Oleh Malia
Telupid: Pada 16 Disember 2017,
Pesta Koir telah dianjurkan oleh Kerasulan Wanita Katolik Paroki St.
Martin. Pesta ini merupakan salah satu Takwim tahunan bagi KWK Paroki St. Martin. Tuan
Rumah Pesta Koir kali ini bertempat di Zon Jalan Tongod, St. Patrick
Entilibon. Tema untuk acara ini masih dikekalkan iaitu “SUKACITA KRISMAS”.
Acara dimulakan dengan misa pembukaan oleh Rev. Fr. Jasery
G. Emmanuel selaku paderi paroki Gereja St. Martin Telupid. Dalam
homilinya, Fr. Jasery mengatakan bahawa
pesta koir dianjurkan pada musim Adven bertujuan agar umat dapat mempersiapkan jalan
bagi Tuhan iaitu dengan cara pertobatan dan perdamaian di antara sesama
keluarga kristian khasnya.
KWK Zon Jalan Ranau
Pengerusi pelaksana Pesta Koir pada
tahun ini ialah Puan Julia Bahari. Dalam ucapan, beliau menyatakan rasa syukur kepada
Tuhan dan terima kasih khasnya untuk Fr Jasery kerana telah membuat misa kudus khas untuk
takwim tahunan KWK ini. Beliau juga berpesan bahawa kalah atau menang itu
adalah perkara biasa tetapi yang paling utama ialah berjalan bersama melayani
dengan kasih Allah di antara satu dengan yang lain.
KWK Zon Jalan Sandakan
KWK Zon Jalan Tongod
Sebanyak lima zon telah menyertai
pertandingan ini iaitu Zon Pekan, Zon Jalan Sandakan, Zon Jalan Nangoh, Zon
Jalan Ranau dan Zon Jalan Tongod. Puan
Victoria Salati selaku Penyelaras Kerasulan Wanita Katolik Paroki Telupid telah
menyatakan tujuan sebenar penganjuran pesta koir ini adalah untuk mengeratkan
lagi ikatan kekeluargaan di kalangan ahli seterusnya di dalam pelayanan dan khasnya
untuk semua umat agar dapat merasai persiapan menyambut kelahiran Kristus ke
dunia.
KWK Zon Pekan menerima hadiah Johan
Johan bagi pertandingan Pesta
Koir tahun 2017 ini telah disandang oleh Kerasulan Wanita Katolik Zon Pekan
dengan tajuk lagu “SABDA KEDATANGAN KRISTUS”, Naib Johan - KWK Zon Jalan Nangoh
dan Tempat Ketiga - KWK Zon Jalan Ranau.
Gambar beramai-ramai bersama Fr. Jasery
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete