Gambar oleh Sam Edisius
Sandakan : Belia Mark-Peter telah menganjurkan Youth Camp 3 yang bertemakan "Pergilah, jadikan semua bangsa murid-ku" (Mat 28:19) di Gereja St. Mark selama 3 hari iaitu pada 28hb-30hb Ogos yang lalu. Seramai 36 belia termasuk tim penganjur turut serta dalam kem ini.
Pendaftaran telah dimulakan seterusnya disambung dengan sesi ice-breaking. Selepas itu, tim penganjur telah memberikan taklimat tentang keselamatan sepanjang kem ini dijalankan serta pengenalan tentang youth camp ini. Peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Hari pertama diakhiri dengan doa malam yang diketuai oleh saudara Alday.
Pada hari kedua, sesi dimulakan tentang “kesedaran iman” yang telah dikongsikan oleh saudara Rodney Roger Sining. Dalam pengisiannya “iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat. Cara hidup yang berdasarkan cinta kasih Tuhan terhadap kita dan cinta kasih kita terhadap Tuhan dan sesama manusia.”
Sesi kedua iaitu sesi “Ekaristi” yang dikongsikan oleh Uncle Adaris Moses Sintan. Beliau mengajak para belia untuk memperdalam persatuan dengan Yesus berdasarkan petikan “barang siapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia tinggal dalam aku dan aku dalam dia”(Yoh 6:56). Beliau menambah, percaya bahawa mereka sungguh-sungguh dan benar-benar menerima tubuh dan darah Yesus Kristus dalam rupa roti dan anggur. Tubuh dan darah Kristus menjadikan Ekaristi sebagai kekuatan iman para peserta.
Sesi “Sharing is Caring” dimulakan oleh saudari Carnivalyn A. Arbah. Beliau mengongsikan tentang kehidupan kita sebagai seorang belia. Dalam sesinya, banyak menyentuh perasaan para peserta tentang persatuan di dalam keluarga dan kesatuan kita bersama Yesus Kristus.
Dalam aktiviti riadah, peserta diajak mengaplikasikan dengan cabaran kehidupan belia seterusnya perkongsian dari saudara Elias mengenai ''melihat dan mendengar, berfikir dan keluarkan'. Aktiviti riadah tentang cabaran belia, membawa para peserta melihat kembali cabaran-cabaran kehidupan sebenar belia di luar.
Peserta-peserta kem diagih-agihkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk sesi perbincangkan. Pelajar-pelajar dalam institusi-institusi pengajian tinggi menghadapi pelbagai rintangan dalam memperkukuhkan iman mereka semasa berada dalam kampus institusi tersebut.
Hasil perkongsian dari kumpulan lain menyatakan bahawa masih terdapat ramai belia yang bersikap dingin terhadap gereja dalam hal-hal rohaniah dan lebih cenderung kepada hal duniawi. Hari kedua diakhiri dengan doa malam dan unggun api. Para peserta diajak untuk merenung saat-saat menerima Roh Kudus yang memberi mereka kuasa dan kekuatan dalam sesi puji-pujian dan penyembahan.
Pada hari terakhir, peserta diingatkan agar jangan tingalkan Ibadat Sabda atau Misa Kudus. Ekaristi adalah sumber dan puncak kehidupan Kristiani dan dengan memerima Ekaristi, kita dipersatukan dengan Kristus. Youth camp diakhiri dengan sesi bergambar bersama.
No comments:
Post a Comment