INDONESIA - Setelah berkampung di Keuskupan - Keuskupan terpilih di Indonesia bagi program Days In the Diocese (DID). semua peserta AYD 7 dari seluruh Asia berkumpul di tempat utama iaitu Jogja Expo Centre, di Keuskupan Semarang, Jogyakarta Indonesia dari 2 Ogos sehingga 6 Ogos 2017.
Pelbagai aktiviti telah disediakan disepanjang 5 hari ini termasuk sesi - sesi pembentukan iman, pameran Laudato Si mengikut negara, pendedahan kepada budaya dan komuniti di tempat - tempat yang terpilih di Keuskupan Semarang (Exposure and Encounter), Adorasi dan pengakuan, Misa Ekaristi setiap hari, perkongsian dan Youth Final Festival.
Sila ikuti perkongsian perwakilan - perwakilan belia dari Keuskupan Sandakan yang telah menyertai AYD 7:
PERKONGSIAN SELWYN S SHO DARI PAROKI OUR LADY OF FATIMA, BELURAN
Hari pertama AYD di Jogjakarta dimulakan dengan perasaan sedih di mana kami telah meninggalkan keluar angkat di Bali seawal jam 4 pagi untuk berangkat ke Jogja bagi acara kemuncak AYD7. Namun semua menjadi sukacita bagi saya apabila dapat merayakan Misa Pembukaan AYD-7 bersama ribuan belia, ratusan Paderi dan puluhan Uskup se-Asia. Ini juga merupakan kali pertama saya merayakan misa yang dipimpin oleh seorang Kardinal.
Homili Kardinal Patrick D’Rozario pada Misa pembukaan menyentuh saya ketika beliau mengatakan semua kita berbeza bahasa namun kita boleh berkumpul menyatakan bahasa yang sama iaitu Bahasa Cinta Yesus Kristus dan sukacita ini menjadi tanda Yesus senantiasa mencintai kaum muda.
Homili Kardinal Patrick D’Rozario pada Misa pembukaan menyentuh saya ketika beliau mengatakan semua kita berbeza bahasa namun kita boleh berkumpul menyatakan bahasa yang sama iaitu Bahasa Cinta Yesus Kristus dan sukacita ini menjadi tanda Yesus senantiasa mencintai kaum muda.
Gambar kenangan bersama keluarga angkat di Bali sebelum bertolak ke Jogja |
Misa Pembukaan AYD 7 |
Di kesempatan saya menyertai AYD ke-7 ini saya mempelajari bagaimana rencana Tuhan itu sungguh indah bagi kita walaupun saya agak kekurangan dari banyak hal namun dengan kemahuan dan berkat Tuhan ia boleh dilakukan dan penyertaan saya ke AYD kali ini membuktikannya.
Pengalaman bagaimana belia-belia se-Asia yang bertutur dalam berbeza bahasa boleh bergaul dan bekerjasama membuka mata saya bahawa kita tidaklah perlu sempurna untuk datang kepada Tuhan, kesempatan untuk berjumpa dengan belia-belia yang langsung tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris namun berani untuk menyertai program seperti ini menunjukkan bahawa kita adalah satu dalam cinta kasih Yesus dan kita semua dikasihinya.
Jemputan Tuhan yang lahir secara peribadi selepas AYD ini kepada saya ialah Tuhan masih memerlukan saya untuk terus melayani pada semua walaupun saya sering menggunakan faktor umur dan pekerjaan sebagai alasan untuk mengelakkan diri. Ternyata Tuhan mempunyai caraNya sendiri untuk memanggil setiap kita.
Salam Sukacita
Salam AYD
PERKONGSIAN LONA ELOISA LEO DARI PAROKI ST MARY KATEDRAL SANDAKAN
"Apabila kami dari pelbagai Negara dan kaum boleh bersatu dan bekerjasama untuk mencipta tarian dan musik “Jatilan”, kami menjadi lebih rapat dan sehingga kini masih berhubung dan stay connected.”
Sebagai belia yang datang dari pelbagai latar belakang dan budaya, kita harus berani untuk membawa dan juga menerima budaya orang lain. Saya juga belajar dalam program “exposure” kami bahawa kesabaran juga amat penting untuk bersatu sebagai Belia Katolik yang datang dari pelbagai latar belakang.
Cabaran yang saya hadapi ialah bahasa pertuturan kerana segelintir ahli kumpulan kami tidak fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan terdapat juga ahli yang tidak merupakan "non-bahasa speaker". Selain itu, semasa “exposure” kami (peserta dari Malaysia) diberikan tugas untuk mencipta tarian “jatilan” kami sendiri. Tugasan ini tidak sesusah mana tetapi yang mencabar ialah kami perlu memperkenalkan budaya dan tarian kami. Hasil tarian “jatilan” kami ialah jatilan digabung dengan tarian sumazau dan bidayuh. Untuk mencipta tarian ini, ia sangat memerlukan kesabaran yang tinggi dan yang paling penting kami saling memberi sokongan dan galakkan agar rakan-rakan kami ada keyakinan untuk menari tarian budaya ini dengan kami. Kesabaran, keberanian, sokongan dan mendengar antara satu dengan yang lain merupakan kunci utama dalam kami mencipta tarian “jatilan” kami.
Belajar muzik Jatilan |
Mencipta tarian Jatilan |
Tidak mustahil bahawa kita dari pelbagai suku dan budaya boleh datang bersama dan melayani Tuhan. Sekali lagi saya ingin sampaikan kepada kawan-kawan saya bahawa nilai “kesabaran, keberanian, sokongan dan mendengar” amat penting dan perlu diamalkan dalam pelayanan kita bersama.
Secara peribadi, saya terasa seolah-olah Tuhan lebih mengatakan “beranikan diri” untuk masuk dalam situasi dan berkumpul bersama orang lain. Pengalaman “exposure” di Omah Petroek adalah pengalaman pertama saya untuk bekerjasama dengan rakan-rakan Negara lain (Laos, Indonesia, Vietnam). Selepas AYD ini, saya berhasrat untuk lebih terbuka dan berani untuk mendekati semua belia kita. Kalau dahulu saya tertanya-tanya bagaimana mahu mendekatkan diri dengan belia yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Tapi sekarang, saya mulai belajar nilai kesabaran, keberanian, sokongan dan mendengar sebgai permulaan untuk mendekati belia-belia lain.
PERKONGSIAN JENNY FRANCIS DARI PAROKI HOLY TRINITY TAWAU
Secara peribadi saya sangat bersyukur kerana dapat menyertai Asian Youth Day-7. Pengalaman sepanjang 8 hari berada di Negara Indonesia khususnya Bali dan Jogjakarta sangat berharga dan tidak ternilai. Keindahan dan keunikan Indonesia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, adat, agama dan suku kaum membuatkan saya jatuh cinta dengan Indonesia. Saya sangat tersentuh apabila melihat kesatuan dan cinta kasih yang ditunjukkan oleh mereka. Walaupun berlatar belakangkan agama, bangsa dan budaya yang berbeza, namun kesatuan itu terpancar dari wajah dan layanan yang mesra yang diberikan kepada semua peserta Ayd-7.
Bergambar bersama peserta dari berlainan negara |
Banyak hal yang saya telah pelajari khususnya budaya dan cara hidup masyarakat di sana. Selain itu, saya turut tertarik dengan input yang disampaikan oleh Bishop Joel Z. Baylon berkenaan dengan "Belia Katolik Asia pada Zaman Moden ini - Realiti dan Cabaran-cabarannya".
Pendekatan dan penyampaian input sangat menarik perhatian dan sekali lagi telah menyedarkan saya akan cabaran sebagai seorang belia Katolik Asia dan pengaruh-pengaruh di zaman moden ini. khususnya pengaruh media massa yang telah banyak menjatuhkan iman belia-belia masa kini. Bukan itu sahaja, bengkel-bengkel yang dijalankan sepanjang hari ke-4 ini dengan topik-topik yang hangat dan disampaikan oleh penceramah-penceramah yang sangat berbakat dan berpengalaman turut memberikan kesan yang mendalam dan ilmu pengetahuan yang boleh dikongsikan kepada semua orang.
Malam “Final Festival” sangat memberikan kenangan dan menciptakan satu memori yang indah apabila malam itu dihiasi dengan kepelbagaian persembahan kebudayaan dari Southeast Asia 2 di mana semua peserta lengkap berpakaian tradisi masing-masing. Malam acara ini merupakan malam penghargaan kepada semua peserta Ayd-7. Saya sungguh bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan Yesus. Atas anugerah dan berkat yang telah saya terima sepanjang mengikuti Ayd-7 ini.
Saya berdoa agar saya diberikan kekuatan untuk memberkati belia-belia diparoki saya iaitu Holy Trinity Tawau dengan perkongsian kasih dan pengalaman serta ilmu pengetahuan yang telah saya terima sepanjang mengikuti Ayd-7 ini. Saya percaya Tuhan telah memanggil saya untuk terus melayani dan menjadi saluran berkat bagi semua orang khususnya dalam pelayanan belia. Terutama selepas melihat kesatuan belia-belia Katolik se-Asia yang cukup luar biasa dan mengagumkan. Sungguh iman belia Katolik itu sangat istimewa dan "universal". Sekian perkongsian saya. Tuhan memberkati!! Jenny Francis.Pendekatan dan penyampaian input sangat menarik perhatian dan sekali lagi telah menyedarkan saya akan cabaran sebagai seorang belia Katolik Asia dan pengaruh-pengaruh di zaman moden ini. khususnya pengaruh media massa yang telah banyak menjatuhkan iman belia-belia masa kini. Bukan itu sahaja, bengkel-bengkel yang dijalankan sepanjang hari ke-4 ini dengan topik-topik yang hangat dan disampaikan oleh penceramah-penceramah yang sangat berbakat dan berpengalaman turut memberikan kesan yang mendalam dan ilmu pengetahuan yang boleh dikongsikan kepada semua orang.
Bishop Z. Baylon, DD selaku Uskup bertanggung keatas Youth Desk di bawah FABC umat awam dan keluarga, |
Kepelbagaian budaya |
PERKONGSIAN NOAMI FRANCIS DARI PAROKI HOLY TRINITY TAWAU
Saya sangat terharu melihat begitu ramai orang berpusu-pusu membanjiri padang Akademi Angkatan Udara Jogjakarta Indonesia untuk misa penutupan AYD-7. Misa ini dihadiri oleh pelbagai masyarakat, budaya dan kaum seluruh Asia, terutamanya orang muda (peserta AYD-7) dan umat sekitar Indonesia.
Daripada misa yang saya hadiri itu, saya menyedari bahawa persiapan yang teratur dan sistematik sangat penting dalam penganjuran Misa sebesar itu. Cabaran yang saya hadapi semasa hari terakhir ialah kami merayakan Ekaristi Kudus di bawah terik matahari yang bagi saya sangat melambangkan kesengsaraan Yesus di atas kayu salib.
Sesuatu yang saya dapat daripada AYD yang saya boleh kongsikan kepada rakan-rakan saya ialah kita harus menghargai budaya dan kesenian kaum kita supaya tidak luntur ditelan zaman. Selain itu, saya juga boleh kongsikan mengenai Indonesia negara yang harmoni dan toleransi beragama walaupun majoriti penduduk beragama Islam.
Secara peribadi, Tuhan menjemput saya untuk memberikan yang terbaik dalam pelayanan saya. Disamping itu, keindahan alam dan budaya adalah karya Tuhan dan harus dijaga dan dikekalkan serta dapat diwariskan kepada generasi akan datang.
Umat yang membanjiri dataran |
Sesuatu yang saya dapat daripada AYD yang saya boleh kongsikan kepada rakan-rakan saya ialah kita harus menghargai budaya dan kesenian kaum kita supaya tidak luntur ditelan zaman. Selain itu, saya juga boleh kongsikan mengenai Indonesia negara yang harmoni dan toleransi beragama walaupun majoriti penduduk beragama Islam.
Secara peribadi, Tuhan menjemput saya untuk memberikan yang terbaik dalam pelayanan saya. Disamping itu, keindahan alam dan budaya adalah karya Tuhan dan harus dijaga dan dikekalkan serta dapat diwariskan kepada generasi akan datang.
Team Malaysia AYD 7 |
PERKONGSIAN DARI CLEMENTI WONG DARI PAROKI KATEDRAL ST MARY SANDAKAN
Perkara yang paling menyentuh saya adalah semasa Adorasi dan pengakuan pada hari ketiga. Melalui pengakuan, Paderi pada masa itu mengajar saya untuk tidak memutarbelitkan perkara yang tidak seharusnya atau yang seharusnya berlaku. Saya perlu mengingatkan kepada diri saya apa yang perlu saya lakukan dan tidak perlu lakukan.
Melalui pengalaman yang saya lalui, cabaran utama saya adalah bagaimana untuk memanggil dan mengajak rakan sebangsa saya (Chinese) untuk menjawab panggilan Tuhan. Selain itu cabaran lain yang saya alami adalah semasa Adorasi. Saya menyedari bahawa saya cepat letih apabila terlalu sibuk dengan diri sendiri dan lain-lain pekerjaan, tapi saya tetap ingin untuk terus melayani.
Melalui pengalaman yang saya lalui, cabaran utama saya adalah bagaimana untuk memanggil dan mengajak rakan sebangsa saya (Chinese) untuk menjawab panggilan Tuhan. Selain itu cabaran lain yang saya alami adalah semasa Adorasi. Saya menyedari bahawa saya cepat letih apabila terlalu sibuk dengan diri sendiri dan lain-lain pekerjaan, tapi saya tetap ingin untuk terus melayani.
Mengambil kesempatan bergambar bersama Cardinal Luis Antonio G. Tagle |
Saya akan mengongsikan pengalaman saya di Indonesia kepada kawan - kawan di komuniti saya terutama sekali mengenai pengalaman saya bersama kawan - kawan AYD 7 yang berlainan agama. Rakan - rakan AYD7 boleh datang dan melawat tempat seminari dengan bebas malah semasa program “exposure” kami disertai oleh rakan-rakan AYD 7 yang beragama Muslim. Rakan - rakan AYD7 mengongsikan kepada kami mengenai pandangan mereka terhadap Kristian dan pada masa yang sama mereka juga mengongsikan keindahan agama mereka.
Jemputan Tuhan bagi saya selepas AYD 7 ini adalah untuk menyatukan hati rakan-rakan saya terutamanya dalam komuniti Cina dan bersama-sama kami mengongsikan Injil dan kemudian menjadi missionaris Tuhan.
Jemputan Tuhan bagi saya selepas AYD 7 ini adalah untuk menyatukan hati rakan-rakan saya terutamanya dalam komuniti Cina dan bersama-sama kami mengongsikan Injil dan kemudian menjadi missionaris Tuhan.
Bergambar bersama rakan-rakan dari berlainan bangsa |
Joyfull!Joss!Joss!Joss!
ReplyDelete