Sandakan - Pada 9 Februari 2020 ahli tim Kerasulan Belia Katolik St Mark dan St
Peter (KBK-SMSP) sekali lagi telah menganjurkan aktiviti belia iaitu Hari Komuniti St. Mark
fasa ke-3, yang diadakan di Gereja St Mark, batu 12, Sandakan. Tema bagi Hari Komuniti ini adalah “Komuniti Berpusatkan Kristus, melayani Sesama Dengan
Kasih”, seiring dengan Visi Keuskupan Sandakan.
Hari Komuniti St. Mark ini dianjurkan bagi pencarian dana menuju Sabah
Youth Day 5 dan bagi keperluan dalam
tim pelayanan KBK-SMSP. Program ini juga bertujuan untuk memberi makluman kepada
umat berkenaan program yang dijalankan sesuai dengan perbincangan yang
dipersetujui ramai dalam organisasi Kerasulan Belia Katolik St. Mark dan St.Peter.
Hari
Komuniti Fasa ke-3 ini juga bertujuan menghimpunkan komuniti - komuniti yang lain di Gereja
St. Mark agar dapat mengenali antara sesama. Antara aktiviti - aktiviti yang dijalankan adalah seperti Mini Fun Fair, permainan, cabutan tiket bertuah, pertandingan
karaoke kanak-kanak bawah 12 tahun, karaoke terbuka, jualan makanan dan minuman dari pelbagai gerai serta booth promosi pendaftaran SYD5 dan Kursus ALPHA.
No comments:
Post a Comment