Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 17, 2017

Mesyuarat Agung Kerasulan Wanita Katolik Paroki St. Martin, Telupid

Oleh Malia Watis

Telupid: Pada 12hb Ogos 2017, mesyuarat agung Kerasulan Wanita Katolik Paroki St. Martin telah diadakan di Dewan Pastoral Paroki St. Martin. Seramai 30 orang ahli telah hadir dalam mesyuarat ini yang diwakili oleh setiap Ahli Jawatan Pelayanan(AJP) Zon iaitu Zon Jalan Nangoh, Zon Jalan Sandakan, Zon Jalan Ranau, Zon Jalan Tongod dan Zon Pekan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Penyelaras KWK Paroki St. Martin, Puan Victoria Salati.
Mesyuarat bermula pada jam 9 pagi dengan pewartaan alkitab dan disusuli dengan doa pembukaan.
Dalam mesyuarat, semua ahli bersetuju untuk mengikut saranan Bishop Julius Dusin Gitom bahawa semua penyelaras paroki dikekalkan ke sesi seterusnya iaitu sesi 2017-2019 kecuali AJP kecil.
Dalam mesyuarat tersebut, pembentangan kewangan sesi 2015-2017 dibentangkan oleh Puan Elizabeth Nicholas selaku bendahari KWK Paroki. Perkara berbangkit juga dikemukakan terutama takwin yang belum terlaksana.
Jamuan makan tengahari turut disediakan sebagai tanda penghargaan kepada AJP yang telah banyak membantu dalam pelayanan dan juga menyambut AJP yang baru bagi sesi 2017-2019 sesuai dengan tema “MELAYANI SESAMA DENGAN CINTA KASIH ALLAH”. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent