Bukit
Mertajam, Pulau Pinang: Seramai 23
belia dari Kerasulan Belia Paroki (KBP) St. Martin Telupid telah
menyertai rombongan ziarah ke Gereja St. Anne, selama empat hari bermula 25hb.
hingga 28hb. Julai, baru-baru ini.
Ziarah yang
dianjurkan oleh D’Seven Travel n Tours turut diiringi oleh Rev.Fr.Gilbert Duuk Lasius
selaku penasihat rohani.
‘’Dipanggil,
dipilih dan diutus” Called, Chosen dan Sent adalah tema yang dipilih tahun
ini merupakan salah satu pesta religious terbesar yang dirayakan di Malaysia.
Setiap tahun,
ribuan peziarah Katolik dari seluruh negara termasuk negara lain seperti Singapura,
Thailand, Indonesia dan Australia akan berkumpul di sini bagi merayakan Pesta
St. Anne, Ibu Perawan Bonda Maria.
Program ziarah bermula pada 26 Julai dengan perayaan Ekaristi, dan diteruskan dengan
Jalan Salib dan perarakan arca Santa Anna sejauh 5km sebagai kemuncak ziarah pada
sebelah petang. Selain
itu para belia juga berpeluang melihat tempat-tempat menarik di sekitar Gereja
St. Anne seperti Shrine of St. Anne
(Gereja lama), St. Anne’s relic (3mm serpihan tulang St.Anne yang disimpan
dalam bekas emas), Saint Anne Water’s, dan
15 Station of the cross
Hari kedua diteruskan dengan aktiviti
lawatan tempat menarik di sekitar Pulau Pinang. Pada sebelah petang diadakan
perayaan liturgi dan jamuan makan malam sebagai tanda kesyukuran. Pelbagai
acara menarik diadakan termasuklah persembahan tarian dan nyanyian yang turut
disertai oleh pihak KBP Telupid.
Pelbagai pengalaman
baru dan menarik dilalui oleh para belia sepanjang mengikuti ziarah pada
kali ini. Rata-rata belia yang ditemui menyatakan rasa syukur mereka kerana berpeluang
mengikuti program ini yang banyak membantu pertumbuhan iman mereka.
Pihak KBP
Telupid juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak D7 kerana memberikan kepercayaan
kepada pihak KBP Telupid untuk menjadi koir pengiring bagi semua perayaan
ekaristi sepanjang program ini.
Juga ucapan terima
kasih dan penghargaan kepada semua umat di Paroki Telupid yang banyak membantu terutama
dari segi kewangan dan doa.
No comments:
Post a Comment