Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 17, 2018

Kesaksian daripada Baptisan baru gereja St. Mark, Sandakan


Rudiandi Sanga Ria @ Rafael
Selama sepuluh bulan saya belajar dalam kelas IKD, saya merasakan ketenangan di dalam jiwa saya. Dengan mengikuti kelas IKD, saya dapat memahami injil dan juga sabda TUHAN. Melalui pembelajaran ini, banyak menyentuh hati saya dan saya dapat memahaminya sehinggalah saya diterima menjadi seorang Kristian Katolik. Saya amat berterimakasih atas tunjuk ajar daripada para pembimbing. Hanya TUHAN yang membalas budi dan jasa mereka. Amen.







Cosmas Anak Sanyaw
Nama saya Cosmas Anak Sanyaw. Saya berasal dari Kuching Sarawak. Saya telah mengikuti kelas IKD di gereja St.Mark untuk tempoh lebih kurang 10 bulan. Sebelum saya mengikuti kelas IKD, saya jarang datang ke gereja. Saya selalu mengelak untuk mengikuti misa. Semasa di dalam kelas IKD saya telah didedahkan dengan kisah Tuhan. Dengan itu saya dapat memahami hubungan antara manusia dan Tuhan itu adalah penting dalam kehidupan kita. Semasa hari pembaptisan saya berasa sangat gemuruh bercampur gembira kerana saya telah diberi kehidupan yang baru. Saya bersyukur kepada Tuhan di atas berkat dan cinta kasihNya yang terus memanggil saya untuk diselamatkan melalui pembaptisan.





Shareen
Nama saya Shareen. Saya berbangsa Filipin Bisaya tapi saya dilahirkan di Sandakan, Sabah. Saya telah mengikuti kelas IKD dengan mengenal Tuhan Yesus Juruselamat kita dan memahami cinta kasih Tuhan kepada manusia sangat besar. Semoga selepas pembaptisan ini saya lebih dapat mendekatkan diri kepada Tuhan dan menjadi anak Tuhan yang baik. Saya bersyukur atas cinta kasih dan berkat Tuhan yang telah memanggil saya melalui pembaptisan ini.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent