Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 1, 2014

Catholic Campus Student Gathering (CCSG) Kali Ke-Dua

By Mazdollyna Eborok
Photos by Philippa Philip
LAHAD DATU : Peranan golongan belia sangat penting kepada masyarakat, bangsa dan negara kerana merekalah yang akan mejadi pewaris kepimpinan negara. Golongan ini juga merupakan orang yang dikategorikan sebagai golongan yang penuh tenaga dan lebih produktif serta bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran. 

Pihak Gereja turut menitikberatkan hal ini dan mengadakan pelbagai aktiviti untuk mereka. Hal ini bertujuan agar para belia aktif dalam aspek rohani juga fizikal. Sehubungan dengan itu, Pelayanan Pelajar Kampus (PPK) Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan telah mengadakan Catholic Campus Student Gathering (CCSG) bagi para belia yang menuntut di universiti/kolej yang berada di Diosis Sandakan pada 18-20 Julai 2014.
CCSG yang kedua telah disertai 29 orang dan objektif pertemuan ini adalah; 
  • untuk mengumpul dan membina hubungan persahabatan di antara pelajar kampus dari 7 institusi/kolej/universiti dan 
  • mengajak para pelajar berkongsi, belajar, menyegarkan dan memperbaharui perjalanan iman mereka sebagai seorang perlajar Katolik. .
Belia yang beriman merupakan belia yang penuh cinta kasih Yesus di dalam diri mereka. Program kali ini turut diselitkan beberapa sesi bagi memantapkan lagi pengetahuan dan iman para peserta.
Program ini telah berjalan selama 3 hari 2 malam di Gereja St. Dominic, Lahad Datu. Pada hari pertama, Jumaat 18hb Julai, program dimulakan dengan misa pembukaan yang dirayakan oleh Rev. Fr. Marcel. Saudari Esther memperkenalkan dan menerangkan tentang program ini kepada para peserta.
Pada hari seterusnya, 19hb Julai, program telah dimulakan dengan doa pagi dan sesi ice-breaking. Sesi ‘Expectation check’ pula dikendalikan oleh Roland Henry di mana para peserta disoal tentang apa yang mereka harapkan melalui program ini dan apa yang harus mereka lalukan untuk mencapai harapan mereka. 
Permulaan sesi telah membincangkan tentang ‘Hot issue that concern me in Malaysia nowadays’ yang dikendalikan oleh Esther Albert. Tajuk ini menguji sejauh mana kepekaan para peserta akan isu-isu yang telah dan sedang berlaku di Malaysia. Pendedahan yang realistik ini telah membuka mata para peserta.
Manakala bagi sesi seterusnya iaitu ‘What is happening in my own campus? Do I know any? Ada ku kisah?’ yang dikendalikan oleh Herry Francis. Seperti mana yang kita tahu, ramai pelajar yang memandang remeh akan hal-hal yang berkaitan dengan hak mereka dan apa yang perlu mereka lalukan sekiranya berlaku sebarang penindasan di kampus mereka sendiri. 
Walaupun kita anggap ianya remeh namun kita harus pertahankan apa yang telah menjadi hak kita bagi memajukan diri kita sendiri dan berfikir secara kritis untuk menyelesaikan masalah tersebut. Herry Francis telah memberikan beberapa gambaran eksplisit akan tentang masalah yang mungkin berlaku kepada pelajar kampus dan mencabar para peserta untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang timbul. 
Antara penyelesaian yang telah disyorkan adalah mendalami iman Katolik, membaca dan fahami Alkitab, membaca buku keimanan, mencari info melalui media massa yang ada dan juga hidup berkomuniti. 
'Pengenalan kepada Ajaran Sosial Gereja Katolik dan respon terhadap kepercayaan yang lain’ dikendalikan oleh Rikkie Teneros. Para peserta diminta untuk membaca petikan dari Alkitab dan seterusnya diterangkan maksud tersirat dari petikan tersebut dan dikaitkan dengan Ajaran Sosial Gereja.  
Sesi terakhir bagi hari tersebut ialah pendekatan ‘SEE-JUDGE-ACT’ yang disampaikan oleh Sharon Tan.
1) SEE (Melihat) ~ mengasah para peserta untuk melihat apakah masalah yang telah timbul sepanjang berada di kampus. 
2) JUDGE (Menilai) ~ mengajak para peserta untuk berfikir mengapa hal tersebut berlaku dan apakah faktor-faktor lain yang mungkin membawa kepada permasalahan tersebut. 
3) ACT (Bertindak) ~ mencari penyelesaian bagi cabaran-cabaran tersebut.
IPG, Tawau
UMS, Sandakan 
UiTM, Tawau
UMS, Kota Kinabalu
Graduan-graduan IPG dan UiTM
Sharon Tan telah membahagikan para peserta mengikut kampus masing-masing dan juga satu kumpulan bagi peserta yang telah menamatkan pengajian. Semua peserta dapat memberikan idea yang baik dan kerjasama yang amat memberangsangkan. Idea-idea yang telah diberikan amatlah realistik dan dapat di adaptasikan mengikut corak permasalahan yang telah dianalisakan semasa Pertemuan Perkumpulan Pelajar Kampus peringkat Kebangsaan di Pace Bene, Papar pada 21-14 Ogos 2013. Mereka membentangkan hasil perbincangan  yang menarik dan boleh dikongsikan untuk diadaptasikan bersama.
Sebelum meneruskan dengan doa malam, Maxwell, wakil dari Institut Perguruan, Tawau telah mengongsikan pengalaman dan informasi-informasi yang beliau perolehi dari Perkumpulan Pelajar Kampus Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Champagnat Youth Centre, Port Dickson pada 4-6 Julai.
Malam hari kedua diakhiri dengan Doa Taize yang dipimpin oleh Sr. Evelyn Tivit fsic bersama ahli-ahli Kerasulan Belia Paroki, Lahad Datu.
Permainan yang menguji fokus peserta.
Evaluasi
Para peserta yang hadir telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang program ini dijalankan. Teladan yang baik akan mencerminkan peribadi individu itu sendiri. Mereka bukan sahaja amat prihatin terhadap isu-isu yang berlaku di kampus, mereka jugalah penyumbang idea yang baik bagi program ini. 

Pelajar kampus terutamanya warga Katolik haruslah tampil berani dalam menegakkan apa yang benar dan menjadi saksi Yesus Kristus. Belia harus mengenal pasti masalah yang dihadapi agar dapat mengemukakan penyelesaian sebaik mungkin. Apa yang telah dibincangkan haruslah menjadi pegangan mereka dan sikap evasif perlulah disingkirkan bagi memajukan diri mereka dalam apa jua yang dihadapi.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent