Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 28, 2017

21st National SPM Bible Knowledge Quiz & 17th National Bible Knowledge Quiz Tahun 2017

oleh Jamini Francis & Rogena Sining


Sandakan: SMK Konven St. Cecilia dibawah persatuan Christian Student Movement telah menghantar enam orang pelajar untuk mengikuti dua pertandingan Bible Knowledge peringkat kebangsaan iaitu 21st National SPM Bible Knowledge Oral Quiz dan 17th National Bible Knowledge Quiz yang telah dijalankan pada 5hb Ogos 2017 (Sabtu) yang bertempat di SMK Assunta, Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Program ini dijalankan bagi semua pelajar Kristian anjuran The Malayan Christian Schools’ Council (MCSC).

Taklimat kepada pelajar pada 3 Ogos 2017 oleh Pengetua (Encik Soo Tian Hock)

Bertolak pada 4 Ogos jam 6.15 pm di Lapangan terbang Sandakan

Dua pelajar bagi pertandingan 21st National SPM Bible Knowledge Oral Quiz dan dua guru pengiring yang mengiringi pelajar kedua dua pertandingan telah mendapat sumbangan daripada pihak Lembaga Sekolah SMK Konven St.Cecilia SandakanManakala 4 pelajar lagi yang mengikuti 17th National Bible Knowledge Quiz telah ditanggung oleh ibu bapa mereka masing masing.
Praise and Worship

Taklimat sebelum pertandingan bermula

Objektif utama program ini ialah
  • Memberi pendedahan kepada murid tentang cara menjawab soalan Bible Knowledge dengan betul.
  • Memberi keyakinan yang lebih kepada pelajar dari segi akademik.
  • Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan subjek Bible Knowledge.
  • Memberi motivasi kepada para pelajar tentang tanggungjawab mencapai kecemerlangan dalam SPM Bible Knowledge.
         Penyampaian hadiah (Top Ten Award) – Crissy Albert Liow mendapat Tempat ke-6 Kategori tingkatan 2
Gambar kenangan bersama Kordinator program,  Ms Satkunamary Gnanakkan    
 (T-shirt biru)


Berikut adalah senarai peserta dan keputusan.

21st NATIONAL SPM BIBLE KNOWLEDGE ORAL QUIZ 

BIBLE KNOWLEDGE 17 NATIONAL QUIZ

Melalui penyertaan ini, para pelajar Kristian mendapat perkongsian ilmu tentang teknik menjawab yang betul. Selain itu, dapat menerapkan keyakinan yang tinggi terhadap keyakinan mereka menjawab soalan SPM Bible Knowledge serta memupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan.


Gambar beramai-ramai semua peserta bersama juri dan penganjur

Guru Pengiring dengan pelajar selepas program selesai

Oleh yang demikian, program seumpama ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa  bagi menjana kualiti dan peribadi sahsiah pelajar sama ada dari segi intelek mahupun rohani. 

Dengan adanya program sebegini, para pelajar juga dapat mengetahui teknik berkesan dan mampu menjana idea yang mantap dalam meraih kecemerlangan yang lebih gemilang dalam subjek Bible Knowledge.

Selain itu pihak ibu bapa juga diharapkan agar dapat mengalakkan anak - anak mereka untuk mengambil Bible Knowledge di sekolah dan memberi sokongan dalam penyertaan mereka dalam pertandingan seumpama ini.


2 pelajar SPM Bible Knowledge – Mendapat sijil penyertaan

 4 pelajar BK 17 – Mendapat sijil dan piala penyertaan

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent