Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 5, 2017

Misa Penguatan dan Makan Malam Amal 2017

Gambar Oleh: Simon Hendrikus, Dominggus, Matius, Lily
Artikel Oleh: Farnandes

Lahad Datu: Seramai 143 calon telah menerima Sakramen Penguatan di gereja St. Dominic pada 5 November 2017. Misa ini telah diselebrankan oleh Yang Mulia Uskup Julius Dusin Gitom dibantu oleh Paderi Paroki Fr. Simon Kontou dan Pembantu Paderi Paroki Fr. Marcellinus Pongking. Seramai lebih kurang 300 umat telah menghadiri misa tersebut.
“Pembacaan Injil pada hari ini menuntut sikap kejujuran dimana Yesus mengutuk orang-orang Farisi kerana mereka mengajarkan hukum yang telah diturunkan oleh Musa tetapi tidak melakukanya serta mempraktikannya didalam kehidupan mereka. Seperti ungkapan orang lain “Cakap tidak serupa bikin”. Orang-orang Farisi mempunyai topeng-topeng dan mereka bersembunyi disebalik topeng mereka itu. Persoalannya, adakah kita juga seperti mereka? Rajin pergi sembahyang setiap minggu tetapi apabila berada diluar kawasan gereja, tidak berkelakuan baik.
Pada hari Pentekosta, para Rasul Yesus juga memakai topeng-topeng itu dan mengikuti Tuhan Yesus selama 3 tahun. Mereka menyaksikan semua mukzijat yang telah dilakukan oleh Tuhan Yesus tetapi  sukar untuk mempraktikan ajaran Yesus dalam kehidupan mereka. Sehinggalah pada hari Pentekosta, Roh Kudus turun ke atas mereka dan topeng-topeng kepalsuan yang mereka pakai telah diganti dengan topeng-topeng cintakasih Tuhan Yesus. Semangat dan identiti yang baru hadir di dalam diri mereka dan ini adalah dorongan dari Roh Kudus dan mereka mahu menerima Roh Kudus itu di dalam kehidupan mereka. Selepas itu, mereka dengan penuh semangat dan keyakinan mengistiharkan Yesus sebagai Juruselamat dan Tuhan yang sudah bangkit dari alam maut.
Kita semua adalah sama seperti para Rasul, kita adalah diutus untuk pergi dan menyebarluaskan kisah penyelamatan Tuhan Yesus. Kita seharusnya menghidupkan ajaranNya di dalam kehidupan kita bersama rakan-rakan, keluarga dan sesama.” Demikianlah serba sedikit homili Bapa Uskup Julius pada hari tersebut.
Pada hari yang sama juga, Majlis Makan Malam Amal telah diadakan bagi mengutip dana pembangunan dewan ibadat. Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Paderi paroki Rev Fr. Simon dan doa pembukaan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom. Selesai sahaja doa, majlis diteruskan dengan persembahan artis jemputan iaitu saudari Esther Applunius.
Acara selanjutnya ialah St. Dominic Got Talent Final yang terdiri daripada 14 finalis. Persembahan mereka pada malam itu telah membantu pengumpulan dana bagi pembangunan dewan ibadat paroki St. Dominic yang baru. Persembahan mereka terdiri daripada persembahan Beat Box, Bermain Gitar secara berkumpulan dan individu,  menari serta menyanyi. Rev Fr Simon sangat berterima kasih atas usaha para finalis St. Dominic Got Talent kerana melalui talenta serta usaha mereka, mereka dapat membantu dalam mengumpul serta menyumbang kepada dana tersebut. Terdapat beberapa umat juga menyumbangkan sumbangan berupa wang tunai dan jumlah sumbangan pada malam tersebut telah mencecah RM50 000. Majlis pada malam tersebut diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah bagi pemenang St. Dominic Got Talent. Doa penutupan dan pengutusan oleh Fr. Simon Kontou. Majlis bersurai lebih kurang jam 11.00 malam.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent