Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 28, 2017

山打根福传之星圣母区团的年度常年大会

圣母妈妈我们来了。感谢赞美主,山打根福传之星圣母区团的年度常年大会于20171225日在英皇海鲜酒楼成功举行。常年大会成功吸引了77位军友和非军友参与,这包括了邀请嘉宾华协常务的出席参与。今年的常年大会有别於往年,因为军友们是在参加圣诞弥撒后,再出席常年大会。所以大家的心情难免充满了喜悦和兴奋。尤其是第一次参加常年大会的新军友,对参与大家庭活动肯定是有所期待。今年节目除了必定的开会经,连贯经和闭会经之外,还有额外的各支团表演及交换圣诞礼物。大家都在边享用午餐边交流,彼此间的问候,鼓励,还有祝福,轻松的场面是诉不尽的温馨和感触。希望今天的活动能藉着圣母力量,使我們懷着信德和堅忍的精神努力耕耘。奔跑吧,军友们!
今天我们能共融地彼此分享,这一切都是藉着天主白白的赏赐,让我们一起赞美天主,感谢天主,赞美圣母,感谢圣母。阿们!

文:沈尚美姐妹

图:曾翰鸿兄弟






Friday, December 22, 2017

"SUKACITA KRISMAS" - PESTA KOIR 2017

Oleh Malia

Telupid: Pada 16 Disember 2017, Pesta Koir telah dianjurkan oleh Kerasulan Wanita Katolik Paroki St. Martin. Pesta ini merupakan salah satu Takwim tahunan bagi KWK Paroki St. Martin. Tuan Rumah Pesta Koir kali ini bertempat di Zon Jalan Tongod, St. Patrick Entilibon. Tema untuk acara ini masih dikekalkan iaitu “SUKACITA KRISMAS”. 
KWK Zon Pekan sebagai Tuan Rumah Pesta Koir 2017
Acara dimulakan dengan misa pembukaan oleh Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel selaku paderi paroki Gereja St. Martin Telupid. Dalam homilinya, Fr.  Jasery mengatakan bahawa pesta koir dianjurkan pada musim Adven bertujuan agar umat dapat mempersiapkan jalan bagi Tuhan iaitu dengan cara pertobatan dan perdamaian di antara sesama keluarga kristian khasnya.
KWK Zon Jalan Nangoh
KWK Zon Jalan Ranau
Pengerusi pelaksana Pesta Koir pada tahun ini ialah Puan Julia Bahari. Dalam ucapan, beliau menyatakan rasa syukur kepada Tuhan dan terima kasih khasnya untuk Fr Jasery kerana telah membuat misa kudus khas untuk takwim tahunan KWK ini. Beliau juga berpesan bahawa kalah atau menang itu adalah perkara biasa tetapi yang paling utama ialah berjalan bersama melayani dengan kasih Allah di antara satu dengan yang lain.
KWK Zon Jalan Sandakan
KWK Zon Jalan Tongod
Sebanyak lima zon telah menyertai pertandingan ini iaitu Zon Pekan, Zon Jalan Sandakan, Zon Jalan Nangoh, Zon Jalan Ranau dan Zon Jalan Tongod.  Puan Victoria Salati selaku Penyelaras Kerasulan Wanita Katolik Paroki Telupid telah menyatakan tujuan sebenar penganjuran pesta koir ini adalah untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan di kalangan ahli seterusnya di dalam pelayanan dan khasnya untuk semua umat agar dapat merasai persiapan menyambut kelahiran Kristus ke dunia.
KWK Zon Pekan
KWK Zon Pekan menerima hadiah Johan
Johan bagi pertandingan Pesta Koir tahun 2017 ini telah disandang oleh Kerasulan Wanita Katolik Zon Pekan dengan tajuk lagu “SABDA KEDATANGAN KRISTUS”, Naib Johan - KWK Zon Jalan Nangoh dan Tempat Ketiga - KWK Zon Jalan Ranau.
Gambar beramai-ramai bersama Fr. Jasery

Friday, December 15, 2017

RETRET "PEMURIDAN DAN MISI" - HARI KETIGA

Retret "Pemuridan dan Misi" dihari ketiga diteruskan dengan sarapan pagi seawal 6.30am dan persiapan ke misa yang bermula pada jam 8.00 pagi. Misa hari terakhir ini di selebrankan oleh Fr. Alvin Ng, SJ.

Di dalam homilinya, Fr. Alvin menjelaskan bahawa tema musim Adven minggu ke dua adalah pertobatan. Dia menyeru agar umat memberi tumpuan kepada Yesus Kristus dan menjadikan dia matlamat dalam kehidupan kerana Dia merupakan lambang cinta kasih Allah. Beliau juga mengongsikan memori penyelamat yang bermula dengan Bapa Abraham sehinggalah kelahiran Yesus. Beliau menegaskan betapa pentingnya untuk memahami sejarah orang - orang Israel agar sejarah penyelamatan dapat di faham terutama sekali di zaman abad ke 21 ini. "Kita perlu mengingati apa yang telah berlaku pada masa lalu, agar melalui doa dan renungan serta kesyukuran kita boleh berjalan menuju masa depan." kata Fr. Alvin dalam homilinya. 

Beliau juga menambah bahawa sangat penting untuk menghidupi masa kini, masa sekarang. Masa Tuhan dipanggil 'Kairos' yang bermaksud tidak mempunyai permulaan dan pengakhiran. Masa Tuhan sangat berbeza dengan masa manusia iaitu 'Kronos'. Manusia mempunyai masa permulaan dan pengakhiran, Fr. Alvin menjemput semuat umat yang hadir untuk menghidupi masa sekarang kerana disitu 'Kronos' dan 'Kairos' bersatu. "Don't live the past you cannot change, do not live the future you cannot take control over, live now and live to the fullest." begitu penjelasan Fr. Alvin sebagai pengakhir homilinya.


Sejurus selepas minum pagi para peserta sekali lagi berkumpul untuk sesi yang seterusnya iaitu "Memberi respon kepada Injil / Ajaran Sosial Gereja Katolik." Ajaran Sosial Gereja Katolik merupakan "best kept secret" dan kunci kepada identiti Katolik. Mesej utamanya sangat mudah iaitu "Iman kita ini adalah sosial, kita tidak boleh dipanggil benar - benar seorang Katolik selagi kita tidak mendengar seruan gereja untuk melayani mereka yang memerlukan dan perlu bekerja untuk keadilan dan kedamaian." Tema utama seluruh Ajaran Sosial Gereja adalah CINTA KASIH! Umat gereja hanyalah sebahagian daripada karya Tuhan dan yang paling terbaik adalah apabila cinta kasih kepada Tuhan dinyatakan dan diperlihatkan dalam tanggungjawab kepada orang lain. Semua perlu bermula dengan Kristus dan berakhir dengan Kristus. 

Peserta kemudiannya dibahagikan kepaada kumpulan berdasarkan paroki dan Misi Paitan. Setiap kumpulan diminta untuk melihat realiti di paroki/misi masing -masing dan memberikan satu perkara konkrit yang akan dilakukan berdasarkan kepada prinsip Ajaran Sosial Gereja seperti berikut:
  1. Nyawa dan maruah setiap orang manusia
  2. Panggilan ke kekeluargaan, komuniti dan penyertaan
  3. Hak - hak dan tanggungjawab
  4. Mengutamakan mereka yang miskin dan tak berupaya
  5. Maruah pekerjaan dan hak-hak seorang pekerja
  6. Kesesamaan (Solidariti)
  7. Jagaan kesemua ciptaan Tuhan (Laudato Si')
Paroki Lahad Datu
Paroki Beluran
Paroki Tawau
Paroki Sandakan
Paroki Telupid
Misi Paitan
Sesi terakhir untuk retret "Pemuridan dan Misi" adalah "Kepimpinan yang rendah hati (seakan seorang hamba). Fr. Alvin telah mengongsikan Teologi Gembala Baik dalam sesi ini. Sebagai permulaaan sesi, satu video klip ditayangkan. Video klip itu menunjukkan seorang peribadi yang membantu orang - orang disekelilingnya tanpa mengira keadaan dan masa, termasuk tumbuh - tumbuhan dan haiwan. Bantuan yang diberikan hanya sederhana tetapi telah memberikan impak yang besar kepada mereka yang dibantu. Orang yang membantu itu tidak terkenal, tetapi dia berasa gembira apabila dapat melayani mereka.


Seperti seorang gembala yang baik, dia tidak datang untuk menjadi seorang 'superhero', akan tetapi datang untuk 'melahirkan' gembala baik yang lain. Semua umat dipanggil untuk menjadi gembala yang baik. 



Fr. Alvin juga turut menjelaskan metafora berkenaan kambing yang diangkat oleh gembala di bahunya. Seekor kambing biri - biri yang tercedera atau terjatuh itu tidak boleh disentuh kerana ia akan menendang sesiapa sahaja yang menyentuhnya. Maka gembala tersebut perlu menanti sehingga kambing itu lemah barulah dia dapat mengangkatnya dibahunya dan membawa ia pulang.



Bila dalam kesusahan, sering kali kita berdoa dan merasakan Tuhan tidak menjawab, ini mungkin disebabkan kita masih terperangkap dalam permasalahan dan prasangka masing - masing, maka Tuhan memberi masa sehinggga kita benar - benar lemah agar kita boleh menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. 



Sesi diteruskan dengan  mengajak semua orang untuk menjadi gembala yang baik dengan mengikuti empat perkara seperti berikut:

  1. Setiap ministri perlu jelas tentang apa yang perlu dicapai dan apabila ada ahli yang tidak faham, pastikan mereka juga difahamkan sejelas - jelasnya.
  2. Kenali ahli tim yang sedia ada dengan baik - Interpersonal Skills sangat di perlukan dan mencari tenaga dan semangat!
  3. Sekiranya anda memerlukan kecekapan yang baru, cuba untuk melihat bakat - bakat di dalam atau di luar ministri; bila sudah temui orang itu ambil peluang itu.
  4. Jangan takut untuk melepaskan mereka yang kecekapannya tidak sesuai dengan apa yang kamu perlukan, namun berikan masa untuk mencari tempat untuk mereka.
Akhir sekali, Fr. Alvin, mengakhiri sesinya dengan penjelasan gambar "The Last Supper" dan mengaitkannya dengan enam (6) misi Keuskupan Sandakan. 
Bishop Julius dalam ucapannya bersyukur diatas retret singkat ini dan berterima kasih kepada Fr. Alvin Ng, SJ kerana telah memberikan retret yang penuh dengan informasi dan renungan khusus sebagai seorang yang melayani, sebagai sebuah paroki dan sebagai satu keuskupan. Bishop juga mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada tim penganjur, tuan rumah paroki telupid, pemilik Restoran Doji dan semua peserta dari Paroki Tawau, Paroki Sandakan, Paroki Lahad Datu, Paroki Beluran, Paroki Telupid dan Misi Paitan. 

Semoga retret ini menjadi inspirasi kepada semua yang hadir untuk lebih dulu mempunyai hubungan dengan Yesus, kemudian meneladani Bonda Maria dengan kesetiaan dan kepercayaannya kepada Tuhan, menjadikan Yesus sebagai yang terutama dalam segala hal dan menjadi gembala baik dalam sama - sama melaksanakan Visi dan Misi Keuskupan Sandakan.

RETRET "PEMURIDAN DAN MISI" - HARI KEDUA

Retret "Pemuridan dan Misi" dihari kedua telah mulakan dengan Misa harian pagi seawal jam 6.30am. Misa ini telah diselebrankan oleh Rev. Fr. Jasery Gabuk yang juga merupakan Paderi Paroki St. Martin, Telupid.






Beliau mengambil kesempatan dimusim Adven ini untuk mengajak umat agar mengubah pemahaman mereka tentang kedatangan Yesus. Setiap tahun dimusim Adven kita menantikan Yesus hadir sebagai seorang bayi, namun anggapkanlah kehadiran Yesus pada kali ini sebagai seorang yang dewasa dan seorang penyelamat yang hadir di hati masing-masing.

Visi dan Misi Keuskupan Sandakan merupakan suara umat setempat dan bukan suara Bapa Uskup dan ia lahir dari akar umbi iaitu KKD. Visi dan Misi Keuskupan tidak akan terlaksana sekiranya hanya bergantung kepada Bapa Uskup dan Para Paderi. Umat awam perlu diperkasakan dan menjadi 'frontliner' dalam pelaksanaan Visi dan Misi Keuskupan. "Kita harus berjalan seiringan, agar apa yang diimpikan akan terlaksana dan ia perlu disertai dengan doa, komitmen dan keyakinan." jelas Fr. Jasery dalam homilinya. 


Dihari kedua ini, para peserta diajak untuk kembali kepada yang paling dasar iaitu hubungan dengan Tuhan. "You have to BE before you DO" begitulah penjelasan Fr. Alvin Ng selaku Pembimbing Retret. Dalam sesi "Hubungan Diriku Dengan Tuhan", para peserta dibawa mengimbas kembali siapa diri mereka dan siapakah Tuhan itu kepada mereka melalui aktiviti - aktiviti "Saya adalah ...." dan "Apakah imej Tuhan bagi ku?". Adalah amat penting untuk mengenali diri dan talenta yang ada agar dapat digunakan dalam mengerjakan misi Tuhan. Namun sebelum itu perlu mengetahui kedudukan peribadi di hadapan Tuhan agar apa yang dilakukan semuanya bermula dan berakhir dengan Yesus. Dalam sesi ini, Fr. Alvin juga telah memperkenalkan satu rangka kerja (Framework) iaitu 'JOHARI WINDOW' untuk membantu para peserta membuat analisa diri sendiri dan membantu dalam mengenal diri. Sesi ini diakhiri dengan doa dan lagu "Pilgrim Theme"

Selepas minum pagi, sesi diteruskan dengan topik "Meletakkan hati dan Minda Kristus". Sesi ini dimulakan dengan perkongsian dalam kumpulan berdasarkan kepada soalan - soalan berikut: 

Melihat kembali pada tahun ini, dalam Majlis Pastoral Paroki (MPP) / Ministri saya, kongsikan:
  1. Satu perkara / kejadian yang saya ingat yang saya syukuri.
  2. Kenapakah kejadian itu bermakna bagi mu?
  3. Apakah panggilan / mesej bagi mu daripada Tuhan dalam kejadian itu?
  4. Satu cabaran yang saya alami dalam MPP/minitsri saya pada tahun ini?
  5. Bagaimana saya mengatasi cabaran itu?
  6. Sekiranya saya boleh kembali pada masa itu, apakah perkara yang boleh saya perbaiki?
  7. Dimanakah Tuhan dalam cabaran negatif itu?






Selesai perkongsian, peserta dibawa untuk berdoa Examen, satu doa secara merenung yang telah dicipta oleh St Ignasius de Loyola. Doa Examen tersebut diakhiri dengan doa Bapa Kami.

Selepas makan tengahari dan rehat, sesi "Menjadi Komuniti Berpusatkan Kristus" diperkongsikan dengan menjadikan Kisah Perjalanan di Emaus sebagai dasar kepada sesi ini. Untuk menjadi sebuah komuniti, sekurang - kurangnya ada 3 orang dan dalam kisah Emaus Lukas 24: 13-35, terdapat empat detik penting iaitu 1. Pertemuan, 2. Kesedaran, 3. Peringatan dan 4. Pengutusan. Diakhir perjalanan ke Emmaus, Yesus telah menunjukkan diri-Nya melalui pemecahan roti. Melihat kepada kejadian itu, dua murid yang bersama-Nya mengenali Yesus serta merta. 

Untuk mencapai Visi dan Misi Keuskupan Sandakan, semua orang perlu bersiap sedia untuk di "pecahkan" agar dapat dikongsikan kepada komuniti - komuniti. Fr. Alvin Ng, dalam perkongsiannya juga mengaitkan kisah 'pemecahan roti' dengan kisah "multiplication of bread and fish". "Yesus tidak pernah meminta syurga dari kita, namun, bolehkah kita memberi "5 roti dan dua ikan" kepada-Nya?" begitulah soalan yang dikemukakan kepada para peserta untuk direnungkan. Sesi diakhiri dengan lagu "Five loaves and two fish" nyanyian Corrine May sebagai renungan.

Selepas minum petang, peserta sekali lagi dibawa dalam sesi yang mencabar diri untuk terus merenung akan diri sendiri dan misi Tuhan dalam topik "Pemuridan dan Misi". Disini, Bonda Maria dijadikan contoh yang terbaik dimana Tuhan melakukan kerja penyelamatan-Nya melalui seorang manusia yang bermula dengan seorang wanita.

Bonda Maria didatangi oleh Malaikat Gabriel dengan menyatakan bahawa dia akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Apakah reaksi Maria pada masa itu?Reaksinya sebagai gadis yang sederhana hanyalah dengan satu soalan "bagaimana ianya terjadi kalau saya masih seorang perawan..." Maria mempunyai kebebasan untuk mengatakan iya atau tidak. Namun Maria menerimanya kerana imannya.

Sebagai yang  melayani di ladang Tuhan, kita juga diberikan kebebasan untuk menyahut panggilan Tuhan atau tidak. Panggilan itu banyak risiko dan cabarannya. Bila kita menjawab panggilan Tuhan, tidak ada jaminan perjalanan itu akan senang. Meskipun Tuhan tidak menjadikan "langit itu selalu biru", namun Dia sentiasa bersama dalam setiap inci kehidupan dan pelayanan kita sehingga ke akhir zaman.

Para peserta juga telah diteguhkan dengan cerita - cerita panggilan para santo dan santa serta orang - orang beriman diseluruh dunia. Sesuailah kiranya, para peserta di difahamkan bahawa sebagai seorang "murid Kristus", sangat penting untuk belajar dan mempunyai latihan sebelum menjadi seorang "rasul Kristus." Sesi ini diakhiri dengan mengambil Lukas 1:46-55 Magnificant sebagai doa penutup.


Setelah sehari mendengar sesi dan merenung serta berkongsi, para peserta dibawa untuk berhening sambil berdoa dalam Holy Hour pada sebelah malamnya. Fr. Alvin mengajak setiap orang yang hadir untuk berdialog dengan Tuhan dan pada masa yang sama memberi ruang dan masa untuk Tuhan membalas doa mereka. Selesai Saat teduh, peserta kembali beristirehat.

RETRET "PEMURIDAN DAN MISI" - HARI PERTAMA


Telupid – Retret “Pemuridan dan Misi” telah diadakan pada 8 sehingga 10 Disember 2017 sebagai persediaan pelaksanaan Visi dan Misi Keuskupan Sandakan yang baru sahaja di lancarkan pada 18 Oktober 2017 di Tawau.

Rev. Fr. Alvin Ng, SJ merupakan pembimbing retret ini, yang telah dihadiri seramai 75 orang peserta yang termasuk Uskup, para paderi, religus dan pemimpin uma tawam yang mewakili Paroki Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Beluran, Telupid dan Misi Paitan.

Pendaftaran telah bermula seawal jam 5.00pm di ruangan makan Restoran Doji, Telupid diikuti dengan Misa Pembukaan yang diselebrankan oleh Bishop Julius Dusin Gitom.


Sempena dengan Pesta Santa Perawan Maria yang dikandung tanpa Noda, Bishop Julius menjemput semua yang hadir untuk mencontohi Bonda Maria, murid pertama Yesus Kristus yang terkenal dengan kesetiaan dan keimanannya kepada-Nya. Selain itu, Bishop mengingatkan kepada para peserta terutama sekali di musim Adven untuk mengambil peluang ini agar melihat kembali sebagai murid Yesus dan hubungan mereka dengan-Nya serta memperbaharui hubungan mereka dengan Yesus Kritus. “Dengan melihat dan menyedari akan kedudukan kita dihadapan Tuhan, maka pelaksanaan Visi dan Misi Keuskupan akan lebih bermakna,” demikianlah kata Bishop Julius. Sejurus selepas Misa, peserta dijemput untuk menjamu makan malam.



Makan Malaj]m selepas Misa Pembukaan


Retret diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Bishop Julius kepada semua yang hadir dan terutama sekali kepada Fr. Alvin Ng, SJ yang akan menjadi pembimbing sepanjang retret selama lebih kurang dua hari.


Fr. Alvin Ng, SJ
Fr. Alvin Ng, SJ merupakan seorang Paderi dari Religus Kongregasi Jesuit yang telah ditahbis pada 2013. Beliau juga merupakan seorang guru di sekolah swasta Katolik dibawah pengendalian Keuskupan Agung Kuching. Dalam kata – kata pembukanya, beliau menjelaskan bahawa kehadiran para peserta dalam retret ini bukan satu ‘arahan’ namun oleh kerana setiap seorang yang datang sudah ‘terlibat’ dalam misi ini.

Beliau seterusnya mengajak para peserta untuk mengenali sesama melalui satu aktiviti yang dipanggil “#Hashtag”. Dalam aktiviti ini, setiap orang telah diberikan tajuk yang menunjukkan keperibadian seseorang, dan mereka perlu  mencari peserta yang bersesuaian dengan keperibadian itu dan mendapatkan nama mereka. 

Melalui aktiviti ini, Fr. Alvin menjelaskan bahawa setiap orang akan memperolehi jumlah nama yang berbeza – beza sama seperti talenta – talenta yang dikaruniakan oleh Tuhan kepada setiap individu. Ada yang dikaruniakan dengan banyak talenta dan ada yang sedikit. Namun apa yang penting adalah untuk mengenal karunia – karunia ini yang pastinya dapat membantu dalam pelaksanaan Visi dan Misi Keuskupan Sandakan. Selain itu Fr. Alvin juga menjelaskan bahawa jumlah nama yang diperolehi merupakan jumlah nama yang perlu didoakan setiap hari. Mendoakan sesama adalah amat penting agar dapat diperkuatkan, terutama sekali dalam mencapai Visi dan Misi Keuskupan. “A Parish that prays together is the parish that see God together.”

Aktiviti # hashtag

Aktiviti # hashtag

Aktiviti # hashtag
Sesi bersama Fr. Alvin diteruskan dengan aktiviti “Check In”. Dalam aktiviti ini, Fr. Alvin menjemput para peserta untuk merenung keberadaan fikiran dan hati mereka. Kesedaran diri ini amat penting agar perjalanan retret selama dua hari nanti akan berjalan dengan baik.  Renungan ini dibimbing dengan dua soalan iaitu: 1. Apakah perasaan saya pada malam ini sebelum permulaan retret? Dan 2. Apakah rahmat yang saya minta daripada Tuhan untuk retret ini?

“Setiap orang akan diberikan rahmat yang sesuai. Maka merayulah kepada Tuhan akan rahmat yang diperlukan dalam retret ini. Setakat meminta sahaja tidak mencukupi, maka oleh itu, kita perlu merayu kepada Tuhan” Fr. Alvin Ng, SJ

Fr. Alvin juga memohon agar semua peserta dapat mengetepikan handphone untuk membawa diri dalam keheningan disepanjang retret ini berlangsung. Hati dan fikiran terlalu ‘busy’ dan bising sehingga tidak dapat mendengar serta menemui Yesus dalam kehidupan setiap hari. Beliau juga menyatakan bahawa penggunaan teknologi telah mengambil kebolehan manusia untuk mengingat akan sesuatu. Ini disebabkan terlalu bergantung kepada penggunaan telefon bimbit. “Kenapa memori itu sangat penting? If you remember, you will be grateful to God.” Begitulah penjelasan yang dikongsikan oleh Fr. Alvin kepada 75 peserta yang hadir.

Diakhir program pada hari pertama, Fr. Alvin mengongsikan petikan dari Mazmur 139:1-7 diikuti dengan sebuah lagu bertajuk ‘Something More’ nyanyian Lea Salonga dan ditutupi dengan doa.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent