Retret "Pemuridan dan Misi" dihari ketiga diteruskan dengan sarapan pagi seawal 6.30am dan persiapan ke misa yang bermula pada jam 8.00 pagi. Misa hari terakhir ini di selebrankan oleh Fr. Alvin Ng, SJ.
Di dalam homilinya, Fr. Alvin menjelaskan bahawa tema musim Adven minggu ke dua adalah pertobatan. Dia menyeru agar umat memberi tumpuan kepada Yesus Kristus dan menjadikan dia matlamat dalam kehidupan kerana Dia merupakan lambang cinta kasih Allah. Beliau juga mengongsikan memori penyelamat yang bermula dengan Bapa Abraham sehinggalah kelahiran Yesus. Beliau menegaskan betapa pentingnya untuk memahami sejarah orang - orang Israel agar sejarah penyelamatan dapat di faham terutama sekali di zaman abad ke 21 ini. "Kita perlu mengingati apa yang telah berlaku pada masa lalu, agar melalui doa dan renungan serta kesyukuran kita boleh berjalan menuju masa depan." kata Fr. Alvin dalam homilinya.
Beliau juga menambah bahawa sangat penting untuk menghidupi masa kini, masa sekarang. Masa Tuhan dipanggil 'Kairos' yang bermaksud tidak mempunyai permulaan dan pengakhiran. Masa Tuhan sangat berbeza dengan masa manusia iaitu 'Kronos'. Manusia mempunyai masa permulaan dan pengakhiran, Fr. Alvin menjemput semuat umat yang hadir untuk menghidupi masa sekarang kerana disitu 'Kronos' dan 'Kairos' bersatu. "Don't live the past you cannot change, do not live the future you cannot take control over, live now and live to the fullest." begitu penjelasan Fr. Alvin sebagai pengakhir homilinya.
Sejurus selepas minum pagi para peserta sekali lagi berkumpul untuk sesi yang seterusnya iaitu "Memberi respon kepada Injil / Ajaran Sosial Gereja Katolik." Ajaran Sosial Gereja Katolik merupakan "best kept secret" dan kunci kepada identiti Katolik. Mesej utamanya sangat mudah iaitu "Iman kita ini adalah sosial, kita tidak boleh dipanggil benar - benar seorang Katolik selagi kita tidak mendengar seruan gereja untuk melayani mereka yang memerlukan dan perlu bekerja untuk keadilan dan kedamaian." Tema utama seluruh Ajaran Sosial Gereja adalah CINTA KASIH! Umat gereja hanyalah sebahagian daripada karya Tuhan dan yang paling terbaik adalah apabila cinta kasih kepada Tuhan dinyatakan dan diperlihatkan dalam tanggungjawab kepada orang lain. Semua perlu bermula dengan Kristus dan berakhir dengan Kristus.
Peserta kemudiannya dibahagikan kepaada kumpulan berdasarkan paroki dan Misi Paitan. Setiap kumpulan diminta untuk melihat realiti di paroki/misi masing -masing dan memberikan satu perkara konkrit yang akan dilakukan berdasarkan kepada prinsip Ajaran Sosial Gereja seperti berikut:
- Nyawa dan maruah setiap orang manusia
- Panggilan ke kekeluargaan, komuniti dan penyertaan
- Hak - hak dan tanggungjawab
- Mengutamakan mereka yang miskin dan tak berupaya
- Maruah pekerjaan dan hak-hak seorang pekerja
- Kesesamaan (Solidariti)
- Jagaan kesemua ciptaan Tuhan (Laudato Si')
Paroki Lahad Datu |
Paroki Beluran |
Paroki Tawau |
Paroki Sandakan |
Paroki Telupid |
Misi Paitan |
Sesi terakhir untuk retret "Pemuridan dan Misi" adalah "Kepimpinan yang rendah hati (seakan seorang hamba). Fr. Alvin telah mengongsikan Teologi Gembala Baik dalam sesi ini. Sebagai permulaaan sesi, satu video klip ditayangkan. Video klip itu menunjukkan seorang peribadi yang membantu orang - orang disekelilingnya tanpa mengira keadaan dan masa, termasuk tumbuh - tumbuhan dan haiwan. Bantuan yang diberikan hanya sederhana tetapi telah memberikan impak yang besar kepada mereka yang dibantu. Orang yang membantu itu tidak terkenal, tetapi dia berasa gembira apabila dapat melayani mereka.
Seperti seorang gembala yang baik, dia tidak datang untuk menjadi seorang 'superhero', akan tetapi datang untuk 'melahirkan' gembala baik yang lain. Semua umat dipanggil untuk menjadi gembala yang baik.
Fr. Alvin juga turut menjelaskan metafora berkenaan kambing yang diangkat oleh gembala di bahunya. Seekor kambing biri - biri yang tercedera atau terjatuh itu tidak boleh disentuh kerana ia akan menendang sesiapa sahaja yang menyentuhnya. Maka gembala tersebut perlu menanti sehingga kambing itu lemah barulah dia dapat mengangkatnya dibahunya dan membawa ia pulang.
Bila dalam kesusahan, sering kali kita berdoa dan merasakan Tuhan tidak menjawab, ini mungkin disebabkan kita masih terperangkap dalam permasalahan dan prasangka masing - masing, maka Tuhan memberi masa sehinggga kita benar - benar lemah agar kita boleh menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
Sesi diteruskan dengan mengajak semua orang untuk menjadi gembala yang baik dengan mengikuti empat perkara seperti berikut:
- Setiap ministri perlu jelas tentang apa yang perlu dicapai dan apabila ada ahli yang tidak faham, pastikan mereka juga difahamkan sejelas - jelasnya.
- Kenali ahli tim yang sedia ada dengan baik - Interpersonal Skills sangat di perlukan dan mencari tenaga dan semangat!
- Sekiranya anda memerlukan kecekapan yang baru, cuba untuk melihat bakat - bakat di dalam atau di luar ministri; bila sudah temui orang itu ambil peluang itu.
- Jangan takut untuk melepaskan mereka yang kecekapannya tidak sesuai dengan apa yang kamu perlukan, namun berikan masa untuk mencari tempat untuk mereka.
Akhir sekali, Fr. Alvin, mengakhiri sesinya dengan penjelasan gambar "The Last Supper" dan mengaitkannya dengan enam (6) misi Keuskupan Sandakan.
Bishop Julius dalam ucapannya bersyukur diatas retret singkat ini dan berterima kasih kepada Fr. Alvin Ng, SJ kerana telah memberikan retret yang penuh dengan informasi dan renungan khusus sebagai seorang yang melayani, sebagai sebuah paroki dan sebagai satu keuskupan. Bishop juga mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada tim penganjur, tuan rumah paroki telupid, pemilik Restoran Doji dan semua peserta dari Paroki Tawau, Paroki Sandakan, Paroki Lahad Datu, Paroki Beluran, Paroki Telupid dan Misi Paitan.
Semoga retret ini menjadi inspirasi kepada semua yang hadir untuk lebih dulu mempunyai hubungan dengan Yesus, kemudian meneladani Bonda Maria dengan kesetiaan dan kepercayaannya kepada Tuhan, menjadikan Yesus sebagai yang terutama dalam segala hal dan menjadi gembala baik dalam sama - sama melaksanakan Visi dan Misi Keuskupan Sandakan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThank you for sharing this post! You can write about it on instagram and buy instagram likes for it
ReplyDelete