruh saya beli barang-barang keperluan keluarga - keluarga yang memerlukan. 

First family saya hantar bantuan, honestly hampir-hampir saya pecah air mata depan mereka. Bayangkan ah, anak-anak kecil tepuk - tepuk tangan nampak saya bawa plastik beg besar dari kereta. Lepas memberi bantuan itu dan cakap sikit - sikit, saya jalan masuk kereta. Sempat saya jenguk sekejap di rumah tu, astaga... melompat girang yang teeerrrrrrlampau gembira mereka nampak itu makanan. Itu anak pegang tin sardin macam dia pegang harta yang paling berharga sama dia. Ramai orang mengeluh susah masa PKP tapi masih mampu makan ayam goreng siap post-post di media sosial. Ada yang dapat bantuan dari kerajaan tapi komplen sana sini viral sebab dapat beras 5kg sahaja. Tapi banyak keluarga yang lebih daif, lebih susah tapi sangat-sangat bersyukur dapat sedikit makanan untuk tolong mereka carry on for the next few days.

Saya amat bersyukur untuk segala pengalaman yang saya dapat masa PKP dan pendapatan juga. Walaupun risau dan takut, tapi bagi saya ada hikmah dalam ini isu COVID-19. Hanya perlu buka mata dan buka hati untuk belajar, sambil berjaga-jaga dan bersyukur yang masih ada orang diluar sana yang perlukan kita dan kita perlukan mereka. Banyak orang juga yang peka sama kita seperti apabila saya keluar menjalankan khidmat runner:

"Eh bro kenapa tidak pakai mask, pakai. Bahaya nanti kalau kau kena."

"Kamu saja harapan ini masa PKP, nah ambillah ini sanitizer, saya ada lebih. Sanitizer kau saya tengok macam mau habis sdh tu"

Dan banyak lagilah yang saya bersyukur. Syukur juga ada lebih sikit income masa PKP ni. Bulilah simpan sikit untuk tambah simpanan buat hari besar saya (Perkahwinan), Amen. 

Harapan saya agar kita semua, dapat sama-sama berdoa dan tidak pernah putus harapan untuk lawan keadaan sekarang. It's a challenging time, teringat satu joke dari seorang kawan, "Kita hanya mampu merancang tapi Covid yang menentukan." Haha... Joke aside, saya yakin kita semua mampu putuskan rangkaian ini dan terus kuat untuk survive for the next, next year, new era, new norm and new life. In the name of the Father, Son and the Holy Spirit. Amen.

Apakah jemputan Tuhan bagi kamu sebagai runner, as a human being dalam situation ini?
Honestly, saya tidak tahu macam mana mau jawab ni. Tapi kalau saya mahu cakap jujur, Tuhan bagi saya rahmat untuk bagi inspirasi sama orang lain. Sebab bila saya start buat runner dulu, banyak yang bertanya, macam mana buat runner? Macam mana mau letak caj (harga)? Dimana mahu ambil ini, beli itu beli ini?  Sekarang, ada beberapa sudah ikut cara saya untuk berusaha survive dalam masa - masa mencabar ini. Sy tidak melihat mereka ini sebagai saingan, tapi sebagai kawan yang bergerak bersama-sama. Rezeki masing-masing atau rezeki ditangan orang, selagi berusaha, hard work dan ada determination, rezeki sentiasa ada. Saya rasa Tuhan panggil saya untuk bantu orang lain dan kasih tunjuk yang walaupun ujian yang Dia bagi ini berat, tapi Tuhan tidak pernah lupa sama saya, sama kita. Tuhan seolah-olah sentuh itu hati, supaya ada rasa rindu mahu melayani. Supaya ada kasih, untuk bagi suntikan sama semangat untuk embrace Dia dan memang betul, ada rasa rindu. Kadang - kadaang sampai jatuh air mata kerana kerinduan yang sangat besar. All I do, all I have, all of it because Him. Amen.

===============================================================


Shallom, saya Susan Petrus dan berasal dari Tambunan tapi sekarang bekerja di daerah Sandakan. Saya bekerja di salah satu farmasi di Sandakan selama 1 tahun 5 bulan sebagai seorang staf.

Sejak PKP diumumkan pada 18 Mac 2020, semua orang diminta untuk duduk di rumah. Namun saya tetap menjalankan tugas sebagai staf. Sebenarnya saya sangat takut untuk turun kerja sepanjang PKP ini. Saya tidak menyangka apa yang saya lihat di kaca television, terutama sekali keadaan di negara China, terjadi di negara Malaysia. Namun apa yang membuatkan saya untuk terus bertugas adalah yang pertama sudah semestinya untuk menjalankan kewajipan saya sebagai staf, yang kedua adalah untuk membantu rakan sekerja saya. Sebab sejujurnya kami kekurangan staf. Tipulah sekiranya saya cakap tidak takut dengan keadaan ini. Lebih-lebih lagi bila ditugaskan di bahagian depan pintu untuk periksa suhu pelanggan sebelum masuk farmasi. Tapi sebagai staf saya tetap dan harus menjalankan tanggungjawab saya.

Apa yang paling mencabar bagi saya masa itu adalah masa untuk pergi dan balik kerja. Saya terpaksa request perkhidmatan GRAB. GRAB adalah salah satu pengangkutan awam yang boleh digunakan semasa PKP. Saya tidak tahu berapa orang yang sudah menaiki kereta tersebut dalam satu hari, dan saya tidak tahu sama ada orang itu sihat atau tidak sihat. Sebab seperti yang sudah sedia maklum yang virus Covid - 19 ini boleh melekat di mana-mana sahaja. Cabaran yang kedua semasa ditugaskan untuk periksa suhu badan pelanggan adalah apabila mesin pemeriksaan suhu bermasalah, menyebabkan keadaan lambat sehingga ada pelanggan yang marah.  

Perkara yang paling menyentuh hati saya masa bertugas apabila ada pelanggan yang berumur lingkungan 70-an ke atas datang untuk membeli face mask. pelanggan ini tidak dibenarkan masuk hospital kerana tidak ada face mask, namun kebetulan pada masa itu pihak farmasi kehabisan stok.  Keadaan ini telah membuat senior staf saya secara tidak kelihatan memberikan dia face mask yang sepatutnya disediakan untuk staf. Saya sangat bersyukur sebab dapat bertugas semasa PKP ini dan dapat membantu orang awam yang memerlukan dan saya berharap sangat supaya keadaan seperti ini tidak akan berulang dan semoga semua cepat kembali seperti asal supaya kita semua boleh hidup seperti sedia kala.

Ini adalah pengalaman pertama saya dan saya tidak akan melupakannya. Saya sangat bersyukur sebab dapat bertugas semasa PKP ini, bukan semua orang dapat laluinya, saya juga merasa yang ini adalah satu panggilan dari Tuhan untuk saya bertugas semasa PKP ini, kerana saya dapat membantu rakan-rakan seiman terutama sekali untuk mendapatkan face mask dan hand sanitizer, sebab semua tahu yang face mask dan hand sanitizer sangat  susah diperolehi terutama sekali masa PKP fasa pertama dan kedua, jadi asal ada stok face mask dan per sampai saya cepat-cepat simpan stok untuk mereka yang memerlukan.

Friday, May 22, 2020

"KAMU TELAH MELAKUKANNYA UNTUK AKU" - YESUS


"Sebab ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan; ketika Aku haus, kamu memberi Aku minum; ketika Aku seorang asing, kamu memberi Aku tumpangan; ... Dan Raja itu akan menjawab mereka: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudara-Ku yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku."
(Matius 25, Ayat 35 dan 40) 

SANDAKAN: Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), misi bantuan kemanusiaan fasa 1 telah dilaksanakan dengan jayanya hasil dari usahasama antara Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP) Katedral St. Mary, Sandakan dan Sandakan Rotary Club (NGO) pada 24 April 2020 lalu. 45 buah keluarga dalam kesusahan telah dibantu dengan bekalan makanan asas.

Namun selepas itu, tim pelaksana menerima laporan dan mendapati bahawa ada lagi keluarga-keluarga yang belum menerima bantuan dari mana-mana pihak. Maka oleh demikian, misi bantuan fasa ke 2 dilaksanakan. Tambahan pula, PKP telah dilanjutkan ke Fasa 4 iaitu pada 29 April sehingga 12 Mei 2020.

Tim Pelaksana telah mengenalpasti situasi dan keadaan, seterusnya menetapkan bahawa terdapat 208 buah keluarga yang harus dibantu. Maka, tim pelaksana telah memutuskan bahawa dengan jumlah dana yang ada, setiap keluarga tersebut bakal menerima 10kg besar dan 1 kotak telur. Beberapa keluarga yang mempunyai anak-anak yang berumur 1 bulan sehingga 3 tahun juga diberi bekalan satu pek susu formula bayi dan ada juga menerima bekalan tambahan iaitu serbuk kopi dan gula. Bantuan kemanusiaan yang disalurkan ini adalah terhad, bergantung kepada dana semasa yang ada dan berdasarkan maklumat yang telah diterima atau diberikan kepada tim pelaksana lebih awal. Bantuan diberikan tanpa mengira agama, bangsa dan status kewarganegaraannya kerana semua orang adalah karya indah dan disayangi Tuhan.

Tim Pelaksana kali ini dibahagikan kepada 5 kumpulan dan penghantaran bantuan dilakukan di kawasan yang berlainan iaitu, Tim Pertama: Seminarian Edward Yahan dan Sdra. Amado Degullacion - kawasan Kombo, Jambatan 20, Sim Sim dan kawasan bekas Maktab Perguruan Sandakan (Bandar Sandakan hingga Batu 1 1/2), Tim Kedua: Sdri. Elizabeth De Guzman dan Sdri. Myrna Lyco - kawasan Batu 3,  Tim Ketiga: Sdri. Mirasol Cordero, Sdra. Micheal Earnie dan Sdri. Babylyn Baco - kawasan Sibuga hingga Taman Mawar (Batu 5), Tim Keempat: Sdri. Anathasia Thomas, Romeo Francis Barintang dan Samuel Pilis Malim - kawasan Batu 7 hingga Batu 10 dan Tim Kelima: Sdri. Anna Teresa Peter Amandus, Sdri. Shirley Joseph dan Rev. Fr. Christopher Ireneus (Pembantu Paderi Paroki Katedral St. Mary, Sandakan) - kawasan Batu 12 hingga Batu 23. 

Misi bantuan fasa 2 telah dilaksanakan pada 15 Mei 2020. Berikut merupakan gambar-gambar semasa proses pengagihan bantuan dijalankan:











Paroki Katedral St. Mary, Sandakan bersyukur dan berbesar hati kerana dapat menggunakan dana daripada Tabung Kebajikan Paroki untuk  menampung sebahagian besar dana misi bantuan kali kedua ini dan dapat membantu 208 buah keluarga yang dalam kesusahan, amat terkesan oleh PKP. Tidak lupa juga kepada Sandakan Rotary Club yang telah menyumbang sepenuhnya dana bagi bekalan bagi 58 keluarga yang memerlukan susu untuk bayi berumur 1 bulan sehingga 3 tahun.

Pihak Gereja Katolik di Paroki Katedral St. Mary, Sandakan dan Pejabat Pastoral Keuskupan Sandakan juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat semua pihak lain yang telah menambah sumbangan bantuan serta mereka yang terlibat secara langsung untuk menjayakan misi bantuan ini.
Ucapan terima kasih daripada salah seorang penerima bantuan fasa 2

PKP Fasa 5 (kini Bersyarat sejak fasa 4) sedang berjalan di Negeri Sabah setakat ini, dimulakan pada 13 Mei sehingga 9 Jun 2020. Sekiranya ada di kalangan anda terbuka hati untuk menjadi penderma, silalah menghubungi Pejabat Pastoral Keuskupan Sandakan di alamat emel: dospo1@gmail.com. Anda juga boleh berhubung dengan Pejabat Paroki di mana anda berada sama ada di St. Martin, Telupid, Our Lady of Fatima, Beluran, Katedral St. Mary, Sandakan, St. Dominic, Lahad Datu, Holy Trinity, Tawau dan Misi Paitan. Sumbangan anda pastilah amat bermakna dan Tuhan memberkati kebaikan dan kemurahan hati anda.

Pejabat Pastoral Keuskupan Sandakan juga menyeru kepada semua orang terutamanya para umat Katolik di Keuskupan Sandakan untuk bersama-sama memerangi penularan pandemik COVID-19 dengan mematuhi perintah yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

THERE IS ALWAYS A WAY OUT ...

The Diocesan Youth Apostolate (DYA) First Google Meeting 
SANDAKAN - The Covid-19 pandemic has really affected our normal lives and ways of living.  We need to strictly adhere to all the important instructions of the Malaysian government, especially on ‘social distancing’.  

Until and unless a vaccine is found, social distancing prevails.  In view of this, all youth programs that had been planned for 2020 will be postponed until further notice.  It is shocking but we need to adapt to the new situation immediately.

All these while, we have been so used to meetings with the young people without being worried when we hugged and have conversations with one another.

But this time around, none of these activities will be happening.  So the question is, how should we continue to do pastoral among our young people and conduct faith formation programs when social distancing is required.

To address this issue, members of the DYA came together and meet via online using a Google Meet application for the very first time.  It was a bit weird but at the same time we were excited to experience a new style for meeting. 

During the meeting, everyone shared their experiences during the MCO.  There is no doubt that it was challenging but everyone agreed that to overcome the changes as a result of Covid-19, instructions from the authorities are needed to be followed.  The members also discussed ways to reach the young people during the MCO. 

Currently, all communication are done online and most of the members are not used to doing this. However, the situation is such that they are encouraged to learn and to explore ‘how to do it’.  One of the members also shared on the Youth Commission in other Dioceses and how they reached out to the young people via online.  The online discussion was fruitful.

The meeting also decided to do a live stream Taize prayer, whilst at the same time adhering to all SOPs.

The meeting adjourned at 10.00pm with a closing prayer by Fr. Dafrinn Diwol.

Closing prayer led by Rev. Fr. Dafrin Diwol, DYA Spiritual Advisor

...in all the dark or painful situations that we mentioned, there is a way outFor example, it is true that the digital world can expose you to the risk of self-absorption, isolation and empty pleasure. But don’t forget that there are young people even there who show creativity and even genius. 
- Christus Vivit, 104 -

Thursday, May 21, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN (PKP): APA KATA BELIA - BAHAGIAN 3


PAROKI HOLY TRINITY, TAWAU

MARYCIA LISA GONDUNGAN

Secara jujurnya, perasaan saya bercampur - baur. Pada awalnya perasaan panik, risau dan sedih tidak dapat dielakkan apabila negara kita mulai diserang oleh wabak Covid - 19 ini. Namun atas berkat doa kepada Tuhan dan kepercayaan kepada Tuhan bahwa Dia akan selalu bersama - sama umat-Nya terutama sekali pada saat - saat genting ini, maka perasaan panik dan risau itu berkurangan.

Perkara yang paling mencabar adalah berjauhan dengan keluarga dan tidak dapat bercuti untuk balik menziarahi mereka. Tetapi saya amat bersyukur, walaupun saya tidak dapat berjumpa dengan mereka, Tuhan sentiasa melindungi kami semua dan dijauhi daripada wabak ini. Salah satu cabaran besar bagi umat Katolik adalah tidak dapat menghadiri misa hari minggu. Tetapi saya bersyukur kepada Tuhan, kerana masih boleh berdoa di rumah bersama kawan-kawan melalui misa ‘online’ yang diadakan di setiap paroki.

Apa yang saya pelajari dari situasi ini adalah saya haruslah sentiasa bersyukur atas semua yang telah diberikan kepada saya. Walaupun pada situasi ini, Tuhan masih lagi menyayangi dan melindungi saya supaya jauh dari serangan wabak Covid-19 ini. Kadangkala saya harus berkorban sesuatu, misalnya mengorbankan keinginan berjumpa keluarga, kerana takut menjadi punca penyebaran penyakit Covid-19.

Saya amat bersyukur kerana masih sihat dan masih lagi boleh menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Apabila PKP dimulakan, ada kekangan pergerakan keluar rumah dan sebagainya. Tetapi semua itu adalah untuk kebaikan semua penduduk Malaysia. Harapan saya agar wabak Covid-19 ini berkurangan di Malaysia mahupun di seluruh dunia, dan semoga semakin ramai yang akan sembuh dari penyakit Covid-19 ini.


AGATHA ALEXANDER

Shalom, saya Agatha Alexander dari Paroki St Holy Trinity Tawau. Saya ingin mengongsikan pengalaman saya sepanjang PKP ini, dan terlebih dahulu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan sepelayanan saya atas kesempatan ini.

Pertama sekali berasa takut dan sedih di mana banyak nyawa terkorban ekoran daripada Covid-19 ini. Saya takut sekiranya terdapat ahli keluarga terdekat menghidap penyakit ini. Selain itu, cabaran yang paling mencabar dalam hidup apabila berada dalam situasi ini adalah susahnya untuk melayani Tuhan disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan ini. Saya terkadang lupa tentang hari-hari penting terutamanya hari Ahad kerana leka dengan hiburan media sosial dan televisyen sehinggakan saya sering terlupa untuk berdoa walaupun untuk seketika.

Namun begitu, Iman Katolik saya tetap diperteguhkan dengan adanya sahabat seperjuangan kerana mereka selalu mengirimkan doa-doa setiap harian melalui group whatsapp gereja kami. Berkenaan Sunday Mass, mereka selalu membantu dalam mengirimkan pautan (link) untuk kami bersama-sama berdoa.

Apa yang dapat saya belajar dari situasi ini adalah saya sendiri dapat belajar untuk lebih peka tentang keadaan sekeliling terutamanya kebersihan dan keselamatan. Saya juga lebih patuh berkaitan peraturan sepanjang Covid19 ini.

Sepanjang PKP ini, saya rasa sangat bersyukur kerana dapat meluangkan masa dengan keluarga terutamanya adik-beradik yang bersekolah jauh dari rumah dan menetap di asrama. Mereka hanya balik ke rumah dalam dua minggu sekali dan ini merupakan waktu terpanjang mereka berada di rumah. Saya juga bersyukur kerana tiada ahli keluarga yang terkena dengan virus Covid-19 ini.

Memandangkan PKP dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020, harapan saya adalah semoga keadaan bertambah pulih sekaligus mencapai penurunan 100% dan kita akhirnya bebas dari Covid-19 ini.

Semoga Tuhan memberkati kita semua, Amen.


ADELIA NONA FRANSISCUS

Shalom dan salam sejahtera, saya Adelia Nona Fransiscus dari Paroki Holy Trinity Tawau ingin berkongsi pengalaman yang saya lalui sepanjang PKP dilaksanakan di negara kita.

Sepanjang PKP berlangsung saya merasa sangat sedih kerana banyak hal yang saya terpaksa tangguhkan disebabkan oleh wabak Covid-19 ini. Namun begitu saya juga merasa sangat-sangat bersyukur kerana dapat berkumpul bersama-sama anggota keluarga. Dengan ini hubungan saya dan keluarga menjadi bertambah erat.

Namun demikian, banyak cabaran yang terpaksa saya lalui, saya terpaksa menjaga jarak dengan ahli keluarga saya, namun begitu ini bukanlah halangan saya untuk selalu berinteraksi dengan anggota keluarga saya.

Meskipun PKP dilaksanakan oleh pihak kerajaan, tidak bermakna iman saya juga harus terbatas. Cara saya menghidupi iman katolik saya adalah dengan berdoa, membaca alkitab dan membuat renungan bersama ahli keluarga. Setiap hujung minggu, saya dan keluarga akan mengikuti misa secara online. Dengan ini iman saya dan keluarga akan semakin bertumbuh dalam Kristus.

Dengan adanya wabak Covid-19 ini banyak hal yang saya dapat pelajari secara peribadi, iaitu sikap saling memberi dan berkongsi antara satu sama lain. Selain itu, saya juga dapat belajar akan pentingnya menyimpan wang, merancang perbelanjaan dan tidak mengamalkan sikap membazir.

Sangatlah jelas bahwa kesihatan yang saya dan keluarga miliki pada saat ini adalah hal yang patut saya syukuri. Walaupun segalanya terbatas, tidaklah membuat saya untuk selalu mengeluh dalam hidup sebaliknya mahu selalu bersyukur dan mau menikmati kebersamaan ini.

Harapan saya, semoga wabak Covid-19 ini segera berakhir agar saya dan keluarga dapat menjalankan kehidupan seperti biasa. Saya juga berharap dengan kerjasama kita semua untuk selalu mahu mematuhi PKPB yang dilaksanakan pada hari ini demi kesejahteraan bersama pada masa mendatang.



DEBIT LEBA

Situasi ini membuat saya rasa sedih, gembira dan rindu. Perkara yang paling mencabar saya adalah masalah kewangan dalam keluarga, terbatas pergerakkan dan sering merasa risau.

Puji Tuhan Sepanjang PKP ini rutin harian saya berubah. Saya dapat membaca pembacaan harian dengan teratur dan berdoa bersama keluarga dalam Misa online 

Perkara yang saya telah belajar dari keadaan ini adalah saya perlu sentiasa bersiap sedia denagn sebarang kemungkinan yang berlaku, dan perlu sentiasa kuat dalam doa. Sehingga ke hari ini saya sangat bersyukur kerana diberi kesihatan keluarga yang baik. Akhir sekali, saya berharap disepanjang PKP ini, saya akan berjimat cermat, sentiasa kuat dalam doa dan menjaga keselmatan diri.


JULIME ESGUERRA
Pada mula saya sangat risau kerana tidak bekerja dan tanpa gaji. Namun saya tetap bersyukur sebab diarahkan untuk duduk rumah. Seumpama mendapat cuti yang panjang. Ketika berada dalam situasi PKP ini, perkara yang paling mencabar adalah timbul rasa malas dalam diri, tidak ada kesedaran akan kebaikan duduk rumah dan mulai timbulnya penghakiman. 

Namun demikian adalah juga kebaikannya, saya kini rajin berdoa Rosari, mengikuti Misa secara online di rumah bersama keluarga meskipun ada kesukaraan untuk melayani keluarga sendiri. Apa pun saya belajar untuk bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada, belajar untuk merendahkan diri dan belajar menghargai diri sendiri sebelum melayani orang lain.

Saya juga bersyukur kerana diberikan masa yang panjang untuk berehat serta kesihatan yang baik, mempunyai tempat yang selesa untuk berteduh dari hujan panas dan makanan dan minuman serba berkecukupan serta berpeluang untuk berkumpul bersama keluarga di dalam satu rumah setiap hari.

Saya berharap kesedaran itu ada dalam setiap peribadi semua pihak. Janganlah pentingkan diri kerana selepas ini cara hidup kita tidak akan sama seperti sebelum ini. Selau beringat untuk mengawasi jarak, kerap menjaga kebersihan dan elakkan untuk berada di tempat-tempat ramai orang demi kebaikan diri dan orang-orang disekeliling kita. Selain itu saya juga berharap agar kita dapat mengunakan masa yangg ada semasa PKP sebaik-baiknya dan mencuba untuk belajar sesuatu yang baru serta skill yang baru.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent