Gambar oleh Irene Pang
UMS SANDAKAN - Pada 19 September 2015 (Sabtu), satu program telah diadakan di UMS Kampus Sandakan, Batu 10 iaitu program Welcoming Junior Party (WJP) bagi menyambut kedatangan pelajar baru ke dalam kehidupan kampus. Program ini dianjurkan oleh kumpulan pelajar BASIC (Brothers and Sisters in Christ) yang melibatkan semua pelajar Kristian di UMS .
Program WJP kali ini membawa tema iaitu “For where two or three come together in My name, I am with them”. (Matt 18:20). Tema ini amat sesuai dengan program WJP kali ini kerana walaupun bilangan pelajar Kristian di UMS ini tidak begitu ramai, namun sentiasa percaya akan kehadiran Tuhan Yesus di dalam sesebuah komuniti. Objektif bagi penganjuran program WJP kali ini antaranya adalah :
- Untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara semua pelajar Kristian
- Untuk mendalami iman akan agama Kristian
- Untuk menyambut kedatangan pelajar baharu ke dalam keluarga BASIC
Program bermula pada jam 6.30 pm, dimulakan dengan sesi pendaftaran dan pemberian cenderahati sebagai tanda kenangan kepada semua peserta. Sesi pendaftaran ini diketuai oleh saudari Dalimah dari Gereja SDA. Pada jam 7.00pm, aktiviti dimulakan dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh saudara Remnicko (Gereja HOPE). Aktiviti diteruskan dengan sesi “games/ice breaking” yang dikendalikan oleh saudara Byron (Gereja Katolik). Setelah itu, aktiviti diteruskan dengan aktiviti Pujian dan Sembah yang dipimpin oleh saudari Rebecca dan saudari Audry (Gereja Covenant). Aktiviti diteruskan dengan ucapan aluan dan tayangan slaid dikendalikan oleh saudara Emmanuel (Gereja Katolik) selaku Pengarah WJP dan Presiden BASIC. Tayangan slaid yang mengandungi kandungan aktiviti yang dijalankan oleh BASIC pada setiap semester dan juga carta organisasi BASIC.
Aktiviti menarik seterusnya yang dijalankan ialah aktiviti Jesus' Mail/ Guardian Angel & Guardian Child. Aktiviti Jesus' Mail ialah di mana para peserta diminta untuk membuat surat atau menyampaikan kata-kata semangat kepada rakan-rakan baru mereka. Aktiviti ini boleh diibaratkan seperti rakan menjadi pengantara Tuhan Yesus kepada kita. Tuhan Yesus ingin berbicara kepada kita tetapi melalui rakan kita sendiri. Aktiviti Guardian Angel (GA) & Guardian Child (GC) pula setiap peserta hendaklah mengambil satu nama iaitu nama GC dan ianya harus dirahsiakan sehingga tiba waktunya untuk diketahui iaitu di penghujung semester pengajian.
Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi Pujian dan Sembah dan diikuti dengan aktiviti perkongsian di mana para peserta berkongsi pengalaman atau cabaran sepanjang hidup mereka sebagai pelajar kampus dan pengikut Kristus. Aktiviti diakhiri dengan sesi doa penutup dan doa makan yang dipimpin oleh saudara Emmanuel (Gereja Katolik) serta sesi bergambar bersama sebagai tanda kenangan. Para peserta dan AJK dijamukan dengan makan malam bersama dan program ini selesai pada jam 10.00 malam.
No comments:
Post a Comment