CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA (PERSEKUTUAN
KRISTIAN
MALAYSIA)
26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Telefon / Faks : + 60 3 7957 1457
Emel: c fmsia@yahoo.co.uk
26hb Ogos 2014
KENYATAAN MEDIA CFM
HARI MERDEKA DAN HARI MALAYSIA
2014
“KITA MESTI TERUS BERHARAP”
Tahun
ini, kita memperingati Ulang
Tahun Merdeka yang ke-57 dan
ulang tahun penubuhan Persekutuan Malaysia yang
ke-51. Masyarakat Kristian di Malaysia sentiasa menganggap ia suatu rahmat
untuk berkongsi detik-detik dan peristiwa- peristiwa penting sepanjang sejarah kita sebagai satu
negara.
Walau bagaimanapun, pengalaman kami sepanjang tahun ini tercalar akibat dua
kejadian; pertamanya, perampasan Kitab Suci kami daripada premis Pertubuhan Bible Malaysia dan keduanya, keengganan Mahkamah Persekutuan untuk memberi kebenaran kepada Gereja Roman Katolik untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes Herald.
Kami
terus bimbang tentang
status kitab suci yang dirampas dan kesudahan beberapa kes-kes mahkamah yang
belum diputuskan berhubung dengan penggunaan kalimah “Allah”
oleh
umat- umat Kristian.
Tambahannya, kita juga menyaksikan peningkatan di dalam fahaman pelampau perkauman dan keagamaan, di mana puak-puak dengan kebencian dan pemikiran sempit sering dimarakkan oleh maklumat palsu dan penyalahtafsiran; dusta dan ucapan-ucapan yang
mengapi-apikan merobek susunan kemasyarakatan negara kita yang telah dibina di atas prinsip kesederhanaan dan kepelbagaian budaya. Kita
percaya semua rakyat
Malaysia sesungguhnya turut merasa bimbang.
Memandangkan pelbagai cabaran yang
sedang kita hadapi hari ini, tambahan dengan kenyataan dan pengumuman
kurang sensitif dan kurang logik daripada
sesetengah anggota kerajaan serta parti politik yang
mentadbir, juga menerusi
pemacuan dasar ekonomi yang hanya menambahkan kos sara hidup, maka ia tidak menghairankan apabila ramai
telah menunduk kepada pandangan pesimis dan sinis. Sekiranya kita ingin terus bertahan sebagai sebuah negara yang bersatu, dan ingin mempertahankan harapan untuk masa depan bersama, kita semua mesti
melawan dan menentang pengaruh-pengaruh yang membinasakan ini. Semua
yang menyerah kepada ketakutan dan kekecewaan akan menjadi musuh harapan.
Sebaliknya, kita mesti mengelakkan kenaifan dan optimis palsu yang
berpunca
daripada kejahilan dan
sikap acuh
tak
acuh ataupun perbuatan sengaja bagi menutup isu-isu yang penting.
Apakah itu harapan sejati?
• Harapan sejati melibatkan pengorbanan kerana
ia tidak berkisar pada kedamaian minda atau ketiadaan persengketaan.
• Harapan sejati menuntut keberanian untuk mengambil
risiko, tekad moral untuk terus setia dengan pegangan kita serta melawan secara aktif
terhadap pengaruh-pengaruh binasa, kebencian dan keganasan.
• Harapan sejati
tidak sesekali menafikan kebenaran, hakikat kehidupan yang suram, pereputan dan
kerasuahan yang menjangkiti masyarakat kita.
Harapan sejati mesti mendedahkan selubung dusta, penipuan dan tipu
daya yang sering digunakan untuk memaksa dan menakluki minda
menerusi
maklumat palsu dan ketakutan.
• Harapan sejati
nampak masa depan adalah terletak pada perbincangan yang bermakna, penerimaan sesama sendiri, kerendahan hati dan saling
menghormati.
• Harapan sejati menuntut untuk orang lain apa yang kita tuntut untuk diri
kita.
• Harapan sejati
tidak memisahkan “kita” daripada “mereka” tetapi menganggap semua sebagai “satu”. Dan setiap tindakan yang memberi
harapan merupakan satu
kemenangan.
Justerunya, kami menyeru
kepada semua rakyat Malaysia untuk memberi
komitmen baru kepada kerjasama
padu demi menyelamatkan Malaysia daripada pengaruh pemikiran sempit,
fahaman agama pelampau dan perpecahan kaum.
Kami menggesa semua rakyat Malaysia untuk berusaha lebih gigih lagi ke arah perubahan individu, antara individu dan institusi untuk mengubah negara
kita menjadi sebuah masyarakat yang lebih bertoleransi dan berprihatin di mana
semua dapat menikmati sepenuhnya kehidupan dan kebebasan, perlindungan saksama di bawah undang-undang dan
kebebasan asasi.
Kami menyaran
semua rakyat Malaysia untuk menyokong pergerakan-
pergerakan dan kumpulan-kumpulan yang
berusaha untuk menyatupadukan kita sebagai rakyat Malaysia agar kita dapat hidup aman dan damai.
Kebelakangan ini, negara kita diselubungi oleh kedukaan
yang teramat
atas
kehilangan penumpang dan krew-krew
pesawat penerbangan MH 370 dan MH 17. Umat-umat Kristian di Malaysia bersatu dengan semua rakyat Malaysia dan
sahabat-sahabat yang kehilangan orang kesayangan
dan rakan mereka dalam
dua
tragedi ini, dalam doa dan renungan mendalam, demi memohon
ketenangan
jiwa dan pendorongan bagi mereka yang berkabung.
Walau
bagaimanapun, kita menyeru
kepada semua rakyat Malaysia supaya
tidak menunduk kepada perasaan putus asa dan kemuraman di hari-hari yang sukar ini. Marilah kita bersatu di dalam doa kepada Tuhan yang
Maha Kuasa bagi memohon kekuatan untuk bertahan dan kegagahan untuk berharap dan berusaha ke arah Malaysia yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.
Kami memanjatkan
doa
untuk pemimpin-pemimpin negara kita, iaitu Yang di- Pertuan Agong dan Raja-Raja, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, Mentri- mentri Besar dan Ketua-ketua Menteri serta ahli-ahli kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat,
para kehakiman, pasukan polis dan angkatan tentera,
semoga mereka menjunjungkan kebebasan beragama dengan integriti mutlak sepertimana yang dijaminkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka untuk kebaikan bersama.
Semoga Allah merahmati negara kita yang tercinta, Malaysia, serta semua
rakyatnya!
Ditandatangani oleh, Rev. Dr. Eu
Hong
Seng
Pengerusi
Bishop Emeritus Antony
Selvanayagam
Naib
Pengerusi
Archbishop Datuk Bolly Lapok
Naib
Pengerusi
Rev. Datuk Jerry Dusing
Naib
Pengerusi
No comments:
Post a Comment