Sandakan – Pada 20hb Ogos 2017 yang lalu, satu kempen kesedaran anjuran bersama Komisi Pembangunan Insan dan Komisi Kerasulan Belia Keuskupan telah diadakan di Katedral St. Mary, Sandakan. Lebih kurang 30 orang belia termasuk ibu bapa telah menghadiri kempen
ini. Turut hadir bersama dan memberi sokongan dalam kempen ini adalah Sr. Lilian Unsoh, FSIC dan Rev Fr. Stanley William. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan kepada para belia akan kepentingan berhijrah/bermigrasi secara
selamat.
Turut hadir sama Sr. Lilian Unsoh, FSIC dan Fr. Stanley William |
Sesi “Safe Migration” telah disampaikan oleh Saudari Hezrina
Ibrahim dari badan NGO International Organization of Migration. Beliau menegaskan kepentingan mempunyai dokumen perjalanan yang sah apabila mencari pekerjaan terutama sekali di luar negara. Selain itu Saudari Hezrina juga mengingat kepada semua yang hadir agar mengurus pembikinan dokumen perjalanan dan pas pekerja yang sah di agensi pekerjaan yang diiktirafkan oleh Kerajaan dan berlesen serta elak daripada berurusan secara jalan pintas melalui internet atau orang tengah. Setiap orang yang akan bekerja diluar negara juga perlu mengetahui hak - hak mereka sebagai pekerja yang memegang dokumen yang sah.
Sekiranya pengurusan dokumen dilakukan secara jalan pintas dan melalui orang tengah, pasti akan mengalami kesusahan seperti, dokumen perjalanan diambil oleh majikan, pembayaran gaji yang sedikit tetapi bekerja lebih masa. Selain itu mereka juga akan terjebak dalam memperdagangan manusia, dieksploitasi dan akhirnya mengalami masalah kesihatan sehingga menyebabkan kematian. Oleh itu pastikan pengurusan dokumen itu dilakukan di agensi yang diiktiraf Kerajaan dan mempunyai lesen yang sah.
Sesi diteruskan dengan penayangan video singkat mengenai “safe migration”. Video singkat ini telah menunjukkan lebih jelas kepada para belia berkenaan proses bermigrasi secara selamat.

No comments:
Post a Comment