Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 8, 2017

SEMINAR CARA PENGENDALIAN KEM KOMUNI PERTAMA DAN KEM PENGUATAN

Gambar Oleh: Sister Evelyn Tivit
Artikel Oleh: Nelly Solui

Retret Centre, Ulu Dusun Sandakan – Satu seminar kemahiran telah dijalankan pada 17hb sehingga 19hb November 2017. Kem ini telah dianjurkan oleh Komiti Katekatikal Paroki St. Dominic Lahad Datu. Seminar yang telah disertai oleh 31 orang peserta terdiri daripada 12 peserta dari Paroki Beluran, 9 peserta dari Paroki Lahad Datu, 8 orang dari Paroki Telupid dan 2 peserta dari Paroki Sandakan. Kesemua sesi di dalam kem kemahiran ini telah dikendalikan oleh Sister Evelin Tivit dan dibantu oleh Sister Martina.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyiapkan puzzle, meneka silang kata, melukis tapak tangan, mereka cipta burung merpati dan banyak lagi. Semua aktiviti ini adalah berpandukan kepada 4 sakramen iaitu Pembaptisan, Penguatan, Ekaristi dan Rekonsiliasi.
Objektif kem kemahiran ini adalah untuk memberi idea-idea baru kepada para pembimbing bagaimana untuk mengelola kem Penyambutan dan Penguatan di paroki masing-masing. Disamping itu, kem ini membolehkan para pembimbing untuk saling mengongsikan pengalaman mereka dalam pembangunan iman bersama. Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dalam kem ini, para pembimbing dapat menambah cara baru pembelajaran tentang iman yang lebih menarik dan praktikal di paroki mereka masing-masing.

Di akhir kem, semua pembimbing telah menyediakan laporan perancangan mereka untuk kem penyambutan dan penguatan di tempat mereka masing-masing.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent