Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 25, 2017

SEMARAK SYDD FASA 3

Laporan : Theresita Lajanti
Gambar : Theresita Lajanti dan Gregory M. Harumal 

Holy Trinity, Tawau: Pada 13hb Ogos 2017 yang lalu, Kerasulan Belia Paroki (KBP) telah mengadakan pertemuan bulanan bersama belia yang dikenali sebagai Youth Monthly Gathering (YMG). YMG kali ke 49 ini telah diadakan di Dewan Holy Trinity dengan bertemakan “kerana yang Mahakuasa telah melakukan perbuatan-perbuatan besar kepadaku dan nama-Nya adalah kudus.- (Lukas 1:49)”.

Tim YMG dan tim Ad Hoc Sabah Youth Day Paroki Tawau telah berjaya menganjurkan program YMG ke 49 dan menarik serta menyentuh hati para belia yang hadir. Seramai 126 orang belia telah menyertai aktiviti ini dari mula sehingga selesai. Turut hadir dalam memberikan sokongan kepada aktiviti belia ini adalah saudara Mario Domingo dan saudari Julita Kantod daripada ‘Family Life Ministry’. 

Aktiviti YMG kali ini merupakan aktiviti susulan selepas pelaksanaan SYD 4 yang lalu. Aktiviti bermula  pada jam 11.00 pagi dengan perarakkan salib SYD melalui ‘human bridge’ dimana semua belia membentuk jambatan dan mengarak salib belia melewati tangan - tangan mereka sehingga masuk ke dalam dewan. Para belia kemudiannya dihiburkan dengan lagu-lagu pujian yang sesuai dengan jiwa para belia.

Perarakan Salib "Human Bridge"
Pada jam 12 tengahari, aktiviti berehat seketika untuk jamuan tengahari. Perberkatan makanan dilakukan oleh Sr. Martha Jonik, FSIC dan seterusnya para hadirin di jemput untuk makan bersama. Aktiviti diteruskan lagi dengan nyanyian lagu-lagu rohani. Selesai sahaja nyanyian, pengacara acara menjemput saudara Roland Henry untuk memberikan pendedahan mengenai sejarah SYD secara ringkas kepada semua belia yang hadir.

Saudara Roland bercerita mengenai sejarah SYD
Seterusnya, klip video tentang SYD-4 yang telah berlangsung di Holy Trinity, Tawau pada 6 sehingga 10 Jun 2016 yang lalu ditayangkan. Saudari Felsa May telah diberi kesempatan untuk memberikan sedikit perkongsian mengenai pengalaman beliau sebagai Koordinator Local Organizing Team (LOT) SYD 4 dan juga sebagai peserta. Selain itu, beliau turut mengongsikan sedikit sebanyak pengalaman beliau semasa menyertai Asian Youth Day di Korea pada tahun 2014 yang lalu. 

Perkongsian daripada saudari Felsa
Aktiviti kemuncak bagi program ini adalah semasa aktiviti perkongsian. Semua belia yang hadir dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mereka berkongsi berdasarkan soalan yang telah diberikan iaitu soalan yang berkaitan dengan SYD. Setiap kumpulan diberikan masa selama 10 minit untuk berkongsi di dalam kumpulan masing-masing. Kemudian, seramai 4 orang belia telah dipilih untuk memberikan perkongsian secara umum.

Salah seorang belia yang terpilih untuk berkongsi secara umum.
Aktiviti diteruskan dengan doa harapan belia yang ditulis di atas sekeping kertas. Setiap belia yang hadir menyerahkan doa harapan dan permohonan mereka di depan salib dan ikon Bonda Maria. Mereka berpeluang untuk berdoa secara berkumpulan dan secara individu.

Perkongsian dalam kumpulan

Belia mengambil kesempatan untuk berdoa

Selepas doa permohonan, aktiviti diteruskan dengan menyanyikan 2 buah lagu. Sejurus selepas itu, saudara Hendry Roy memberikan sedikit maklumat kepada para hadirin sebagai gambaran mengenai aktiviti yang bakal dijalankan pada perjumpaan akan datang. 

Aktiviti berakhir pada jam 4.00 petang dengan lagu tema SYD 4 dan doa penutup yang dipimpin oleh saudara Roland Matthew diikuti dengan bergambar bersama sebagai kenangan. Sebelum bersurai, semua belia bekerjasama untuk membersihkan kawasan dewan. Diharapkan agar pada perjumpaan seterusnya, lebih ramai belia yang mengikuti pertemuan YMG ini.


No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent