Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Saturday, August 23, 2014

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL UNTUK DANA PEMBANGUNAN DEWAN IBADAT ST.DOMINIC, LAHAD DATU

Gambar dan artikel oleh SOCCOM SDC Lahad Datu.
Fr Simon Kontou menyampaikan ucapan alu-aluannya
Lahad Datu : Lebih dari 800 hadirin, terdiri daripada umat Paroki St. Dominic sendiri, Paroki Holy Trinity, Tawau dan Paroki Katedral St. Mary Sandakan telah hadir ke Majlis Makan Malam Amal untuk mengumpul dana bagi pembanguan Dewan Ibadat St. Dominic, Lahad Datu pada Sabtu, 9hb Ogos 2014.
Hampir semua stasi luar turut menghantar wakil bagi menyokong Majlis Makan Malam Amal ini. Majlis telah bermula tepat 7.00 malam dan berakhir pada 11.00 malam.
Tetamu Kehormat, Bapa Uskup Julius Dusin Gitom turut hadir ke majlis tersebut. Kehadiran beliau, selain memberi sokongan padu juga telah menyerikan lagi majlis berkenaan. Majlis telah dimulakan dengan tarian “Rampaian” yang disertai oleh penari dari pelbagai kaum dan bangsa yang melambangkan kepelbagaian bangsa dan budaya di Paroki St.Dominic.
Program diteruskan dengan persembahan-persembahan daripada umat sendiri. Father Simon Kontou, Paderi Paroki dan Father Marcelinus, pembantu Paderi Paroki turut membuat persembahan dengan tajaan lagu tidak kurang dari RM 7000 (RM Tujuh Ribu Sahaja) seorang.
Semua persembahan lagu-lagu pada malam tersebut merupakan persembahan yang di taja. Dana yang dikumpul adalah untuk Tabung Pembangunan Dewan Ibadat Paroki St.Dominic, Lahad Datu.

No comments:

Post a Comment

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent