Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 25, 2014

PERAYAAN HARI ULANG TAHUN PAROKI ST.DOMINIC, LAHAD DATU

Gambar dan artikel oleh SOCCOM SDC, Lahad Datu.
Lahad Datu : Paroki St.Dominic, Lahad Datu merayakan Hari Ulang Tahun Paroki pada Ahad, 10hb Ogos 2014. 8hb Ogos, adalah Pesta Santo Dominikus, Santo Penaung Gereja St Dominic. 
Perayaan dimulakan dengan Misa Kudus pada 9.00 pagi yang telah dirayakan oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, dibantu oleh Fr Simon Kontou dan Fr Marcellinus. Perayaaan Ekaristi ini telah berlangsung dengan penuh makna bagi semua umat di paroki St. Dominic. 
Setelah selesai Misa Kudus, umat berhimpun di dataran terbuka untuk acara pentas. Upacara pemotongan kek Hari Ulang Tahun disempurnakan oleh Bapa Uskup Julius, Father Simon, Father Marcellinus, Sister Sylvia, Sister Evelyn, Pengerusi MPP saudara Patrick Chong dan timbalannya, saudara Willie Binati.
Acara diteruskan dengan persembahan nyanyian dan persembahan Koir dari KKD-KKD sekitar bandar Lahad Datu. Disamping itu, para pemenang bagi semua aktiviti yang telah berlangsung bermula pada Julai lepas, bagi merayakan dan menyambut Hari St. Dominic ini, telah menerima hadiah masing-masing dengan wajah yang cukup ceria.
Acara persembahan lagu-lagu diadakan dengan tajaan  para umat Paroki St Dominic bertujuan bagi meneruskan pungutan dana buat pembangunan Dewan Ibadat Paroki. Acara sambutan Hari Paroki St. Dominic ini akan berterusan dan akan ditutup dengan Majlis Penutupan pada 31hb Ogos 2014.

4 comments:

  1. Tuan pemberita, berita atas semacam laporan kerja pastoral bapak Uskup pergi mana pergi mana supaya bapa uskup jangan hilang... Apakah pesanan bapak uskup sama pastor paroki kita tidak tau? tolong catat. walau bagaimanapun ucap tahniah dan terima kasih.

    ReplyDelete
  2. click resources his comment is here Click This Link web link click to find out more read review

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent