Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 26, 2014

HARI KEMERDEKAAN INDONESIA ~ PAROKI ST.DOMINIC, LAHAD DATU

Gambar dan artikel oleh SOCCOM SDC, Lahad Datu.
Lahad Datu : Hari kemerdekaan merupakan saat yang cukup membanggakan bagi mana-mana negara. Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-69 yang telah disambut oleh Komiti Pastoral Indonesia Paroki St. Dominic. Upacara penyambutan dimulai dengan Misa Kudus Bahasa Malaysia pada Ahad, 17hb Ogos 2014 pukul 9.00 pagi.
Misa Kudus dalam perayaan kali ini telah dirayakan oleh Rev Father Simon Kontou, Paderi Paroki St Dominic. Dalam khotbahnya, beliau berkata, “Orang yang beriman adalah orang yang menerima Yesus di dalam kehidupan mereka serta berkongsi suka dan duka bersama saudara mereka”
 Beliau menambah bahawa bukan sahaja rakyat Indonesia yang berpeluang merayakan Hari Kemerdekaan mereka di St Dominic.. Namun semua bangsa juga diberi peluang, termasuklah Hari Kemerdekaan Malaysia, Filipina dan sebagainya. Ini merupakan lambang kesatuan umat yang terdiri dari pelbagai bangsa yang bermaustautin di Paroki St. Dominic. Kesatuan dalam kepelbagaian menjana kekuatan dan kekayaan Gereja sama seperti dalam 1 Korintus 12; 'Rupa-rupa karunia, tetapi satu Roh' dan 'Banyak anggota, tetapi satu tubuh.' 
 Turut hadir dalam upacara Kemerdekaan Republik Indonesia termasuk tetamu kehormat iaitu Sister Lidwina RGS dari Kongregasi Sister Gembala Baik, Ketua KPI Paroki Katedral St.Mary, Sandakan, saudara Petrus Beam berserta rombongan.
Selesai sahaja Misa Kudus, acara dimulakan dengan "Tarian Hedung dan Seleng," merupakan tarian iringan bagi kedatangan Sister Lidwina RGS, saudara Petrus Beam dan rombongan bersama Father Simon sendiri di dataran terbuka St. Dominic yang bermula kira-kira 11.30 pagi.
Setelah menjamu selera acara pentas diteruskan dengan nyanyian lagu kemerdekaan dan pengibaran bendera Indonesia, lakonan semula saat-saat kemerdekaan Indonesia dan juga tarian dari pelbagai bangsa yang hadir. Bagi memeriahkan lagi sambutan kali ini pelbagai acara sukaneka turut dianjur, antaranya:
·         Lari menjunjung botol
·         Lari mengunakan kasut tempurung, dan
·         Sukan memanah
Sambutan kali ini bukan sahaja sangat bermakna bagi rakyat Indonesia yang jauh diperantauan namun jelas kelihatan kesatuan yang wujud di mana semua umat dari berbagai kewarganegaraan, bangsa dan keturunan, bersatu dan memberi sokongan di dalam perayaan ini.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent