Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 19, 2014

Pelancaran Tiket Bertuah Untuk Dana Pusat Pastoral, SMC

Teks dan foto: SOCCOM Telupid
TELUPID–Paroki St. Martin secara rasminya melancarkan cabutan tiket bertuah bagi menampung dana buat pembinaan Pusat Pastoral yang dianggarkan berjumlah RM 1.1juta, Ahad 17hb Ogos 2014.
AJK Dana Pembinaan yang dipengerusikan oleh Sdra Albert Andau, telah menggariskan beberapa usaha untuk menggumpul dana sebanyak RM500 ribu antara lain adalah acara cabutan tiket bertuah selain derma perseorangan serta beberapa aktiviti yang lain.
Ketika pelancaran, Paderi Paroki Fr. Jasery menjelaskan bahawa hadiah yang bakal dimenangi berjumlah lebih kurang RM30 ribu akan dibawa pulang bagi mereka yang bertuah.
Fr Jasery bersama Toyota Corolla dan AJK Dana Pembinaan Pusat Pastoral
Hadiah utama merupakan sebuah kereta Toyota Corolla 1.3 Model AE80 yang didermakan sendiri oleh Fr. Jasery. Manakala hadiah kedua merupakan sebuah Motorsikal Modenas 100cc, ketiga sebuah Komputer riba jenis Acer 14”, keempat sebuah TV Sony 29” dan 40 hadiah saguhati berupa hamper bernilai RM100 dan barangan letrik.
Fr. Jasery mengharapkan agarnya umat terus menyokong usaha ini dan ia akan berlegar di seluruh diosis termasuk Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
"Marilah kita bersatu untuk mencapai sasaran ini dengan sokongan yang mantap demi untuk kemudahan umat setempat dan kemajuan fizikal di diosis amya," jelas  Fr. Jasery.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent