Clly Gulimit / Bertram Lansing
TELUPID - Pada 13 Februari yang lalu, Yang Mulia Bapa Uskup Datuk
Julius Dusin Gitom telah mengadakan lawatan pastoral ke St. Fidelis, Kg.
Kiabau. Setibanya di sana, Bapa Uskup telah meluangkan masa bersama belia dan
umat yang lain dalam aktiviti santai seperti memukat ikan dan memasang pancing.
Keesokannya, program diteruskan dengan perayaan Misa Kudus di Chapel St.
Fidelis pada pukul 2 petang. Turut bersama merayakan Misa Kudus ialah Rev. Fr.
Daffrin Diwol, pembantu paderi paroki St. Martin, Telupid dan Rev. Fr.
Christopher Ireneus, pembantu paderi Katedral St. Mary, Sandakan. Bapa Uskup
dalam homilinya menyatakan bahawa umat di St. Fidelis telah menunjukkan tanda
sokongan mereka dalam mendukung Visi dan Misi Keuskupan dan berharap agar mereka
sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya dalam usaha merealisasikan Visi dan Misi ini.
Upacara Misa Kudus yang diselebrankan oleh Bapa Uskup.
Pemberkatan plak Visi dan Misi serta doa Keuskupan.
Selesai Misa Kudus, umat
berkumpul di luar pintu masuk untuk upacara pemberkatan plak Visi dan Misi
serta doa keuskupan yang disempurnakan oleh Bapa Uskup sendiri. Selepas saja
upacara pemberkatan, umat bersama-sama membacakan Visi, Misi dan doa Keuskupan dengan penuh semangat yang dipimpin oleh En. Didacius Ireneus selaku Pengerusi
KUK St. Fidelis, Kiabau.
Upacara perasmian sempena penambahan bangunan baharu di dewan mini St. Fidelis disempurnakan oleh Bapa Uskup
Selepas itu, umat berkumpul pula di perkarangan dewan
mini St. Fidelis bagi upacara perasmian sempena penambahan bangunan (atap) di
bahagian hadapan dewan mini dan sekitar rumah rehat paderi. Kemudian, umat
berkumpul di dewan mini bersama Bapa Uskup dan para paderi untuk acara makan
bersama bagi meraikan kesyukuran tahun baharu 2020. Selain acara makan bersama,
pelbagai persembahan pentas turut disediakan sebagai pengisian program.
Acara pemotongan kek kesyukuran dan 'lechon' sempena kesyukuran tahun baharu 2020
Persembahan daripada kanak-kanak PMG
If you're trying to lose kilograms then you certainly need to try this totally brand new custom keto meal plan.
ReplyDeleteTo produce this keto diet, licensed nutritionists, fitness trainers, and chefs joined together to develop keto meal plans that are efficient, convenient, money-efficient, and delicious.
From their grand opening in 2019, hundreds of individuals have already completely transformed their figure and well-being with the benefits a great keto meal plan can offer.
Speaking of benefits; in this link, you'll discover 8 scientifically-tested ones offered by the keto meal plan.