Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 14, 2017

Seminar Pemantapan Kerohanian - Pelajar Kristian Kolej Jururawat Masyarakat Tawau (KJMT)

Tawau – Persatuan Komiti Kristian Kolej Jururawat Masyarakat Tawau (KJMT) telah mengadakan satu seminar pemantapan kerohanian bertempat di Dewan Katekatikal Holy Trinity, Tawau pada 11 sehingga 13 Ogos yang lalu. Persatuan Komiti Kristian KJMT ini merupakan satu pertubuhan untuk jururawat pelatih yang beragama Kristian dari berlainan denominasi. Seramai 51 orang pelatih yang telah menyertai seminar ini.


Pelbagai aktiviti dan sesi yang telah dijalankan. Antaranya ialah aktiviti ”ice-breaking”, puji- pujian dan penyembahan, perkongsian alkitab, ceramah, kaunseling dan penumpangan tangan (Healing). Sesi ceramah telah disampaikan oleh pastor dan umat awam dari pelbagai denominasi.

Miss Ho Sui Chee Penaung Komiti Kristian KJMT memberikan ucapan alu-aluan kepada peserta yang hadir



Sesi Kaunseling

Berikut merupakan penyampai sesi serta tajuk ceramah yang telah disampaikan.

Penyampai Sesi
Denominasi
Tajuk Ceramah
Ceramah 1
Saudara Francis Kamuntah
Roman Catholic
Definisi Dasar Bertumbuh Dalam Iman
Ceramah 2
Pastor Hillen J Richard
SIB
Faktor-faktor Penghambat Pertumbuhan Iman
Ceramah 3
Pastor Leo Simon
Betani
Latihan Pertumbuhan Iman
Ceramah 4
Penetua Navies Maisin
SIB
Prinsip-prinsip Umum Dalam Memelihara Iman
Ceramah 5
Pastor Salvinus
Calvary
Iman Yang Hidup


Saudara Francis salah seorang penceramah

Pastor Hillen salah seorang penceramah

Berdasarkan maklum balas daripada peserta dan Ahli JawatanKuasa (AJK) penganjur, program ini amat baik kerana melalui program ini, peserta dapat bertukar-tukar pendapat antara berlainan denominasi. Selain itu, peserta dapat melihat dan merasai kesatuan dalam kepelbagaian denominasi, ini kerana kesatuan seperti ini sukar untuk didapati di tempat lain.

Barisan AJK Penganjur
Perasaan bersyukur, bahagia dan gembira menyelubungi para peserta pada akhir program ini. Diharapkan agar program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent