Tim Dokumentasi,
Komiti Pelaksana Kursus Alpha 2020
SANDAKAN: Jutaan orang telah mencuba Alpha di 169 negara, dan telah diterjemahkan ke 112 bahasa. Dikembangkan sebagai kursus singkat di Holy Trinity Brompton di London, pada tahun 1990 Nicky Gumbel mengambil alih program Alpha dan menemukan bahawa ramai orang di luar gereja ingin mengeksplorasi iman Kristian. Alpha kini berjalan di setiap bahagian dari Gereja secara global, termasuk Gereja Katolik Roma, Gereja Ortodoks dan semua denominasi Protestan yang utama.
(Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman sesawang: https://malaysia.alpha.org/ )
Komiti Pelaksana Kursus Alpha 2020
SANDAKAN: Jutaan orang telah mencuba Alpha di 169 negara, dan telah diterjemahkan ke 112 bahasa. Dikembangkan sebagai kursus singkat di Holy Trinity Brompton di London, pada tahun 1990 Nicky Gumbel mengambil alih program Alpha dan menemukan bahawa ramai orang di luar gereja ingin mengeksplorasi iman Kristian. Alpha kini berjalan di setiap bahagian dari Gereja secara global, termasuk Gereja Katolik Roma, Gereja Ortodoks dan semua denominasi Protestan yang utama.
(Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman sesawang: https://malaysia.alpha.org/ )
Alpha adalah alat penginjilan yang direka untuk menjemput keluarga, kawan dan rakan sekerja ke dalam perbualan jujur dan terbuka mengenai kehidupan, keimanan dan Tuhan. Di Malaysia, Alpha dijalankan di gereja, kedai kopi, kelompok sel, rumah panjang dan di merata tempat. Tetamu yang datang akan mendapat inspirasi dan perlengkapan untuk mengongsikan berita baik Yesus menggunakan Alpha.
Kursus Alpha di Paroki Katedral St. Mary, Sandakan telah dijalankan oleh The Forerunners Ministry (TFM) di bawah pelayanan kateketikal, kali terakhir ialah pada tahun 2015. Kini, kursus tersebut diaktifkan semula!
Kursus Alpha 2020 oleh The Forerunners Ministry dimulakan dengan satu Sesi Pengenalan bertemakan, 'Iman, Pengharapan dan Kasih - Korintus 13:13' pada 15hb Februari 2020, jam 7.30 malam bertempat di Dewan Penyembahan Keuskupan Sandakan. Sesi tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 40 orang termasuk pihak pelaksana. Ada yang pertama kali menyertai kursus ini dan turut sama hadir untuk memberi sokongan dan suntikan semangat adalah Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, Uskup bagi Keuskupan Sandakan, Diakon Stephen Esguerra dan Seminarian Edward Yahan.
Bapa Uskup Julius dalam ucapannya berkata, "Kursus ini merupakan satu program meningkatkan iman berteraskan firman Tuhan. Apa yang paling
penting adalah komitmen untuk menyertai setiap sesi sehingga ke penghujung Kursus Alpha. Kalaupun tidak ada sijil, apa yang diperolehi amat berguna untuk sepanjang hidup, bukan setakat dapat berkenalan sesama, tetapi pada masa akan datang boleh pula menjalankannya untuk mengajak teman-teman lain. Kursus ini telah dimulakan oleh Gereja Anglikan, tetapi
berkesan untuk semua orang."
Selepas makan malam bersama, sesi pujian dan penyembahan dijalankan. Kemudian, Saudari Caroline Tai selaku Penasihat Komiti TFM dan sebagai pengasas TFM telah memperkenalkan serba sedikit mengenai latar belakang kewujudan TFM dan secara ringkas, apa itu Kursus Alpha.
Sesi seterusnya adalah perkongsian daripada Saudari Caroline Tai, Clare Tivit selaku Bendahari Komiti TFM dan Alice Aban iaitu Timbalan Penyelaras Komiti TFM. Mereka mengongsikan tentang penyertaan mereka masing-masing dalam Kursus Alpha sejak awal sehingga kini. Semua perkongsian mereka adalah menyentuh perubahan terhadap peribadi dan kehidupan sendiri; apa yang telah membuat mereka semakin mendekati Tuhan setelah terlibat secara aktif dalam Kursus Alpha sebelum ini.Sepanjang sesi juga ada beberapa tayangan video diselitkan seperti:
a. Introduction - Alpha in a Catholic Context (Perkongsian daripada Gereja Katolik mengenai Kursus Alpha dalam Konteks Katolik)
b. Is There More to Life Than This? (Pengenalan Kursus Alpha)
c. Sesi Hujung Minggu Roh Kudus yang lalu di Paganakan Dii Resort, Sandakan yang telah dijalankan oleh TFM
Sesi Pengenalan Kursus Alpha itu telah berakhir sekitar jam 10.30 malam dengan doa penutup dipimpin oleh Diakon Stephen. Beliau sempat mengajukan satu soalan renungan oleh semua yang hadir pada malam itu, "Why am I here?"
Maka dengan itu, TFM mengalu-alukan semua yang telah hadir pada sesi pengenalan tersebut untuk hadir pada tarikh-tarikh yang disenaraikan di bawah untuk mendapat impak dan mengalami sendiri perubahan yang akan dibawa oleh Kursus Alpha terhadap diri dan kehidupan mereka masing-masing.
Minggu
|
Tarikh
|
Tajuk
Sesi
|
1
|
15/02/2020
(Ahad)
|
Pengenalan Kursus Alpha:
·
Adakah yang lebih bermakna dari kehidupan
ini?
|
2
|
23/02/2020
(Ahad)
|
·
Siapakah Yesus?
|
3
|
01/03/2020
(Ahad)
|
·
Mengapakah Yesus Mati?
|
4
|
08/03/2020
(Ahad)
|
·
Bagaimanakah Saya Yakin pada Iman Saya?
|
5
|
15/03//2020
(Ahad)
|
·
Mengapakah dan Bagaimanakah Seharusnya Saya Berdoa?
|
6
|
22/03/2020
(Ahad)
|
·
Mengapakah dan Bagaimanakah Sebaiknya Saya Membaca Alkitab?
|
7
|
29/03/2020
(Ahad)
|
·
Bagaimanakah Tuhan Membimbing Kita?
|
8
|
*3 – 5
April 2020
(Jumaat-Ahad)
|
Hujung
Minggu Roh Kudus:
·
Siapakah Roh Kudus dan Apakah yang dikerjakan oleh Roh Kudus?
·
Bagaimanakah Saya dapat Dipenuhi dengan Roh Kudus?
·
Adakah Tuhan Menyembuhkan pada Masa Kini?
|
9
|
19/04/2020
(Ahad)
|
·
Bagaimanakah Saya boleh Menolak Kejahatan?
·
Bagaimana dengan Gereja? Bagaimanakah Menceritakan kepada Orang Lain?
|
Minggu Ke-2 Kursus Alpha 2020 oleh TFM telahpun dijalankan pada 23hb Februari bertempat di Bilik Kateketikal, Katedral St. Mary Sandakan. Sesi berjalan selama dua jam iaitu bermula pada jam 1.45 petang dan selesai pada jam 3.45 petang. Berikut merupakan gambar-gambar semasa sesi tersebut.
TFM berharap agar minggu-minggu berikutnya, lebih ramai yang terpanggil untuk menyertai kursus ini. Untuk makluman, lawati Facebook Page: https://www.facebook.com/groups/ForerunnersMinistry/
Do you realize there is a 12 word phrase you can say to your partner... that will trigger deep emotions of love and impulsive attractiveness to you buried inside his chest?
ReplyDeleteThat's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's impulse to love, idolize and care for you with his entire heart...
12 Words Will Fuel A Man's Love Response
This impulse is so hardwired into a man's mind that it will make him try harder than before to take care of you.
Matter-of-fact, fueling this all-powerful impulse is so essential to having the best ever relationship with your man that the instance you send your man one of these "Secret Signals"...
...You will soon find him open his heart and mind for you in such a way he's never experienced before and he will see you as the only woman in the universe who has ever truly appealed to him.