Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 15, 2017

RETRET "PEMURIDAN DAN MISI" - HARI KEDUA

Retret "Pemuridan dan Misi" dihari kedua telah mulakan dengan Misa harian pagi seawal jam 6.30am. Misa ini telah diselebrankan oleh Rev. Fr. Jasery Gabuk yang juga merupakan Paderi Paroki St. Martin, Telupid.






Beliau mengambil kesempatan dimusim Adven ini untuk mengajak umat agar mengubah pemahaman mereka tentang kedatangan Yesus. Setiap tahun dimusim Adven kita menantikan Yesus hadir sebagai seorang bayi, namun anggapkanlah kehadiran Yesus pada kali ini sebagai seorang yang dewasa dan seorang penyelamat yang hadir di hati masing-masing.

Visi dan Misi Keuskupan Sandakan merupakan suara umat setempat dan bukan suara Bapa Uskup dan ia lahir dari akar umbi iaitu KKD. Visi dan Misi Keuskupan tidak akan terlaksana sekiranya hanya bergantung kepada Bapa Uskup dan Para Paderi. Umat awam perlu diperkasakan dan menjadi 'frontliner' dalam pelaksanaan Visi dan Misi Keuskupan. "Kita harus berjalan seiringan, agar apa yang diimpikan akan terlaksana dan ia perlu disertai dengan doa, komitmen dan keyakinan." jelas Fr. Jasery dalam homilinya. 


Dihari kedua ini, para peserta diajak untuk kembali kepada yang paling dasar iaitu hubungan dengan Tuhan. "You have to BE before you DO" begitulah penjelasan Fr. Alvin Ng selaku Pembimbing Retret. Dalam sesi "Hubungan Diriku Dengan Tuhan", para peserta dibawa mengimbas kembali siapa diri mereka dan siapakah Tuhan itu kepada mereka melalui aktiviti - aktiviti "Saya adalah ...." dan "Apakah imej Tuhan bagi ku?". Adalah amat penting untuk mengenali diri dan talenta yang ada agar dapat digunakan dalam mengerjakan misi Tuhan. Namun sebelum itu perlu mengetahui kedudukan peribadi di hadapan Tuhan agar apa yang dilakukan semuanya bermula dan berakhir dengan Yesus. Dalam sesi ini, Fr. Alvin juga telah memperkenalkan satu rangka kerja (Framework) iaitu 'JOHARI WINDOW' untuk membantu para peserta membuat analisa diri sendiri dan membantu dalam mengenal diri. Sesi ini diakhiri dengan doa dan lagu "Pilgrim Theme"

Selepas minum pagi, sesi diteruskan dengan topik "Meletakkan hati dan Minda Kristus". Sesi ini dimulakan dengan perkongsian dalam kumpulan berdasarkan kepada soalan - soalan berikut: 

Melihat kembali pada tahun ini, dalam Majlis Pastoral Paroki (MPP) / Ministri saya, kongsikan:
  1. Satu perkara / kejadian yang saya ingat yang saya syukuri.
  2. Kenapakah kejadian itu bermakna bagi mu?
  3. Apakah panggilan / mesej bagi mu daripada Tuhan dalam kejadian itu?
  4. Satu cabaran yang saya alami dalam MPP/minitsri saya pada tahun ini?
  5. Bagaimana saya mengatasi cabaran itu?
  6. Sekiranya saya boleh kembali pada masa itu, apakah perkara yang boleh saya perbaiki?
  7. Dimanakah Tuhan dalam cabaran negatif itu?






Selesai perkongsian, peserta dibawa untuk berdoa Examen, satu doa secara merenung yang telah dicipta oleh St Ignasius de Loyola. Doa Examen tersebut diakhiri dengan doa Bapa Kami.

Selepas makan tengahari dan rehat, sesi "Menjadi Komuniti Berpusatkan Kristus" diperkongsikan dengan menjadikan Kisah Perjalanan di Emaus sebagai dasar kepada sesi ini. Untuk menjadi sebuah komuniti, sekurang - kurangnya ada 3 orang dan dalam kisah Emaus Lukas 24: 13-35, terdapat empat detik penting iaitu 1. Pertemuan, 2. Kesedaran, 3. Peringatan dan 4. Pengutusan. Diakhir perjalanan ke Emmaus, Yesus telah menunjukkan diri-Nya melalui pemecahan roti. Melihat kepada kejadian itu, dua murid yang bersama-Nya mengenali Yesus serta merta. 

Untuk mencapai Visi dan Misi Keuskupan Sandakan, semua orang perlu bersiap sedia untuk di "pecahkan" agar dapat dikongsikan kepada komuniti - komuniti. Fr. Alvin Ng, dalam perkongsiannya juga mengaitkan kisah 'pemecahan roti' dengan kisah "multiplication of bread and fish". "Yesus tidak pernah meminta syurga dari kita, namun, bolehkah kita memberi "5 roti dan dua ikan" kepada-Nya?" begitulah soalan yang dikemukakan kepada para peserta untuk direnungkan. Sesi diakhiri dengan lagu "Five loaves and two fish" nyanyian Corrine May sebagai renungan.

Selepas minum petang, peserta sekali lagi dibawa dalam sesi yang mencabar diri untuk terus merenung akan diri sendiri dan misi Tuhan dalam topik "Pemuridan dan Misi". Disini, Bonda Maria dijadikan contoh yang terbaik dimana Tuhan melakukan kerja penyelamatan-Nya melalui seorang manusia yang bermula dengan seorang wanita.

Bonda Maria didatangi oleh Malaikat Gabriel dengan menyatakan bahawa dia akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Apakah reaksi Maria pada masa itu?Reaksinya sebagai gadis yang sederhana hanyalah dengan satu soalan "bagaimana ianya terjadi kalau saya masih seorang perawan..." Maria mempunyai kebebasan untuk mengatakan iya atau tidak. Namun Maria menerimanya kerana imannya.

Sebagai yang  melayani di ladang Tuhan, kita juga diberikan kebebasan untuk menyahut panggilan Tuhan atau tidak. Panggilan itu banyak risiko dan cabarannya. Bila kita menjawab panggilan Tuhan, tidak ada jaminan perjalanan itu akan senang. Meskipun Tuhan tidak menjadikan "langit itu selalu biru", namun Dia sentiasa bersama dalam setiap inci kehidupan dan pelayanan kita sehingga ke akhir zaman.

Para peserta juga telah diteguhkan dengan cerita - cerita panggilan para santo dan santa serta orang - orang beriman diseluruh dunia. Sesuailah kiranya, para peserta di difahamkan bahawa sebagai seorang "murid Kristus", sangat penting untuk belajar dan mempunyai latihan sebelum menjadi seorang "rasul Kristus." Sesi ini diakhiri dengan mengambil Lukas 1:46-55 Magnificant sebagai doa penutup.


Setelah sehari mendengar sesi dan merenung serta berkongsi, para peserta dibawa untuk berhening sambil berdoa dalam Holy Hour pada sebelah malamnya. Fr. Alvin mengajak setiap orang yang hadir untuk berdialog dengan Tuhan dan pada masa yang sama memberi ruang dan masa untuk Tuhan membalas doa mereka. Selesai Saat teduh, peserta kembali beristirehat.

1 comment:

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent