Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 29, 2020

LAWATAN PASTORAL BAPA USKUP KE KG. KIABAU, TELUPID SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BAHARU 2020

Clly Gulimit / Bertram Lansing

TELUPID - Pada 13 Februari yang lalu, Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom telah mengadakan lawatan pastoral ke St. Fidelis, Kg. Kiabau. Setibanya di sana, Bapa Uskup telah meluangkan masa bersama belia dan umat yang lain dalam aktiviti santai seperti memukat ikan dan memasang pancing. Keesokannya, program diteruskan dengan perayaan Misa Kudus di Chapel St. Fidelis pada pukul 2 petang. Turut bersama merayakan Misa Kudus ialah Rev. Fr. Daffrin Diwol, pembantu paderi paroki St. Martin, Telupid dan Rev. Fr. Christopher Ireneus, pembantu paderi Katedral St. Mary, Sandakan. Bapa Uskup dalam homilinya menyatakan bahawa umat di St. Fidelis telah menunjukkan tanda sokongan mereka dalam mendukung Visi dan Misi Keuskupan dan berharap agar mereka sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya dalam usaha merealisasikan Visi dan Misi ini.
Upacara Misa Kudus yang diselebrankan oleh Bapa Uskup.
Pemberkatan plak Visi dan Misi serta doa Keuskupan.
Selesai Misa Kudus, umat berkumpul di luar pintu masuk untuk upacara pemberkatan plak Visi dan Misi serta doa keuskupan yang disempurnakan oleh Bapa Uskup sendiri. Selepas saja upacara pemberkatan, umat bersama-sama membacakan Visi, Misi dan doa Keuskupan dengan penuh semangat yang dipimpin oleh En. Didacius Ireneus selaku Pengerusi KUK St. Fidelis, Kiabau.
Upacara perasmian sempena penambahan bangunan baharu di dewan mini St. Fidelis disempurnakan oleh Bapa Uskup
Selepas itu, umat berkumpul pula di perkarangan dewan mini St. Fidelis bagi upacara perasmian sempena penambahan bangunan (atap) di bahagian hadapan dewan mini dan sekitar rumah rehat paderi. Kemudian, umat berkumpul di dewan mini bersama Bapa Uskup dan para paderi untuk acara makan bersama bagi meraikan kesyukuran tahun baharu 2020. Selain acara makan bersama, pelbagai persembahan pentas turut disediakan sebagai pengisian program. 
Acara pemotongan kek kesyukuran dan 'lechon' sempena kesyukuran tahun baharu 2020
Persembahan daripada kanak-kanak PMG

Friday, February 28, 2020

Kursus Alpha Diaktifkan Kembali !

Laporan oleh
Tim Dokumentasi,
Komiti Pelaksana Kursus Alpha 2020

SANDAKANJutaan orang telah mencuba Alpha di 169 negara, dan telah diterjemahkan ke 112 bahasa. Dikembangkan sebagai kursus singkat di Holy Trinity Brompton di London, pada tahun 1990 Nicky Gumbel mengambil alih program Alpha dan menemukan bahawa ramai orang di luar gereja ingin mengeksplorasi iman Kristian. Alpha kini berjalan di setiap bahagian dari Gereja secara global, termasuk Gereja Katolik Roma, Gereja Ortodoks dan semua denominasi Protestan yang utama.
(Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman sesawang: https://malaysia.alpha.org/ )

Alpha adalah alat penginjilan yang direka untuk menjemput keluarga, kawan dan rakan sekerja ke dalam perbualan jujur dan terbuka mengenai kehidupan, keimanan dan Tuhan. Di Malaysia, Alpha dijalankan di gereja, kedai kopi, kelompok sel, rumah panjang dan di merata tempat. Tetamu yang datang akan mendapat inspirasi dan perlengkapan untuk mengongsikan berita baik Yesus menggunakan Alpha.
Kursus Alpha di Paroki Katedral St. Mary, Sandakan telah dijalankan oleh The Forerunners Ministry (TFM) di bawah pelayanan kateketikal, kali terakhir ialah pada tahun 2015. Kini, kursus tersebut diaktifkan semula!
Kursus Alpha 2020 oleh The Forerunners Ministry dimulakan dengan satu Sesi Pengenalan bertemakan, 'Iman, Pengharapan dan Kasih - Korintus 13:13' pada 15hb Februari 2020, jam 7.30 malam bertempat di Dewan Penyembahan Keuskupan Sandakan. Sesi tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 40 orang termasuk pihak pelaksana. Ada yang pertama kali menyertai kursus ini dan turut sama hadir untuk memberi sokongan dan suntikan semangat adalah Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, Uskup bagi Keuskupan Sandakan, Diakon Stephen Esguerra dan Seminarian Edward Yahan.

Bapa Uskup Julius dalam ucapannya berkata, "Kursus ini merupakan satu program meningkatkan iman berteraskan firman Tuhan. Apa yang paling penting adalah komitmen untuk menyertai setiap sesi sehingga ke penghujung Kursus Alpha. Kalaupun tidak ada sijil, apa yang diperolehi amat berguna untuk sepanjang hidup, bukan setakat dapat berkenalan sesama, tetapi pada masa akan datang boleh pula menjalankannya untuk mengajak teman-teman lain. Kursus ini telah dimulakan oleh Gereja Anglikan, tetapi berkesan untuk semua orang."
Selepas makan malam bersama, sesi pujian dan penyembahan dijalankan. Kemudian, Saudari Caroline Tai selaku Penasihat Komiti TFM dan sebagai pengasas TFM telah memperkenalkan serba sedikit mengenai latar belakang kewujudan TFM dan secara ringkas, apa itu Kursus Alpha.
Sesi seterusnya adalah perkongsian daripada Saudari Caroline Tai, Clare Tivit selaku Bendahari Komiti TFM  dan Alice Aban iaitu Timbalan Penyelaras Komiti TFM. Mereka mengongsikan tentang penyertaan mereka masing-masing dalam Kursus Alpha sejak awal sehingga kini. Semua perkongsian mereka adalah menyentuh perubahan terhadap peribadi dan kehidupan sendiri; apa yang telah membuat mereka semakin mendekati Tuhan setelah terlibat secara aktif dalam Kursus Alpha sebelum ini.


Sepanjang sesi juga ada beberapa tayangan video diselitkan seperti:
a. Introduction - Alpha in a Catholic Context (Perkongsian daripada Gereja Katolik mengenai Kursus Alpha dalam Konteks Katolik)

b. Is There More to Life Than This? (Pengenalan Kursus Alpha)
c. Sesi Hujung Minggu Roh Kudus yang lalu di Paganakan Dii Resort, Sandakan yang telah dijalankan oleh TFM

Sesi Pengenalan Kursus Alpha itu telah berakhir sekitar jam 10.30 malam dengan doa penutup dipimpin oleh Diakon Stephen. Beliau sempat mengajukan satu soalan renungan oleh semua yang hadir pada malam itu, "Why am I here?"
Maka dengan itu, TFM mengalu-alukan semua yang telah hadir pada sesi pengenalan tersebut untuk hadir pada tarikh-tarikh yang disenaraikan di bawah untuk mendapat impak dan mengalami sendiri perubahan yang akan dibawa oleh Kursus Alpha terhadap diri dan kehidupan mereka masing-masing.


Minggu
Tarikh
Tajuk Sesi
1
15/02/2020
(Ahad)
Pengenalan Kursus Alpha:
·         Adakah yang lebih bermakna dari kehidupan ini?
2
23/02/2020
(Ahad)
·         Siapakah Yesus?
3
01/03/2020
(Ahad)
·         Mengapakah Yesus Mati?
4
08/03/2020
(Ahad)
·         Bagaimanakah Saya Yakin pada Iman Saya?
5
15/03//2020
(Ahad)
·         Mengapakah dan Bagaimanakah Seharusnya Saya Berdoa?
6
22/03/2020
(Ahad)
·         Mengapakah dan Bagaimanakah Sebaiknya Saya Membaca Alkitab?
7
29/03/2020
(Ahad)
·         Bagaimanakah Tuhan Membimbing Kita?
8
*3 – 5 April 2020
(Jumaat-Ahad)
Hujung Minggu Roh Kudus:
·         Siapakah Roh Kudus dan Apakah yang dikerjakan oleh Roh Kudus?
·         Bagaimanakah Saya dapat Dipenuhi dengan Roh Kudus?
·         Adakah Tuhan Menyembuhkan pada Masa Kini?
9
19/04/2020
(Ahad)
·         Bagaimanakah Saya boleh Menolak Kejahatan?
·         Bagaimana dengan Gereja? Bagaimanakah Menceritakan kepada Orang Lain?

Minggu Ke-2 Kursus Alpha 2020 oleh TFM telahpun dijalankan pada 23hb Februari bertempat di Bilik Kateketikal, Katedral St. Mary Sandakan. Sesi berjalan selama dua jam iaitu bermula pada jam 1.45 petang dan selesai pada jam 3.45 petang. Berikut merupakan gambar-gambar semasa sesi tersebut.



TFM berharap agar minggu-minggu berikutnya, lebih ramai yang terpanggil untuk menyertai kursus ini. Untuk makluman, lawati Facebook Page: https://www.facebook.com/groups/ForerunnersMinistry/

Friday, February 14, 2020

SYD 5 - THE UPDATES!


Kini tinggal 162 hari lagi sebelum bermulanya Sabah Youth Day kali ke 5 yang akan berlangsung pada 25 sehingga 31 Julai 2020 di Paroki Holy Rosary Limbahau dan St Joseph Papar. Segala persiapan sedang giat dilakukan oleh pihak penganjur utama mahupun penganjur lokal SYD 5. Dianggarkan lebih kurang 3000 peserta dari seluruh Sabah akan menyertai program ini yang hanya dianjurkan sekali dalam empat tahun.

Sudutan gambar - gambar persiapan beberapa Tim Penganjur Utama SYD 5

Mesyuarat Tim Makan dan Minum

Mesyuarat gabungan Tim Logistik, Tim Keceriaan dan Tim Kebersihan

Mesyuarat Tim Penganjur Utama (MOT) dan Tim Penganjur Lokal (LOT) di Holy Rosary Limbahau, Papar pada 29 Januari 2020

Tim Penginapan sedang giat mempromosikan 'Keluarga Angkat' di sekitar luar stasi Holy Rosary Limbahau dan St Joseph Papar. Tim penginapan memerlukan lebih kurang 1500 keluarga angkat untuk menampung penginapan seramai 3000 para peserta disepanjang penganjuran SYD 5 nanti.

Mesyuarat Tim penganjur Utama (MOT) SYD 5 pada 28 Januari 2020 yang lalu.
Mesyuarat Tim Program SYD 5 pada 8 Februari 2020 yang lalu di Pejabat Belia Keuskupan Sandakan
Mesyuarat Tim Liturgi dan Para Liturgi

Tim Media bersama dengan Kordinator SYD 5 Sr. Dora Obod, fsic
Mesyuarat Tim Pendaftaran SYD 5

Mesyuarat Tim Kecemasan SYD 5

Mesyuarat Tim Kerohanian SYD 5
Selain daripada tim - tim yang ada diatas, tim lain seperti Tim Urusetia, Tim Teknikal, Tim Keselamatan, Tim Protokol, Tim Pengangkutan, Tim Pengacara dan Tim Bendari dan Pencarian Dana juga masing - masing sedang bersungguh - sungguh membuat persiapan menuju SYD 5.

Bagi Keuskupan Sandakan, promosi SYD 5 juga sedang giat dilakukan. Dianggarkan seramai lebih kurang 390 belia dari Keuskupan Sandakan dijangka akan menyertai SYD 5 kali ini. Namun angka ini hanyalah satu anggaran berdasarkan kepada kuota yang telah diberikan kepada setiap Paroki dan Misi Paitan. 

Oleh itu panggilan kepada semua belia Keuskupan Sandakan yang berumur 15 tahun sehingga 45 tahun untuk mendaftar sebelum tarikh tutup pendaftaran SYD 5 iaitu 1 April 2020. Jangan tunggu sehingga saat akhir untuk mendaftar kerana penyertaan adalah terhad. Ambillah peluang keemasan ini untuk mendaftar kerana penganjuran Sabah Youth Day hanya akan diadakan sekali dalam empat tahun. Sila berhubung dengan Kordinator Kerasulan Belia Paroki (PYA) masing - masing.

Holy Trinity Tawau: Roland Matthew (019 539 2662)
St Dominic Lahad Datu: Alfian Muering (014 872 0907)
Katedral St Mary Sandakan: Cristopher Aban (013 886 6019)
Our Lady of Fatima Beluran: Christina Lasius (011 3162 5329)
St Martin Telupid: Fettwinda Sipaan (016 824 0506)
Misi Paitan: Daniel Zulian @ Omik (016 346 8577)

Ba Mainoh! (Just do it)

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent