Ahli Tim Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan bergambar santai selepas rekoleksi |
TELUPID - Pertemuan ahli tim Komisi Kerasulan Belia Keuskupan (KBK atau DYA) Sandakan yang diadakan hanya tiga kali dalam setahun ini sememangnya dinanti - nantikan oleh setiap ahli. Ini merupakan satu kesempatan bagi mereka untuk bertemu, berkongsi, berdoa dan berbincang bersama akan hal - hal belia di Keuskupan Sandakan.
Rekoleksi dan mesyuarat pada kali ini telah diadakan di St Fidelis, Kg. Kiabau, Telupid pada 17 sehingga 19 November 2017. Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Rev. Fr. David Garaman selaku Penasihat Rohani, ahli - ahli tim KBK dari Misi Paitan, para pemerhati dari Paroki Telupid dan Paroki Lahad Datu serta beberapa belia dari St. Fidelis, Kg. Kiabau, Telupid.

Dalam rekoleksi tim yang telah diadakan pada 18 November 2017, Sr. Lilian Unsoh, fsic telah membawa setiap ahli untuk mengongsikan "peta kehidupan" masing - masing dalam sesi Album Keluarga. Satu sesi yang memberi peluang kepada semua yang hadir untuk lebih mengenali bukan sahaja diri sendiri tetapi insan - insan yang menjadi sebahagian dalam kehidupan mereka. Melalui sesi ini, sedikit sebanyak telah membuka ruang antara sesama untuk mengenali diantara satu dengan yang lain lebih dalam.
Masing-masing dengan semangat melihat dan menceritakan mengenai album mereka |
Selepas menikmati hidangan minum pagi pada jam 10.30 pagi, tim KBK meneruskan sesi dengan memperkongsikan gambar - gambar yang terpilih dan menjelaskan kenapa gambar - gambar itu penting bagi mereka dan bagaimana pengalaman pada masa itu membentuk keperibadian mereka. Perkongsian yang disampaikan sangat memberi inspirasi bukan sahaja kepada mereka yang hadir tetapi juga pada diri mereka sendiri.
Antara ahli tim yang mengongsikan Album Keluarga mereka |
Pada sebelah petang, Rev. Fr. David Garaman, telah mengajak ahli tim KBK untuk mengupas dan merenungkan tema sesi yang dipetik dari Lukas 1: 30 "Jangan
Takut, Maria, kerana Allah berkenan kepada engkau". Fr. David dalam sesinya mengajak tim untuk mengambil firman Tuhan Lukas 1: 30 - 33 agar dapat memahami apa yang ingin disampaikan dalam tema itu. Terdapat lapan (8) kata kunci yang telah ditekankan seperti berikut:
Berdasarkan kepada kata kunci ini, Rev. Fr. David mengulas bahawa menjadi seorang pemimpin itu bukan sesuatu yang mudah. Namun jangan takut untuk berani menyahut panggilan itu kerana Allah tidak pernah silap untuk memanggil dan memilih orang untuk mengerjakan misi - Nya. Maka setiap ahli tim KBK perlu menjadikan Yesus yang terutama dalam setiap hal dalam kehidupan sebagai seorang yang melayani.
"Ada seorang bertanya kepada tukang besi yang sedang menyiapkan sebilah pedang, bagaimana kamu tahu jika pedang ini telah selesai dan siap dengan sempurna? Lalu tukang besi menjawab, kamu akan tahu apabila kamu mengangkat pedang ini dan melihat refleksi wajah kamu di dalam pedang ini. Nah, sama seperti Yesus yang membentuk kita sebagai seorang manusia. Yesus akan tahu bahawa kamu sudah siap dan sempurna apabila Dia melihat wajah-Nya di dalam kamu, kerana Yesus mencipta kita menurut gambaran wajah-Nya. Apabila kita menjadi seperti Yesus, kita akan lebih mengenali-Nya dan kita dapat membawa Yesus kepada semua orang yang kita temui. Tetapi kita perlu sentiasa ingat, untuk mahu menjadi seperti Yesus itu, kita perlu mempunyai hubungan peribadi yang intim dengan Dia..."
- Jangan takut,
- Allah berkenan kepada engkau,
- Engkau akan mengandung,
- Yesus, Dia akan menjadi agung (penting),
- Akan disebut anak Allah yang Maha Tinggi,
- Tuhan Allah akan menjadikan Dia raja,
- Yesus akan memerintah (umatnya)
- Kerajaan-Nya takkan berakhir.
Berdasarkan kepada kata kunci ini, Rev. Fr. David mengulas bahawa menjadi seorang pemimpin itu bukan sesuatu yang mudah. Namun jangan takut untuk berani menyahut panggilan itu kerana Allah tidak pernah silap untuk memanggil dan memilih orang untuk mengerjakan misi - Nya. Maka setiap ahli tim KBK perlu menjadikan Yesus yang terutama dalam setiap hal dalam kehidupan sebagai seorang yang melayani.
"Kita akan menjadi sempurna apabila Allah melihat wajah-Nya didalam kamu."
Rev. Fr. David Garaman
"Ada seorang bertanya kepada tukang besi yang sedang menyiapkan sebilah pedang, bagaimana kamu tahu jika pedang ini telah selesai dan siap dengan sempurna? Lalu tukang besi menjawab, kamu akan tahu apabila kamu mengangkat pedang ini dan melihat refleksi wajah kamu di dalam pedang ini. Nah, sama seperti Yesus yang membentuk kita sebagai seorang manusia. Yesus akan tahu bahawa kamu sudah siap dan sempurna apabila Dia melihat wajah-Nya di dalam kamu, kerana Yesus mencipta kita menurut gambaran wajah-Nya. Apabila kita menjadi seperti Yesus, kita akan lebih mengenali-Nya dan kita dapat membawa Yesus kepada semua orang yang kita temui. Tetapi kita perlu sentiasa ingat, untuk mahu menjadi seperti Yesus itu, kita perlu mempunyai hubungan peribadi yang intim dengan Dia..."
"Ketakutan itu adalah luarbiasa kerana ia dapat melumpuhkan kita..." |
Perkongsian dalam kumpulan |
Selepas mendengar sesi Rev. Fr. David, ahli tim dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk mengongsikan renungan yang mereka telah perolehi. Sememangnya sesi - sesi yang telah disampaikan amat penting untuk menyemarakan semangat pelayanan dalam diri. Ternyata Tuhan sudah merancang, membentuk dan memanggil setiap ahli tim sejak sekian lama dan ini dapat dilihat melalui perkongsian di dalam sesi Album Keluarga dan telah dimantapkan lagi dengan sesi Rev. Fr. David. Kadang kala ada suara didalam diri menyatakan "saya tidak layak", namun Tuhan itu lebih berkuasa atas segalanya dan telah melayakkan setiap insan yang dipanggil untuk menyempurnakan misi-Nya. Rekoleksi pada petang itu diakhiri dengan menyanyikan lagu "Yang terutama" dan berkat dari Rev. Fr. David.
Beriadah bersama |
Acara diteruskan dengan bermain bola tampar sebagai aktiviti riadah setelah sehari rekoleksi. Tawa riang dan usik - mengusik memenuhi aktiviti riadah yang sangat santai sambil bermain bola tampar. Selain daripada merapatkan persahabatan, aktiviti ini juga menyihatkan tubuh badan.
Acara kemuncak rekoleksi adalah perayaan Ekaristi (Sunset Mass) sebagai tanda kesyukuran diatas rahmat yang telah dianugerahkan disepanjang rekoleksi. Misa ini dirayakan oleh Rev. Fr. David Garaman bersama dengan umat - umat di St Fidelis, Kg. Kiabau. Acara kemudiannya diteruskan di dewan St Fidelis dengan aktiviti ramah mesra dan fellowship bersama. Kesempatan masa dan ruang yang ada digunakan sebaik-baiknya dengan penuh sukacita.
Makan malam bersama tim KBK dan umat St. Fidelis, Kg. Kiabau |
Mesyuarat KBK yang ke - 23 telah diadakan pada 19 November 2017. Antara perkara yang dibincangkan adalah program KITA yang perlu digiatkan pada tahun hadapan, Belia dan Alkitab, Synod on Youth, laporan dari setiap paroki dan program-program
KBK sepanjang tahun 2018. Program Sabah
Youth Day (SYD) 5 2020 dan World Youth Day (WYD) Panama 2019 juga turut dibincangkan. Segala maklumat
telah disalurkan kepada ahli tim untuk dibawa kembali ke paroki masing-masing.
Di kesempatan ini juga, Tim KBK merakamkan setinggi penghargaan kepada umat St. Fidelis, Kg. Kiabau terutama sekali kepada Kerasulan Wanita Katolik dan para belia yang telah menyediakan makan dan minum, penginapan dan segala keperluan disepanjang pertemuan KBK.

Masing-masing memberikan tumpuan dalam Mesyuarat |
Mesyuarat berakhir pada pukul
3.30pm dengan doa Kerasulan Belia Keuskupan dan diikuti dengan sesi bergambar. Rekoleksi dan mesyuarat seterusnya akan diadakan di St. Francis of Assisi, Kg. Sukang, Paitan pada tanggal 16-18 Mac 2018.
No comments:
Post a Comment