Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 21, 2015

UNITE CAMP 2... ROAD TO SYD4 2016, TAWAU

Artikel oleh: Airene A. Gumanas
Foto oleh: Helda Joanna Jipanis

Sandakan - Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary akan mengadakan UNITE CAMP 2.0 yang akan bermula pada 24 hingga 27 September 2015 di Katedral St. Mary, Sandakan.
Objektif UC2.0 ialah:
1. Merayakan iman Katolik, menghimpun, membina persahabatan, mendalami dan berkongsi iman, mengenali Tuhan dengan lebih dekat dan berpesta bersama seluruh belia paroki St. Mary. Unite Camp juga diharap dapat menggabungkan belia-belia dari pelbagai bangsa, latar-belakang dan Bahasa pertuturan (BM, Bahasa Inggeris dan Cina).
2. Suatu program berterusan/setiap tahun yang diharapkan akan menjadi salah satu tapak untuk membina dasar iman belia untuk menghadapi ancaman iman belia masa kini dan akan menjadi suatu program yang dirindukan oleh seluruh belia Paroki Katedral St. Mary dan Gereja/Kapela di bawah naungan-nya.
3. Memperkenalkan, mempromosi, mendaftarkan secara 'pre-registration' kepada belia-belia untuk mengikuti SYD4 yang akan datang di Tawau 2016.
4. Membina daya kepimpinan di kalangan Ahli Kerasulan Belia Paroki dan seluruh belia secara umumnya.
Dalam pada itu, hasil kerjasama dan inisiatif Ahli KBP, satu kompilasi Album 'UNITERS - The Beginning' telah dilancarkan baru-baru ini oleh Penasihat Rohani KBP, Fr. Sunny Chung. Album julung kalinya ini bertujuan untuk mengutip dana persiapan KBP Sandakan menuju SYD4 yang akan diadakan di Tawau pada 2016.


Antara tajuk-tajuk lagu dalam Album ini ialah Star Says (Bahasa Cina), Luaskan KuasaMu Yesus, This All I Have. Lagu-lagu ini dinyanyikan oleh para belia KBP Sandakan dan juga Fr. Sunny Chung.
Para belia yang berumur 15 tahun  hingga 45 tahun amat digalakkan untuk menyertai UNITE CAMP 2.0. Salah satu aktiviti yang akan adakan adalah penerangan SYD4. Pendaftaran SYD4 2016 Tawau, juga akan dibuka pada hari UC2.0 yang akan datang.
Untuk pertanyaan/pendaftaran, sila hubungi pihak Sekretariat di talian 0168264056 atau Pejabat Paroki (089 212623/271331).

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent