Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 26, 2018

Misa Kudus Khas Hari Polis ke-211

oleh Eddie Embau

Misa Kudus Khas Hari Polis ke 211 bagi anggota polis yang beragama Kristian telah diadakan di Gereja St Mark, Batu 12, Sandakan pada 14.04.2018 jam 10.00 pagi. Misa yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan Kristian BN 15 PGA Sandakan dan juga KKD St. Ignasius Batu 10, Sandakan telah diselebrankan oleh Fr. David A. Garaman dan dibantu oleh Fr. Christopher Ireneus dan Fr. Sunny Chung.
Misa kudus ini melibatkan pegawai / anggota BN 15 PGA Sandakan dan turut serta daripada pegawai / anggota daripada IPD Sandakan / Marin Sandakan / BN 20 PGA Beluran bersama ahli keluarga untuk menjayakan aktiviti Misa Kudus khas kepada semua warga anggota polis yang beragama Kristian tidak kira denominasi. 
Para petugas Liturgi dalam Misa Kudus dibarisi oleh Komentator, Kpl Narius Onong, Koir daripada KKD St Ignasius Batu 10, Sandakan, Lektor 1 oleh ASP Daniel Bansatan, Pemazmur oleh Cik Cherry Henry, persembahan terdiri seperti berikut: ASP Clarence Philip , ASP Kevin ak Nayau, Insp Cladius Justinus Madius, Sm George, Kpl Henry, Kpl Rayner dan L/Kpl Nicklas. Ketua warden oleh Sjn Aloysius Silang dan Kpl Hilary Henry Ugis dengan dibantu oleh 10 anggota yang melibatkan anggota Marin, Balai Polis Sandakan dan PGA. 
Selepas misa, semua umat dan anggota polis bersama para paderi mengambil gambar kenangan di hadapan Gereja St. Mark. Seterusnya jamuan makan tengahari secara “potluck” diadakan di dewan St Mark pada jam 12.00 tengahari. Hidangan secara “Pansu” juga turut disediakan. Fr. Christopher Ireneus telah dijemput untuk memimpin doa pembukaan seterusnya doa makan. 
ASP Clarence Philip selaku Pengerusi Badan Kebajikan Kristian, BN 15 PGA Sandakan memberi ucapan selamat datang dan terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan aktiviti ini. 
Fr. David A. Garaman telah menyampaikan ucapan kepada semua umat yang telah menjayakan acara ini serta beliau amat gembira kerana sambutan daripada pegawai dan anggota polis beserta keluarga mereka amat memberansangkan dan terdapat di kalangan mereka aktif melayani di gereja. 
ASP Daniel Bansatan menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Rev. Fr. David A. Garaman
Upacara pemotongan kek diadakan di kalangan pegawai dan anggota Polis bersama dengan Paderi. 
Progam ini diadakan bagi memperingati sambutan Hari Polis ke 211 tahun 2018. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan di kalangan keluarga Pegawai dan Anggota polis beserta umat Gereja.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent