Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 15, 2017

RETRET "PEMURIDAN DAN MISI" - HARI PERTAMA


Telupid – Retret “Pemuridan dan Misi” telah diadakan pada 8 sehingga 10 Disember 2017 sebagai persediaan pelaksanaan Visi dan Misi Keuskupan Sandakan yang baru sahaja di lancarkan pada 18 Oktober 2017 di Tawau.

Rev. Fr. Alvin Ng, SJ merupakan pembimbing retret ini, yang telah dihadiri seramai 75 orang peserta yang termasuk Uskup, para paderi, religus dan pemimpin uma tawam yang mewakili Paroki Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Beluran, Telupid dan Misi Paitan.

Pendaftaran telah bermula seawal jam 5.00pm di ruangan makan Restoran Doji, Telupid diikuti dengan Misa Pembukaan yang diselebrankan oleh Bishop Julius Dusin Gitom.


Sempena dengan Pesta Santa Perawan Maria yang dikandung tanpa Noda, Bishop Julius menjemput semua yang hadir untuk mencontohi Bonda Maria, murid pertama Yesus Kristus yang terkenal dengan kesetiaan dan keimanannya kepada-Nya. Selain itu, Bishop mengingatkan kepada para peserta terutama sekali di musim Adven untuk mengambil peluang ini agar melihat kembali sebagai murid Yesus dan hubungan mereka dengan-Nya serta memperbaharui hubungan mereka dengan Yesus Kritus. “Dengan melihat dan menyedari akan kedudukan kita dihadapan Tuhan, maka pelaksanaan Visi dan Misi Keuskupan akan lebih bermakna,” demikianlah kata Bishop Julius. Sejurus selepas Misa, peserta dijemput untuk menjamu makan malam.



Makan Malaj]m selepas Misa Pembukaan


Retret diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Bishop Julius kepada semua yang hadir dan terutama sekali kepada Fr. Alvin Ng, SJ yang akan menjadi pembimbing sepanjang retret selama lebih kurang dua hari.


Fr. Alvin Ng, SJ
Fr. Alvin Ng, SJ merupakan seorang Paderi dari Religus Kongregasi Jesuit yang telah ditahbis pada 2013. Beliau juga merupakan seorang guru di sekolah swasta Katolik dibawah pengendalian Keuskupan Agung Kuching. Dalam kata – kata pembukanya, beliau menjelaskan bahawa kehadiran para peserta dalam retret ini bukan satu ‘arahan’ namun oleh kerana setiap seorang yang datang sudah ‘terlibat’ dalam misi ini.

Beliau seterusnya mengajak para peserta untuk mengenali sesama melalui satu aktiviti yang dipanggil “#Hashtag”. Dalam aktiviti ini, setiap orang telah diberikan tajuk yang menunjukkan keperibadian seseorang, dan mereka perlu  mencari peserta yang bersesuaian dengan keperibadian itu dan mendapatkan nama mereka. 

Melalui aktiviti ini, Fr. Alvin menjelaskan bahawa setiap orang akan memperolehi jumlah nama yang berbeza – beza sama seperti talenta – talenta yang dikaruniakan oleh Tuhan kepada setiap individu. Ada yang dikaruniakan dengan banyak talenta dan ada yang sedikit. Namun apa yang penting adalah untuk mengenal karunia – karunia ini yang pastinya dapat membantu dalam pelaksanaan Visi dan Misi Keuskupan Sandakan. Selain itu Fr. Alvin juga menjelaskan bahawa jumlah nama yang diperolehi merupakan jumlah nama yang perlu didoakan setiap hari. Mendoakan sesama adalah amat penting agar dapat diperkuatkan, terutama sekali dalam mencapai Visi dan Misi Keuskupan. “A Parish that prays together is the parish that see God together.”

Aktiviti # hashtag

Aktiviti # hashtag

Aktiviti # hashtag
Sesi bersama Fr. Alvin diteruskan dengan aktiviti “Check In”. Dalam aktiviti ini, Fr. Alvin menjemput para peserta untuk merenung keberadaan fikiran dan hati mereka. Kesedaran diri ini amat penting agar perjalanan retret selama dua hari nanti akan berjalan dengan baik.  Renungan ini dibimbing dengan dua soalan iaitu: 1. Apakah perasaan saya pada malam ini sebelum permulaan retret? Dan 2. Apakah rahmat yang saya minta daripada Tuhan untuk retret ini?

“Setiap orang akan diberikan rahmat yang sesuai. Maka merayulah kepada Tuhan akan rahmat yang diperlukan dalam retret ini. Setakat meminta sahaja tidak mencukupi, maka oleh itu, kita perlu merayu kepada Tuhan” Fr. Alvin Ng, SJ

Fr. Alvin juga memohon agar semua peserta dapat mengetepikan handphone untuk membawa diri dalam keheningan disepanjang retret ini berlangsung. Hati dan fikiran terlalu ‘busy’ dan bising sehingga tidak dapat mendengar serta menemui Yesus dalam kehidupan setiap hari. Beliau juga menyatakan bahawa penggunaan teknologi telah mengambil kebolehan manusia untuk mengingat akan sesuatu. Ini disebabkan terlalu bergantung kepada penggunaan telefon bimbit. “Kenapa memori itu sangat penting? If you remember, you will be grateful to God.” Begitulah penjelasan yang dikongsikan oleh Fr. Alvin kepada 75 peserta yang hadir.

Diakhir program pada hari pertama, Fr. Alvin mengongsikan petikan dari Mazmur 139:1-7 diikuti dengan sebuah lagu bertajuk ‘Something More’ nyanyian Lea Salonga dan ditutupi dengan doa.

1 comment:

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent