Artikel: Matius dan Jaymar
Gambar oleh: SOCCOM SDC
St. Dominic – “Aku adalah hamba Tuhan, terjadi padaku menurut perkataanMu” Lukas 1:38 demikianlah tema minggu Palma di Paroki St. Dominic, Lahad Datu yang telah diselebrankan oleh Romo Nikolaus dari Keuskupan Larantuka Indonesia. Lebih kurang 3500 umat dari pelbagai bangsa dan peringkat usia turut datang bersama merayakan Hari Belia Sedunia pada 14 April 2019. Misa Kudus jam 9 pagi telah dimulakan dengan perarakan dari perkarangan gereja diiringi dengan lagu perarakan oleh koir gabungan Belia dan Komiti Pastoral Indonesia.
“Salib kehidupan tidak bisa diganti dengan orang lain, berat atau ringan harus di pikul kerana Salib itu adalah milik kita, yang mendorong kita untuk tetap kuat dalam memikul tanggungjawab kita dalam pelayanan mahupun dalam kehidupan kita, berat atau ringan bebanan hidup kita itu adalah milik kita dan harus kita terima dengan kerendahan hati, seperti Bonda Maria yang kita teladani", demikianlah ujur Romo dalam homili beliau.
Selesai Misa Kudus, acara di teruskan dengan beberapa aktiviti belia yang dianjurkan oleh Tim Kerasulan Belia Paroki. Lebih kurang 80 peserta belia telah turut serta dalam aktiviti ini yang dimulai dengan puji-pujian dan doa pembukaan. Dalam aktiviti ini, para peserta dibahagi kepada 5 kumpulan bertujuan agar para belia yang hadir lebih memahami dan mendalami perjalanan sepanjang minggu suci.
Di akhir acara pula adalah perkongsian pengalaman menyertai Hari Belia Sedunia (WYD 2019 PANAMA) oleh saudara Martinus Simon Sitam. Dalam perkongsiannya, dia menyatakan tentang perasaannya apabila bertemu dengan umat Katolik dari pelbagai jenis suku dan bangsa. Program Hari Belia Sedunia diakhir dengan Taize yang bermula pada jam 8 malam sehingga jam 10 malam. Walaupun kepenatan, namun program Hari Belia Sedunia ini sememangnya dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan dan pendalaman iman para belia tentang Katolik.

No comments:
Post a Comment